Peminat Perpustakaan

Monday, May 29, 2006

BERCUTILAH DENGAN KE PERPUSTAKAAN

Sebahagian buku di Sudut Kanak-Kanak

Assalamualaikum semua,

Nampaknya cuti sekolah datang lagi. Pada waktu inilah ramai ibu bapa mengambil peluang bercuti bersama anak-anak sama ada dengan pulang ke kampung halaman, pergi melancong, mengerjakan umrah, berkelah dan ramai juga yang pergi membeli-belah.

Tapi... pernahkah kita membawa keluarga 'Bercuti Ke Perpustakaan'? Saya dapat merasakan bahawa ramai yang kurang berminat berbuat demikian. Tapi... apa salahnya kalau kita cuba. Insya-Allah anak-anak kita akan lebih biasa dengan buku dan suasana ilmu. Kalau mereka sering dihidangkan dengan suasana seronok di perpustakaan seperti di Dar Nur al-Zahra' ini, saya pasti anak-anak kita akan gemar ke perpustakaan.

Cubalah... perpustakaan kami PERCUMA sahaja.

Saturday, May 20, 2006

HARI INI DALAM SEJARAH

Allahu Akbar! Hari ini dalam sejarah bagi kami di DNaZ. Hujan lebat selama hampir 2 jam pada tengahari 23 April lalu menyebabkan bumbung perpustakaan tidak lagi mampu menampung air yang banyak, saluran air juga tidak mampu menampung tekanan air yang kuat di bumbung, maka akhirnya air membanjiri perpustakaan dari atas sampai ke bawah.

Tuhan Maha Kaya, alhamdulillah, ketika kejadian, semua kakitangan perpustakaan masih berada di dalam bangunan perpustakaan, terutama SU dan Cik Mat yang ketika air turun dengan kuatnya dari tingkat 3 ke tingkat bawah melalui tangga, masih berada di ruang lobi.

Dengan kerjasama semua kakitangan dibantu oleh 2 orang pelatih, Samprullah dan Syed Mahaza, akhirnya kami berjaya mengawal keadaan. Tetapi kejadian ini menyebabkan kerosakan kepada perabut dan yang paling utama ialah karpet yang basah dan perlu dicuci kering. (Berhabis RM762 mengupah orang mencuci kering). Hmm... dalam keadaan kewangan yang kurang stabil, pelbagai dugaan yang datang. Semuanya ujian Allah.

Cuba lihat sebahagian, gambar yang sempat dirakam semasa hari tersebut.

Karpet di dalam Dewan Seminar, basah lencun. Rasa macam berjalan di atas air saja.

Sofa di lobi dewan turut menjadi mangsa.


Nak bercermin pun boleh...

Sudut di tepi lif di Ruang Keluarga, air setinggi 2 inci. Dalam lif, air hampir ke lantai lif.


Terpaksalah kami gunakan bekalan akhbar untuk menghalang air dari mengalir lebih jauh, misalnya ke rak-rak buku dan kaunter.


Licin... jangan nak cuba lalu, nanti jatuh dik ooii.

Baldi pun dah tak mampu menampung air lagi.

Usaha kami mengepung air dengan akhbar, berjaya juga mengelak air dari mengalir jauh.

Alhamdulillah... akhirnya semua kerosakan sudah berjaya dibaiki dan kami berdoa dan berharap agar kejadian sebegini tidak akan berulang lagi.

Thursday, April 27, 2006

PERPUSTAKAAN UNTUK SEMUA


Assalamualaikum semua yang sudi berkunjung ke sini. Welcome everyone to our humble blog. To those who does not understand or read Malay, we are really sorry to inform that we are going to use Malay as our medium since this is our community library.

However, you can e-mail us if you would like to know anything about our beloved library.

(switch language...)

Insya-Allah bermula bulan Mei nanti, DNaZ (nama ringkas) akan mula mengadakan lebih banyak aktiviti/program untuk manfaat bersama. Antara lain kami ada:

Program Mingguan:
1. Read Aloud & Strorytelling - kanak-kanak
2. Kelas Bahasa Arab - wanita dewasa
3. Kelas Al-Quran dan Tajwid - wanita dewasa

Program Bulanan:
1. Kulian Agama - remaja/dewasa
2. Kelas Seni dan Kraftangan - kanak-kanak
3. Bengkel Penulisan, 'BUAT DUIT DENGAN MENULIS' - remaja/dewasa
4. Motivasi Peperiksaan - remaja

Program Tahunan:
1. Pesta Buku - terbuka
2. Hari Terbuka - terbuka
3. Lawatan Sambil Belajar - ahli/Kawan Pustaka

Emm..... seronoknya! Banyak sungguh aktiviti yang menarik. Jadi, jom lah sertai kami di setiap program tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian: 09-7473829 dari semasa ke semasa.

Wassalam.