Salam Ramadhan untuk semua. Semoga ibadah puasa kita dari sehari ke sehari semakin baik, penuh khusyuk dan ikhlas.
Kalau anda pernah berkunjung ke Dar Nur al-Zahra', anda mungkin pernah meminta bantuan para Pustakawan untuk mencari buku-buku tertentu. Dan anda mungkin pernah bertanya sama ada kami mempunyai sistem khusus untuk mencari buku. Kami benar-benar memohon maaf kerana perpustakaan kami tidak mampu untuk menyediakan sistem tersebut kerana kosnya yang mahal. Walaubagaimanapun, insya-Allah para Pustakawan kami sudah agak mahir dan tahu kedudukan buku-buku mengikut kategori di rak-rak buku yang ada. Jangan bimbang, kami akan cuba membantu anda mencari buku yang berkenaan.
Menyedari hakikat ini, saya telah mengambil inisiatif untuk mencari program pengurusan buku yang PERCUMA di Internet yang paling hampir menepati kehendak kami. Dan dalam masa yang sama saya juga berusaha mengemaskini data-data yang telah pun direkodkan oleh Cik Akmar dan Pn. Dila semasa mereka mengkatalog buku. Saya hanya membina satu pangkalan data yang mampu dimuat-naik ke dalam program pengurusan buku tertentu yang ramah Ms Access 2003.
Sambil mengemaskini data, akhirnya saya terjumpa satu sistem yang agak baik dan boleh memuatkan jumlah buku yang tidak terhingga. Bermakna sekiranya jumlah koleksi perpustakaan kami meningkat, sistem tersebut masih boleh menampung saiz failnya. Yang paling saya pentingkan ialah maklumat yang telah dikemas-kini tersebut sentiasa selamat untuk dicapai, diedit dan ditambah pada bila-bila masa. Sistem tersebut juga mampu menghasilkan laporan untuk dicetak di samping membenarkan pengguna mengubahsuai bahagian-bahagain tertentu mengikut kesesuaian perpustakaan masing-masing.
Program tersebut sedang dalam percubaan sekarang ni. Insya-Allah jika ia berfungsi dengan lancar, kami akan menggunakannya untuk kemudahan kami dan para pengunjung Dar Nur al-Zahra'. Harap anda semua tolong doakan agar ia berjaya.
K.Chik
Pejabat
Dar Nur al-Zahra'
Untuk Blog: darnur-alzahra.blogspot.com
Dar Nur al-Zahra' ialah sebuah perpustakaan awam milik persendirian yang diwakafkan untuk dimanfaatkan secara percuma oleh orang ramai. Ia satu-satunya perpustakaan seumpama ini di Malaysia.
Peminat Perpustakaan
Showing posts with label dnaz. Show all posts
Showing posts with label dnaz. Show all posts
Wednesday, September 10, 2008
Tuesday, August 5, 2008
Perpustakaan Untuk Semua
Bismillahirrahmanirrahim.
Sebagaimana yang anda tahu (jika anda sudah membaca dari awal blog ini), Dar Nur al-Zahra' bermula dalam keadaan tidak ada seorang pun daripada kami yang mempunyai latar belakang dalam bidang pengurusan perpustakaan. Saya bermula di DNaZ sebagai Pengurus Pangkalan Data (sambil menjadi Kerani/Tukang sapu/PRO/Setiausaha/Juruedit dan beberapa tugas lain yang sentiasa bertambah). Hakikatnya kerja-kerja di awal penubuhan perpustakaan ini amatlah banyak dan meletihkan badan dan minda (perlu banyak membuat kajian di Internet, berkenalan dan merujuk kakitangan di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan, mencari bahan rujukan yang berkenaan sistem pengkelasan, dekorasi dalaman perpustakaan, meraih dana kewangan, mencari penyumbang, dll. yang perlu dimulakan dari 0/kosong/zero/null/nill).
Para pengunjung yang dihormati,
Sudah beberapa kali saya merancang untuk memulakan penulisan saya tentang 'Bagaimana Mewujudkan dan Memulakan Sebuah Perpustakaan Asas', tetapi terpaksa ditangguhkan dan memberi laluan kepada urusan-urusan lain yang lebih utama. Walaupun laporan khas yang sedang saya sediakan berkenaan DNaZ untuk pihak pentadbiran belum siap sepenuhnya, saya ingin juga mengambil kesempatan untuk memulakan rancangan ini.
Sebagaimana yang anda tahu (jika anda sudah membaca dari awal blog ini), Dar Nur al-Zahra' bermula dalam keadaan tidak ada seorang pun daripada kami yang mempunyai latar belakang dalam bidang pengurusan perpustakaan. Saya bermula di DNaZ sebagai Pengurus Pangkalan Data (sambil menjadi Kerani/Tukang sapu/PRO/Setiausaha/Juruedit dan beberapa tugas lain yang sentiasa bertambah). Hakikatnya kerja-kerja di awal penubuhan perpustakaan ini amatlah banyak dan meletihkan badan dan minda (perlu banyak membuat kajian di Internet, berkenalan dan merujuk kakitangan di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan, mencari bahan rujukan yang berkenaan sistem pengkelasan, dekorasi dalaman perpustakaan, meraih dana kewangan, mencari penyumbang, dll. yang perlu dimulakan dari 0/kosong/zero/null/nill). Saya bersyukur kerana dalam pencarian dan kesukaran untuk menguruskan koleksi buku yang pada masa itu (tahun 2000) telah pun memenuhi rak-rak di tiga buah bilik bersaiz lebih kurang 18' x 18', saya terjumpa satu manual yang bertajuk 'Libraries for All! How to Start and Run a Basic Library' oleh Laura Wendell dari World Library Partnership dan UNESCO.
