Peminat Perpustakaan

Monday, September 11, 2006

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1427 HIJRAH


ASSALAMUALAIKUM SEMUA. Bertemu lagi kita di blog DNaZ ini. Saya bagi pihak pengurusan DNaZ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia semua kita semua telah pun bersedia untuk mengisi Ramadhan dengan penuh keikhlasan kekhusyukan amal ibadat terutamanya ibadah puasa.

Sesekali teringat senikata lagu nasyid di zaman kanak-kanak dulu ...
"Ramadhan yang tiba...
membawa bersama ibadah puasa
menguji keimanan
menuntut kesabaran...
penuh tarbiah
penuh mujahadah."

Semoga dengan izin Allah kita dipanjangkan umur untuk melaksanakan ibadah mulia ini dengan mendapat sepenuhnya Ramadhan kali ini.

Sedikit motivasi untuk Ramadhan kali ini...

FADHILAT RAMADHAN

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Bi-iznilLah.
Niza

Sunday, June 11, 2006

Selamat Pengantin Baru Dila...

Alhamdulillah... telah selamat juga salah seorang staf perpustakaan kita naik pelamin. Sejak 1 Jun 2006, Nooradila Mat Zain telah termeterai menjadi isteri Mohd. Rodzi. Mabruk Dila!

Majlis walimatul urusy nya diadakan pada 5 Jun 2006. Alhamdulilah semua staf perpustakaan yang lain sempat berkunjung ke rumah Dila untuk meraikan hari bahagia tersebut. Insya-Allah tak lama lagi kita makan nasi minyak untuk 'kakak' kita pula.

Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang dirakamkan pada petang 5 Jun itu.

Pengantin tu renung siapa?

Cantik... patut lah cik abang berkenan.


Ha... senyum sikit... baru manis!

Monday, May 29, 2006

BERCUTILAH DENGAN KE PERPUSTAKAAN

Sebahagian buku di Sudut Kanak-Kanak

Assalamualaikum semua,

Nampaknya cuti sekolah datang lagi. Pada waktu inilah ramai ibu bapa mengambil peluang bercuti bersama anak-anak sama ada dengan pulang ke kampung halaman, pergi melancong, mengerjakan umrah, berkelah dan ramai juga yang pergi membeli-belah.

Tapi... pernahkah kita membawa keluarga 'Bercuti Ke Perpustakaan'? Saya dapat merasakan bahawa ramai yang kurang berminat berbuat demikian. Tapi... apa salahnya kalau kita cuba. Insya-Allah anak-anak kita akan lebih biasa dengan buku dan suasana ilmu. Kalau mereka sering dihidangkan dengan suasana seronok di perpustakaan seperti di Dar Nur al-Zahra' ini, saya pasti anak-anak kita akan gemar ke perpustakaan.

Cubalah... perpustakaan kami PERCUMA sahaja.

Saturday, May 20, 2006

HARI INI DALAM SEJARAH

Allahu Akbar! Hari ini dalam sejarah bagi kami di DNaZ. Hujan lebat selama hampir 2 jam pada tengahari 23 April lalu menyebabkan bumbung perpustakaan tidak lagi mampu menampung air yang banyak, saluran air juga tidak mampu menampung tekanan air yang kuat di bumbung, maka akhirnya air membanjiri perpustakaan dari atas sampai ke bawah.

Tuhan Maha Kaya, alhamdulillah, ketika kejadian, semua kakitangan perpustakaan masih berada di dalam bangunan perpustakaan, terutama SU dan Cik Mat yang ketika air turun dengan kuatnya dari tingkat 3 ke tingkat bawah melalui tangga, masih berada di ruang lobi.

Dengan kerjasama semua kakitangan dibantu oleh 2 orang pelatih, Samprullah dan Syed Mahaza, akhirnya kami berjaya mengawal keadaan. Tetapi kejadian ini menyebabkan kerosakan kepada perabut dan yang paling utama ialah karpet yang basah dan perlu dicuci kering. (Berhabis RM762 mengupah orang mencuci kering). Hmm... dalam keadaan kewangan yang kurang stabil, pelbagai dugaan yang datang. Semuanya ujian Allah.

Cuba lihat sebahagian, gambar yang sempat dirakam semasa hari tersebut.

Karpet di dalam Dewan Seminar, basah lencun. Rasa macam berjalan di atas air saja.

Sofa di lobi dewan turut menjadi mangsa.


Nak bercermin pun boleh...

Sudut di tepi lif di Ruang Keluarga, air setinggi 2 inci. Dalam lif, air hampir ke lantai lif.


Terpaksalah kami gunakan bekalan akhbar untuk menghalang air dari mengalir lebih jauh, misalnya ke rak-rak buku dan kaunter.


Licin... jangan nak cuba lalu, nanti jatuh dik ooii.

