Di Dar Nur al-Zahra' juga saya sering berjumpa dengan pengunjung yang datang sekadar untuk melihat-lihat tanpa ada tujuan. Memandangkan mereka yang datang ini mungkin akan membuang masa, maka saya telah berpakat dengan rakan sekerja untuk cuba mencadangkan beberapa buku yang menarik dan mungkin juga sesuai untuk mengisi masa pengunjung tersebut.
![](http://bp0.blogger.com/_S0RxRnE5fGU/SGcs3gpddSI/AAAAAAAAA2o/EL3lpTnD1Nc/s0-d/billgates.jpg)
Jalan Ke Hadapan (The Road Ahead) oleh Bill Gates - Sebuah edisi terjemahan dari buku yang ditulis oleh Bill Gates tentang kehidupan beliau yang tidak tamat sekolah tinggi tetapi kerana menyedari hakikat suatu peluang yang akan membuahkan kejayaan maka beliau sanggup melakukan tindakan yang mungkin bagi kita adalah bodoh iaitu berhenti sekolah.
Dengan keyakinan diri, beliau berusaha dengan tekun untuk mencapai impian beliau. Akhirnya lihatlah kini beliau adalah tokoh bisnes yang terkenal semenjak menubuhkan Microsoft. Komputer dan program Windows yang beliau hasilkan telah dinikmati serata pelusuk benua. Kita juga turut merasainya.
Buku ini boleh menjadi pendorong kerana banyaknya unsur-unsur motivasi di dalamnya.
Semoga anda juga mendapat manfaat yang banyak dari buku ini. Selamat membaca!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.