Peminat Perpustakaan

Sunday, July 17, 2005

Jadual Waktu Operasi Yang Baru

Assalamualaikum semua.

Wah, lama sungguh saya tak menulis di ruangan blog Dar Nur al-Zahra' ni. Bukan apa ... kadang-kadang bila lebih banyak masa dihabiskan dengan mencari, mengarang, menguruskan dan menjayakan pelbagai aktiviti saya tak sempat lagi nak menulis di blog.

Walau bgmn pun, kali ini saya menulis dalam BM pula, demi untuk mempastikan bahasa ini akan kekal dengan 'standard'nya.

Saya cuma hendak memaklumkan yang Perpustakaan kita akan mempunyai sedikit perubahan dari segi waktu operasinya bermula bulan Ogos ini.

Bermula 1 Ogos 2005, waktu operasi Dar Nur al-Zahra' ialah dari hari Sabtu hingga Rabu sahaja. Masanya tetap sama iaitu dari jam 9 pagi hinggalah 5 petang. Bermakna Perpustakaan akan ditutup pada hari Khamis dan Jumaat.

Sebarang kesulitan amatlah kami kesali tetapi kami terpaksa berubah demi menjayakan lagi Perpustakaan ini.

Harap maklum semua.

Pn. Nor Haniza
Setiausaha