Peminat Perpustakaan

Tuesday, October 9, 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum wbt.

Para pengunjung Dar Nur al-Zahra' yang dihormati, bagi pihak perpustakaan, K.Chik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambt Hari Raya Aidil Fitri 1428 Hijrah. Kami menyusun sepuluh jari dan dengan hati yang tulus, memohon maaf zahir dan batin daripada anda semua terutama kepada adik-adik yang sering ditegur semasa berada di dalam perpustakaan kami. Jika teguran kami sedikit terkasar, maafkan lagi zahir dan batin.

Kami sebagai saudara seagama dan juga anggota masyarakat yang bertanggungjawab, hanyalah menjalankan amanah yang telah diletakkan di atas bahu kami. Mengajak yang makruf mencegah yang mungkar.

Selain itu, kami juga ingin menjalinkan hubungan lebih ikhlas dengan seluruh pengguna perpustakaan agar berkat ilmu di sini akan dinikmati oleh semua yang berada di bawah bumbungnya.

Salam Hari Raya.

Dari kami:
Nor Haniza, Mohamad, Akmar, Noradila, Syukri, Abd. Aziz, Hafiz, Azlina dan Che Minah.