Baldi pun dah tak mampu menampung air lagi.

Usaha kami mengepung air dengan akhbar, berjaya juga mengelak air dari mengalir jauh.

Alhamdulillah... akhirnya semua kerosakan sudah berjaya dibaiki dan kami berdoa dan berharap agar kejadian sebegini tidak akan berulang lagi.

Thursday, April 27, 2006

PERPUSTAKAAN UNTUK SEMUA


Assalamualaikum semua yang sudi berkunjung ke sini. Welcome everyone to our humble blog. To those who does not understand or read Malay, we are really sorry to inform that we are going to use Malay as our medium since this is our community library.

However, you can e-mail us if you would like to know anything about our beloved library.

(switch language...)

Insya-Allah bermula bulan Mei nanti, DNaZ (nama ringkas) akan mula mengadakan lebih banyak aktiviti/program untuk manfaat bersama. Antara lain kami ada:

Program Mingguan:
1. Read Aloud & Strorytelling - kanak-kanak
2. Kelas Bahasa Arab - wanita dewasa
3. Kelas Al-Quran dan Tajwid - wanita dewasa

Program Bulanan:
1. Kulian Agama - remaja/dewasa
2. Kelas Seni dan Kraftangan - kanak-kanak
3. Bengkel Penulisan, 'BUAT DUIT DENGAN MENULIS' - remaja/dewasa
4. Motivasi Peperiksaan - remaja

Program Tahunan:
1. Pesta Buku - terbuka
2. Hari Terbuka - terbuka
3. Lawatan Sambil Belajar - ahli/Kawan Pustaka

Emm..... seronoknya! Banyak sungguh aktiviti yang menarik. Jadi, jom lah sertai kami di setiap program tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian: 09-7473829 dari semasa ke semasa.

Wassalam.

Monday, April 10, 2006

Seminar Menangani Isu-Isu Wanita Dalam Islam

Assalamualaikum wbt.

Para Pengunjung semua, hujung minggu ni pihak Wanita JIM Kelantan akan mengadakan satu program spt mana tajuk di atas.

Kat bawah ni saya masukkan keterangan lanjut program tersebut.

Program: SEMINAR SU-ISU WANITA DALAM ISLAM
Tarikh: 15 ARIL 2006 (16 RABIUL AWAL 1427)
Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat: DEWAN SEMINAR DAR NUR AL-ZAHRA', LORONG MERICAN, TELIPOT, KOTA BHARU, KELANTAN.
Anjuran Bersama: EXCO Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan & Wanita JIM Kelantan
Yuran: RM25 (Peserta Umum) dan RM20 (Pelajar)

Antara pengisian program ialah:

SESI 1 - RUMAHKU SYURGAKU, Moderator: Dr. Dasmawati
KERTAS 1 - MENANGANI KEPELBAGAIAN DALAM RUMAHTANGGA, Pembentang: Dr Harlina Halijah Siraj
KERTAS 2 - PENGURUSAN KEWANGAN, Pembentang: En Abbas Sahat

SESI 2 - SOLAT MENGIKUT AL-QURAN DAN SUNNAH
KERTAS 3 - SOLAT BERKUALITI, Pembentang: Prof. Madya Ustz. Dr. Anisah Abd. Ghani
KERTAS 4 - KEMULIAAN MAHKOTA WANITA, Pembentang: Dr. Hafidzah Mustakim

Pihak kami sebagai tuan rumah, ingin menjemput anda semua turut serta ke program ini kerana terdapat banyak maklumat dan perkongsian yang boleh dimanfaatkan. Sila sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda agar mereka juga turut mendapat faedah dari program ini.

Wassalam.

Sunday, March 12, 2006

Program Sempena Cuti Penggal 1 2006

A Read Aloud Session with Auntie Lind. 'The Old Man's Turnip'.




Assalamualaikum semua,

Hmm.... lama sekali saya tak mencatat apa-apa perkembangan di blog Dar Nur al-Zahra' ini. Sebenarnya pelbagai halangan menyebabkan pihak kami tidak sempat melayari internet dan sebagainya.

Insya-Allah, sempena musim cuti sekolah kali ini, Dar Nur al-Zahra' dengan kerjasama MariBaca Bookstore akan mengadakan beberapa aktiviti yang menarik seperti di bawah:

READ ALOUD & STORYTELLING SESSION
Tuesday, 14-03-2006 at 10 am - 12 am, Fee = RM3 per pax

MUM'S READ ALOUD WORKSHOP
Friday, 17-03-2006, 9 am - 12.30 am, Fee = RM50 per pax (incusive of handout, book and lunch)

READING CONTEST
Saturday, 18-03-2006, 10 am - 12 am, Free to all kids aged 5 - 12 years old


haa... kalau mahu mengisi masa cuti dengan berfaedah, jemputlah bersama kami di setiap program tersebut.

wassalam.