Peminat Perpustakaan

Sunday, March 12, 2006

Program Sempena Cuti Penggal 1 2006

A Read Aloud Session with Auntie Lind. 'The Old Man's Turnip'.




Assalamualaikum semua,

Hmm.... lama sekali saya tak mencatat apa-apa perkembangan di blog Dar Nur al-Zahra' ini. Sebenarnya pelbagai halangan menyebabkan pihak kami tidak sempat melayari internet dan sebagainya.

Insya-Allah, sempena musim cuti sekolah kali ini, Dar Nur al-Zahra' dengan kerjasama MariBaca Bookstore akan mengadakan beberapa aktiviti yang menarik seperti di bawah:

READ ALOUD & STORYTELLING SESSION
Tuesday, 14-03-2006 at 10 am - 12 am, Fee = RM3 per pax

MUM'S READ ALOUD WORKSHOP
Friday, 17-03-2006, 9 am - 12.30 am, Fee = RM50 per pax (incusive of handout, book and lunch)

READING CONTEST
Saturday, 18-03-2006, 10 am - 12 am, Free to all kids aged 5 - 12 years old


haa... kalau mahu mengisi masa cuti dengan berfaedah, jemputlah bersama kami di setiap program tersebut.

wassalam.

Friday, November 11, 2005

Kemudahan Yang Ada Di Dar Nur al-Zahra'

Dewan Seminar yang boleh memuatkan 200 orang pengguna semasa ceramah dan 90 orang semasa bengkel. Kos menyewanya boleh diperolehi dengan menghubungi kami di talian 09-7473829.

Sudut Kanak-Kanak yang ceria dan selesa. Sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga.

Ruang belajar yang luas, ceria dan selesa.

Bahan rujukan dan bacaan yang pelbagai (80% ilmu-ilmu Islam, selebihnya bacaan umum dan kanak-kanak)

Sunday, July 17, 2005

Jadual Waktu Operasi Yang Baru

Assalamualaikum semua.

Wah, lama sungguh saya tak menulis di ruangan blog Dar Nur al-Zahra' ni. Bukan apa ... kadang-kadang bila lebih banyak masa dihabiskan dengan mencari, mengarang, menguruskan dan menjayakan pelbagai aktiviti saya tak sempat lagi nak menulis di blog.

Walau bgmn pun, kali ini saya menulis dalam BM pula, demi untuk mempastikan bahasa ini akan kekal dengan 'standard'nya.

Saya cuma hendak memaklumkan yang Perpustakaan kita akan mempunyai sedikit perubahan dari segi waktu operasinya bermula bulan Ogos ini.

Bermula 1 Ogos 2005, waktu operasi Dar Nur al-Zahra' ialah dari hari Sabtu hingga Rabu sahaja. Masanya tetap sama iaitu dari jam 9 pagi hinggalah 5 petang. Bermakna Perpustakaan akan ditutup pada hari Khamis dan Jumaat.

Sebarang kesulitan amatlah kami kesali tetapi kami terpaksa berubah demi menjayakan lagi Perpustakaan ini.

Harap maklum semua.

Pn. Nor Haniza
Setiausaha