Peminat Perpustakaan

Sunday, June 29, 2008

Buku Apa Yang Nak Dibaca Ya?

Kadang-kadang apabila kita ke perpustakaan, kita tidak tahu apakah buku yang ingin kita baca. Sementelah pula kalau nampak pelbagai pilihan kategori dan tajuk buku yang menarik terutama yang baru tiba dan diletakkan di lobi utama perpustakaan.

Di Dar Nur al-Zahra' juga saya sering berjumpa dengan pengunjung yang datang sekadar untuk melihat-lihat tanpa ada tujuan. Memandangkan mereka yang datang ini mungkin akan membuang masa, maka saya telah berpakat dengan rakan sekerja untuk cuba mencadangkan beberapa buku yang menarik dan mungkin juga sesuai untuk mengisi masa pengunjung tersebut.

Bulan ini jika ke Dar Nur al-Zahra', kami cadangkan anda membaca buku di bawah kerana mungkin banyak ilmu yang akan anda perolehi. Kami telah membacanya dan mendapati buku ini sangat menarik, menyeronokkan, memberi semangat dan melapangkan minda.

Jalan Ke Hadapan (The Road Ahead) oleh Bill Gates - Sebuah edisi terjemahan dari buku yang ditulis oleh Bill Gates tentang kehidupan beliau yang tidak tamat sekolah tinggi tetapi kerana menyedari hakikat suatu peluang yang akan membuahkan kejayaan maka beliau sanggup melakukan tindakan yang mungkin bagi kita adalah bodoh iaitu berhenti sekolah.

Dengan keyakinan diri, beliau berusaha dengan tekun untuk mencapai impian beliau. Akhirnya lihatlah kini beliau adalah tokoh bisnes yang terkenal semenjak menubuhkan Microsoft. Komputer dan program Windows yang beliau hasilkan telah dinikmati serata pelusuk benua. Kita juga turut merasainya.

Buku ini boleh menjadi pendorong kerana banyaknya unsur-unsur motivasi di dalamnya.

Semoga anda juga mendapat manfaat yang banyak dari buku ini. Selamat membaca!

Saturday, June 7, 2008

Persidangan Penerbitan Buku Kanak-kanak Asia-Pasifik 2008

Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) dengan kerjasama International Board on Books for Young People (IBBY) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Persidangan Penerbitan Buku Kanak-kanak Asia-Pasifik 2008. Persidangan ini akan diadakan pada 1- 3 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL, pada 1-3 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.

Tema: Menginspirasikan Minda dan Kreativiti Kanak-Kanak (Inspiring Young Minds and Creativity).

Tujuan: Persidangan ini akan membincangkan isu-isu penting tentang perbukuan kanak-kanak dan remaja dengan menemukan para penggiat sastera dan perbukuan kanak-kanak khususnya penulis, penerbit, editor, ilustrator, pemasar buku, pendidik, pustakawan, penyelidik dan ibu bapa.

Aktiviti: Persidangan akan meliputi pembentangan kertas kerja, bengkel dan pameran. Penceramah jemputan dari IBBY serta beberapa penceramah dari organisasi lain akan membentangkan kertas kerja. Empat bengkel akan diadakan serentak dan setiap satu akan memberi tumpuan pada bidang-bidang tersendiri iaitu penulisan, ilustrasi, promosi dan aktiviti pembacaan dan pemasaran buku. Ruang pameran disediakan untuk memperagakan poster atau bahan-bahan penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Pada hari akhir persidangan, anda dijemput untuk menyertai acara lawatan ke studio seni dan organisasi penerbitan.

Penyertaan: Pihak penganjur mempersilakan anda untuk menyertai persidangan ini sama ada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja. Borang pendaftaran yang telah lengkap hendaklah dikemuka kepada: Urus Setia Persidangan: Pn Suzliana Abd Hamid/Cik Norhafidah Ehawan. Faks: 03-55196045 atau e-melkan kepada: sufiaz27@yahoo.com atau afida_e20@yahoo.com atau secretariat@mbby.org

Yuran Persidangan: USD250.00 (Peserta Luar Negeri); RM600 (Peserta Tempatan). Yuran termasuk kit persidangan, jemputan Majlis Perasmian, Majlis Makan Malam serta jamuan sepanjang Persidangan/bengkel. Bayaran boleh di buat melalui tunai/LO/cek di atas nama: "Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia" atau melalui Public Bank: No Akaun 3132226416

Pertanyaan: Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran, sila hubungi Puan Suzliana Abd Hamid / Cik Norhafidah Ehawan di talian 03-55197667 ext 128 /202. Emel: sufiaz27@yahoo.com atau afida_e20@yahoo.com

Sumber: http://universitipts.com/index.php/site/comments/persidangan_penerbitan_buku_kanak_kanak_asia_pasifik_2008/