Peminat Perpustakaan

Sunday, January 22, 2012

Saturday, January 21, 2012

Alhamdulillah Proses Mengecat Sudah Selesai

Bismillah.

Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada En. Aziz yang telah bersusah payah mengecat dinding Sudut Kanak-Kanak kami.












Wednesday, January 18, 2012

Bersiap Untuk Proses Mengecat Dinding

Bismillah.

Jika diikutkan hati saya, tindakan yang paling wajar ialah mengecat dulu dinding sebelum memasang rak tapi kerana keseronokan untuk melihat rak cepat dipasang maka kakitangan perpustakaan telah memasang rak terlebih dahulu.

Tidak mengapa kerana rak buku takung air hujan ini 'bracket'nya boleh dilonggarkan skrunya dan ia boleh dijarakkan sedikit dari dinding untuk proses mengecat.

Sebelum minggu ini berakhir, En. Aziz telah membuat persiapan untuk mengecat.


Semua buku yang saya letakkan sebelum ini di dalam rak telah saya turunkan semula. Sebelum ini hanya diletakkan untuk melihat pemandangannya dan kerana ada kanak-kanak yang mencari buku untuk dibaca. 


Ini pula dinding bertentangan yang juga akan dicat tapi menggunakan warna yang berbeza dari dinding yang dipasang rak baru.


Hampir kesemua buku kanak-kanak yang ada kami alihkan dari rak dan susun di atas meja yang berada di tengah-tengah Sudut Kanak-Kanak.


Dinding yang bercermin besar juga tidak ketinggalan mendapat salutan cat baru. Banyak yang baru di sudut ini. Kami berharap sangat kanak-kanak yang datang akan makin suka untuk selalu datang.

Tunggukan hasilnya dalam sehari dua lagi.

Tuesday, January 17, 2012

Membeli Buku Baru Suku Pertama di Pesta Buku & ICT

Bismillah.

Sepertimana dua tahun lepas, pihak perpustakaan telah memperuntukkan sebanyak RM500.00 dari duit tabung sumbangan untuk membeli buku-buku baru setiap tiga bulan sekali.

Setahun kami bahagikan kepada empat suku dan untuk suku pertama, kami memilih untuk membeli buku sempena Pesta Buku & ICT yang sedang berlangsung di Balai Islam, Lundang, Kelantan.

Syukur alhamdulillah bajet yang disediakan cukup untuk membeli semua buku-buku ini.






Rasanya kami bertiga yang ke pesta buku sangat teruja dengan perolehan terbaru perpustakaan kami. Moga-moga para pengunjung juga seronok seperti kami untuk membelek dan membaca buku-buku terbaru ini.





Sunday, January 15, 2012

Naik Taraf Sudut Kanak-Kanak Dengan Rak Buku Jimat Belanja

Bismillah.

Sebesar-besar syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana telah mengabulkan satu daripada hajat saya di perpustakaan ini.

Setelah beberapa tahun hajat ini tidak kesampaian kerana kurang bajet, akhirnya masuk tahun ke-7 hajat ini Allah kabulkan. Alhamdulillah.

Allah Maha Mendengar.

Hajat yang saya maksudkan ialah untuk memasang rak buku baru di Sudut Kanak-Kanak menggunakan 'rain gutter' ataupun takung air hujan.

Idea yang saya dapat sekitar tahun 2004 - 2006 melalui pencarian bahan di Internet tentang cara-cara menjimatkan kos sebuah perpustakaan komuniti, kini telah menjadi kenyataan.

Terima kasih banyak kepada rakan-rakan sekerja yang turut menyokong idea ini dan tanpa bantuan mereka, idea ini tentunya masih belum berjaya dilaksanakan.

Ini adalah antara langkah menaik-taraf Sudut Kanak-Kanak di perpustakaan kami.

Maafkan saya kerana tidak sempat merakamkan proses pemasangannya kerana saya bercuti pada hari kakitangan perpustakaan memasangnya di dinding. 

Inilah pemandangan yang anda dapat lihat pada hari Ahad 15 Jan yang lepas.










InsyaAllah dinding belakang akan dicat baru juga. Nantilah beberapa hari lagi kita akan lihat perbezaannya.

Tuesday, January 10, 2012

Wajah Baru

Bismillah.

Alhamdulillah hari ini saya sempat mengambil gambar bangunan perpustakaan kami dari luar dari beberapa sudut.

Cat baru yang digunakan ialah cat berwarna kelabu muda dan untuk menaikkan serinya, seluruh pagar dan pintu pagar juga telah dicat dengan warna yang senada.

Syukur ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan hajat kami tercapai. Alhamdulillah.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.

Pandangan dari hadapan.

Pandangan dari sisi kiri perpustakaan.

Pandangan sudut kiri juga.

Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru, Semoga Perpustakaan Ini Terus Maju

Bismillah.

Alhamdulillah kita kita telah pun memasuki tahun baru Hijrah 1433 dan tahun baru Masehi 2012. Semua orang mula sibuk dengan azam baru dan penuh semangat untuk mencapai pelbagai impian hidup di tahun ini.

Bagi kami di Perpustakaan Dar Nur al-Zahra', kami juga mengharapkan kami mampu berusaha sedaya mampu untuk meningkatkan kualiti servis dan fasiliti di perpustakaan kami.

Semoga dengan cat bangunan yang baru, tahun ini rezeki kami lebih murah dan pengunjung makin ramai yang bertandang ke perpustakaan ini untuk menambah ilmu.

Selamat mencapai impian!



Pn. Nor Haniza Hj. Taib
Pengurus