Peminat Perpustakaan

Tuesday, February 24, 2009

Meaningful Quote


"A good library will never be too neat or too dusty, because somebody will always be in it, taking books off the shelves and staying up late reading them."

Saturday, February 14, 2009

Senarai Cadangan Buku Baru

Berikut ialah senarai buku-buku terkini yang dicadangkan untuk dibeli oleh pihak Perpustakaan.

 

Buku Bacaan Umum:

travelogdakwah
Travelog Dakwah

RM18.00

MariBaca

revolusi
Revolusi IQ EQ SQ

RM35.50

MariBaca

Iskandar
Iskandar Zulkarnain Bahagian 1

RM15.00

Jaafar Rawas

Iskanda1
Iskandar Zulkarnain Bahagian 2

RM14.00

Jaafar Rawas

hamas2
Hamas Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis

RM13.90

PTS

 

 

Perbelanjaan = RM96.40

 

Buku Bacaan Remaja:

al-fateh
Sultan Muhammad Al-Fateh

RM24.00

PTS

umar alkhattab

Umar Al-Khattab

RM29.90

PTS

14122008(017)[2]
Chit Chat Remaja Mengenai Sayangi Diri

RM14.90

Popular

14122008(019)[2]
Chit Chat Remaja Mengenai Langkah Kejayaan

RM14.90

Popular

14122008(018)[2]
Chit Chat Remaja Mengenai Masa

RM14.90

MariBaca

14122008(020)[2]
Chit Chat Remaja Mengenai Potensi Diri

RM14.90

MariBaca

 

Perbelanjaan = RM113.50

 

Buku Bacaan Kanak-Kanak:

14122008(014)[2]
Srikandi Perisai Nabi

RM15.00

MariBaca

14122008(022)[2]
Pengemis Sungai Tigris

RM15.00

MariBaca

14122008(015)[2]
Puteri Nyiur Gading

RM12.00

MariBaca

14122008(012)[2]
Garaj Aiman

RM13.50

MariBaca

 

Perbelanjaan = RM55.50

Buku Akademik:

BT2232
Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 5

RM28.20

SMO/DBP

BT2231
Bahasa Arab Tinggi Tingkatan 5

RM14.70

SMO/DBP

BT2221
Sejarah Tingkatan 5

RM13.90

SMO/DBP

BT2216
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Tingkatan 5

RM18.80

SMO/DBP

 

Perbelanjaan = RM75.60

JUMLAH PENUH SEBELUM DISKAUN

IALAH = RM341.00

p/s: Kalau ada cadangan lain bagitahu ya. Yang ini sila tengok dan bagi maklum balas kemudiannya.

Tuesday, February 3, 2009

Kami Adalah Dar Nur al-Zahra'

Pn. Nor Haniza binti Hj. Taib, Pengurus @ Setiausaha (Pustakawan)
Sarjana Muda Sains Komputer (Minor Pengurusan) - USM
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak - OUM

Pn. Akmar binti Ghazali, Bahagian Perolehan & Kaunseling (Pustakawan)
Sarjana Sastera, Pengajian Peradaban - UM, Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan - UUM

Tn. Hj. Muhamad bin Mahmood, Bahagian Kebajikan & Penyelenggaraan

Pn. Nooradila binti Mat Zain, Bahagian Pengurusan Dewan (Pen. Pustakawan)
Diploma Pengajian Islam, KUSZA

En. Abd. Aziz @ Azib bin Mohd. Nor, Bahagian Tugas-Tugas Khas

Hjh. Cik Minah binti Mohamed, Bahagian Pembersihan dan Tugas-Tugas Am

Inilah kami, warga kerja Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra' yang telah bersama perpustakaan ini melebihi 5 tahun. Walaupun cuma 6 orang, insya-Allah kami cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengunjung.

Tunjukkan sokongan anda dengan memberi kerjasama yang sebaiknya kepada semua warga kerja Zahra'. Insya-Allah kami ramah dalam banyak hal tetapi tegas dalam amal makruf nahi mungkar.

Sunday, February 1, 2009

Sekitar Lawatan Rakan-Rakan dari PHS USM

Bergambar kenangan beramai-ramai sebelum rombongan bertolak pulang. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ramlah dan semua anggota rombongan sama ada dari Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) USM atau pun dari Perpustakaan USM Kubang Kerian kerana sudi berkunjung ke perpustakaan kami. Hati kami gembira menerima lawatan ini.

Terima kasih sekali lagi.

Puan Ramlah dan Puan Sira melihat-lihat buku-buku yang dijual di Sudut Jualan Untuk Dana Perpustakaan. Kalau ada yang berkenan, bolehlah beli sambil menderma.

Saya menerangkan sesuatu berkenaan koleksi sumbangan peribadi kepada Puan Ramlah, Puan Nik dan Puan Sira. Berdekatan ialah Koleksi Peribadi Allahyarham Dato' Yusof Zaky Yaacob.

Saya membawa anggota rombongan untuk melawat ke tingkat atas perpustakaan. Mohon maaf banyak-banyak, lif kami tak dapat nak muatkan semua orang. Kita naik separuh dulu ya.

Buah tangan dari rombongan Puan Ramlah yang disampaikan oleh Puan Nik. Syukran jazilan. Semoga pemberian ini diberkati Allah SWT.

Terima kasih kepada Puan Nik yang mewakili rombongan untuk menyampaikan plak cenderamata kepada kami. Kami mohon maaf sebab Zahra' tidak mempunyai sebarang cenderamata sebagai balasan.

Mereka bertolak balik ke USM Kubang Kerian untuk aktiviti di sana. Terima kasih dari kami seluruh warga kerja Zahra'. Kunjungan ini amat berharga buat kami. Insya-Allah talian yang telah disambung ini akan kami pupuk dengan baik demi kesinambungan matlamat kita untuk mengilmukan masyarakat. Terima kasih sekali lagi. Jemputlah datang lagi di lain kali.

Semoga perjalanan kembali ke Pulau Pinang akan selamat dan diiringi Malaikat rahmat sepanjang jalan.

Lawatan dari Perpustakaan Hamzah Sendut, USM

Assalamualaikum para pengunjung budiman.



Sementara menantikan tetamu kami sampai, saya ingin menulis ringkas saja. Sebentar lagi kami akan menerima kunjungan rasmi yang pertama untuk tahun ini. Rombongan 10 orang kakitangan Perpustakaan Hamzah Sendut akan tiba sebentar lagi.

Sebagai warga kerja Zahra', saya amat berbesar hati menerima kunjungan mereka walaupun perpustakaan kami ini adalah kecil saja.


Insya-Allah nanti saya akan cuba kemaskinikan maklumat dengan gambar-gambar.


Sehingga itu, wassalam.