Peminat Perpustakaan

Saturday, December 8, 2007

PAMERAN MUKJIZAT AL-QUR'AN 2007

Assalamualaikum untuk semua pengunjung yang dihormati,

Sedikit maklumat berkenaan satu program yang sangat menarik yang dianjurkan oleh Dar Nur al-Zahra' sempena musim cuti sekolah dan akhir tahun 2007 ini. Insya-Allah kita akan menganjurkan Pameran Mukjizat al-Qur'an seperti mana maklumat di bawah.

Tarikh: 11 - 16 Disember 2007
Tempat: Kompleks Islam (Balai Islam Lundang), Kota Bharu, Kelantan.
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam


TERBUKA untuk semua masyarakat Melayu, Cina, India dan sebagainya. Masuk adalah PERCUMA.

TENTATIF PENUH

11/12/07 (Selasa)
10.00 pg: Pameran dibuka kepada orang ramai
3.00 ptg: Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak

12/12/07 (Rabu)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa
10.00 pg: Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
3.00 ptg: Demonstrasi Menulis Khat & Jawi

13/12/07 (Khamis)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa
3.00 ptg: Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Menteri Besar Kelantan
9.00 mlm: Forum 'Kamceng Dengan Al-Qur'an'
Panelis:
1) Ustaz Mohd Nicholas Abdullah (bekas paderi Kristian)
2) Ustaz Saaibon (Pegawai JHEAIK)
3) Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof (Tim. Pengarah HALAQAT)

14/12/07 (Jumaat)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa
10.00 pg: Bicara Ilmu 'Mengapa Saya Memeluk Islam?' oleh Pn. Nur Aisyah Chua
3.00 ptg: Pertandingan 'Islamic Board Game: Qur'an Challenge'
9.00 mlm: Konsert Islami bersama RAIHAN & Kumpulan Dikir Barat Jen Endoro

15/12/07 (Sabtu)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa
9.00 pg: Konvensyen Kebangsaan Penghayatan Al-Qur'an di Dewan Johor APIUM
Pembentang:
1. Dr Azman: Solat & Sains
2. Ustaz Adli (Teguh Iman Resources): Sains & Al-Qur'an Bercanggah atau Tidak
3. Dr. Danial Zainal Abidin: Quran Saintifik
10.00 pg - 5 ptg: Tayangan Filem dari Iran 'Baran', 'Colour of Paradise' dan 'Children of Heaven'
3.00 ptg: Pertandingan 'Qur'an Story Puzzles' untuk Prasekolah, Tahun 1 & 2

16/12/07 (Ahad)
10.00 pg/10.00 mlm: Pameran seperti biasa dan berakhir tanpa penutup.

Dengan itu kami dari Dar Nur al-Zahra' ingin menjemput semua kenalan dan pengunjung semua untuk turut serta di dalam aktiviti pameran ini. Semoga kita semua mendapat ganjaran dan ilmu yang berganda daripada program ini.

Tuesday, October 9, 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum wbt.

Para pengunjung Dar Nur al-Zahra' yang dihormati, bagi pihak perpustakaan, K.Chik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambt Hari Raya Aidil Fitri 1428 Hijrah. Kami menyusun sepuluh jari dan dengan hati yang tulus, memohon maaf zahir dan batin daripada anda semua terutama kepada adik-adik yang sering ditegur semasa berada di dalam perpustakaan kami. Jika teguran kami sedikit terkasar, maafkan lagi zahir dan batin.

Kami sebagai saudara seagama dan juga anggota masyarakat yang bertanggungjawab, hanyalah menjalankan amanah yang telah diletakkan di atas bahu kami. Mengajak yang makruf mencegah yang mungkar.

Selain itu, kami juga ingin menjalinkan hubungan lebih ikhlas dengan seluruh pengguna perpustakaan agar berkat ilmu di sini akan dinikmati oleh semua yang berada di bawah bumbungnya.

Salam Hari Raya.

Dari kami:
Nor Haniza, Mohamad, Akmar, Noradila, Syukri, Abd. Aziz, Hafiz, Azlina dan Che Minah.

Monday, September 17, 2007

Ceramah Perdana Pra Pameran Mukjizat al-Quran 2007

Baru-baru ini (9 September) Dar Nur al-Zahra' dengan kerjasama Pusat Islam HUSM telah menganjurkan ceramah perdana bersempena satu program yang lebih besar iaitu Pameran Mukjizat al-Qur'an 2007 yang bakal berlangsung pada 9 - 20 Disember nanti.

Ceramah tersebut telah berlangsung di Dewan Utama USM Kubang Kerian dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Alhamdulillah kehadiran peserta telah melebihi jangkaan iaitu seribu orang. Kebanyakannya ialah pelajar sekolah dan selebihnya ialah kakitangan USM dan orang awam.

Ceramah bertajuk Mencungkil Keajaiban Sains Dalam Al-Qur'an telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi di Serambi Mekah ini iaitu Dr. Jamnul Azhar bin Haji Mulkan yang datang jauh dari Negeri Kedah.

Sebahagian penonton wanita yang terdiri dari para pelajar beberapa sekolah menengah di Kelantan.


Kami juga membuka gerai jualan buku dengan kerjasama MariBaca Bookstore untuk meraih sedikit pendapatan bagi menambah dana perpustakaan. Alhamdulillah pada hari tersebut, kami berjaya mempromosi buku-buku terbitan PTS dan Goodwords dengan baik sekali seiring dengan promosi Dar Nur al-Zahra'.


Kelihatan para peserta lelaki dari Maahad Tahfiz yang datang agak lewat dan terpaksa duduk di barisan belakang peserta wanita. Boleh dikatakan seluruh ruang dalam dewan pada hari tersebut adalah padat.


Dari kiri: Dr. Jamul Azhar, Dr. Wan Nudri (Tim. Pengarah Pusat Islam USM) dan En. Nazri Deraman (AJK Pameran Mukjizat al-Qur'an selaki wakil Pengarah)


Penceramah sedang bersemangat menyampaikan butir-butir penting pada hari tersebut. Banyak yang kita pelajari dari ceramah beliau. Walaupun belajar di jurusan perubatan dan kini memiliki klinik sendiri, Dr. Jamnul lebih suka dipanggil Ustaz oleh orang lain.

Bersedia menanti majlis dimulakan. Dua pertiga dewan dipenuhi peserta wanita. Dari sini jelas kelihatan.


Masing-masing khusyuk mendengar ceramah yang sememangnya memberi banyak input untuk dijadikan panduan hidup dan amalan di masa akan datang.


Peserta mengambil tempat sementara majlis bermula.


Ramai sungguh pelajar dari Maahad Muhammadi Perempuan yang datang. Baguslah dik, jadikan isi kandungan ceramah sebagai panduan dan ikutan.


Ini pula guru-guru pengiring dan orang awam yang turut hadir ke majlis sama ada berjemput atau tidak. Terima kasih semua. Panjangkanlah apa yang kita dapat pada hari ini kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk datang.

Program 2 sesi tersebut diakhiri tepat jam 1 petang. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada Pusat Islam USM kerana sudi bekerjasama di dalam menjayakan program yang sungguh bermanfaat ini.