Alhamdulillah... oleh kerana bahan tersebut adalah percuma, maka saya telah memuat turun dan mencetaknya. Manual tersebut menjadi rujukan saya sehingga ke hari ini. Terima kasih kepada Puan Laura Wendell dan UNESCO.
Setiap kita yang ada cita-cita untuk membangunkan sebuah perpustakaan awam, amat sesuai membaca dan menggunakan manual ini. Saya tahu, masih banyak yang tidak dilaksanakan di DNaZ ini jika merujuk kepada panduan di dalam manual tersebut. Mungkin juga disebabkan oleh beberapa kelemahan kami yang masih belum dapat diatasi. Saya bercadang untuk mencetak sebuah lagi manual ini dan menyerahkannya kepada pihak pengurusan DNaZ sebagai panduan mereka. Moga-moga perpustakaan ini akan terus berkembang maju dan menjadi satu destinasi kunjungan tetap masyarakat tempatan dan menggamit tetamu luar untuk datang.
Wassalam.
Nota: Akan disambung lagi, insya-Allah.
Sunday, June 29, 2008
Buku Apa Yang Nak Dibaca Ya?
Kadang-kadang apabila kita ke perpustakaan, kita tidak tahu apakah buku yang ingin kita baca. Sementelah pula kalau nampak pelbagai pilihan kategori dan tajuk buku yang menarik terutama yang baru tiba dan diletakkan di lobi utama perpustakaan.
Di Dar Nur al-Zahra' juga saya sering berjumpa dengan pengunjung yang datang sekadar untuk melihat-lihat tanpa ada tujuan. Memandangkan mereka yang datang ini mungkin akan membuang masa, maka saya telah berpakat dengan rakan sekerja untuk cuba mencadangkan beberapa buku yang menarik dan mungkin juga sesuai untuk mengisi masa pengunjung tersebut.
Bulan ini jika ke Dar Nur al-Zahra', kami cadangkan anda membaca buku di bawah kerana mungkin banyak ilmu yang akan anda perolehi. Kami telah membacanya dan mendapati buku ini sangat menarik, menyeronokkan, memberi semangat dan melapangkan minda.
Jalan Ke Hadapan (The Road Ahead) oleh Bill Gates - Sebuah edisi terjemahan dari buku yang ditulis oleh Bill Gates tentang kehidupan beliau yang tidak tamat sekolah tinggi tetapi kerana menyedari hakikat suatu peluang yang akan membuahkan kejayaan maka beliau sanggup melakukan tindakan yang mungkin bagi kita adalah bodoh iaitu berhenti sekolah.
Dengan keyakinan diri, beliau berusaha dengan tekun untuk mencapai impian beliau. Akhirnya lihatlah kini beliau adalah tokoh bisnes yang terkenal semenjak menubuhkan Microsoft. Komputer dan program Windows yang beliau hasilkan telah dinikmati serata pelusuk benua. Kita juga turut merasainya.
Buku ini boleh menjadi pendorong kerana banyaknya unsur-unsur motivasi di dalamnya.
Semoga anda juga mendapat manfaat yang banyak dari buku ini. Selamat membaca!
Di Dar Nur al-Zahra' juga saya sering berjumpa dengan pengunjung yang datang sekadar untuk melihat-lihat tanpa ada tujuan. Memandangkan mereka yang datang ini mungkin akan membuang masa, maka saya telah berpakat dengan rakan sekerja untuk cuba mencadangkan beberapa buku yang menarik dan mungkin juga sesuai untuk mengisi masa pengunjung tersebut.
Bulan ini jika ke Dar Nur al-Zahra', kami cadangkan anda membaca buku di bawah kerana mungkin banyak ilmu yang akan anda perolehi. Kami telah membacanya dan mendapati buku ini sangat menarik, menyeronokkan, memberi semangat dan melapangkan minda.Jalan Ke Hadapan (The Road Ahead) oleh Bill Gates - Sebuah edisi terjemahan dari buku yang ditulis oleh Bill Gates tentang kehidupan beliau yang tidak tamat sekolah tinggi tetapi kerana menyedari hakikat suatu peluang yang akan membuahkan kejayaan maka beliau sanggup melakukan tindakan yang mungkin bagi kita adalah bodoh iaitu berhenti sekolah.
Dengan keyakinan diri, beliau berusaha dengan tekun untuk mencapai impian beliau. Akhirnya lihatlah kini beliau adalah tokoh bisnes yang terkenal semenjak menubuhkan Microsoft. Komputer dan program Windows yang beliau hasilkan telah dinikmati serata pelusuk benua. Kita juga turut merasainya.
Buku ini boleh menjadi pendorong kerana banyaknya unsur-unsur motivasi di dalamnya.
Semoga anda juga mendapat manfaat yang banyak dari buku ini. Selamat membaca!
Subscribe to:
Posts (Atom)