Peminat Perpustakaan

Wednesday, April 23, 2008

HARI BUKU SEDUNIA

Assalamualaikum warahmatullah kepada semua pengunjung. Hari ini kita berbicara sebentar berkenaan Hari Buku Sedunia. Tahukah anda bilakah tarikhnya Hari Buku Sedunia (HBS) ini? Pada pengamatan saya, masih ramai yang tidak tahu bilakah HBS ini? Baiklah, saya cuba mencari maklumat yang setepat mungkin berkenaan perkara ini melalui internet terutama dengan menjelajahi laman-laman web berkenaan buku sama ada laman web kedai-kedai buku, laman-laman web penulis buku, blog-blog yang menulis, berbincang, mengulas atau mempromosikan buku, banyak yang saya layari. Semata-mata untuk mendapatkan maklumat berkenaan HBS.

Dalam pencarian ini, saya bertemu beberapa maklumat yang saya kira boleh dipercayai. Antaranya ialah maklumat yang saya perolehi daripada laman wikipedia iaitu laman berupa ensiklopedia secara maya. Dari laman tersebut, ada menyebut bahawa HBS jatuh pada tarikh 23 April setiap tahun bermula sejak 1923. Sebenarnya ada sejarah di sebalik penetapan tarikh tersebut sebagai HBS. Jika ingin membaca lanjut, sila ke pautan ini: http://en.wikipedia.org/wiki/World_Book_and_Copyright_Day

Walaupun HBS ini ada pertalian dengan sambutan hari St George bagi penganut Kristian, kita anggaplah ia sekadar memperingatkan kita kepada kepentingan ILMU dan BUKU adalah salah satu dari sumber ilmu.

Sebagai seorang Muslim, HBS bukanlah satu tarikh yang signifikan dengan ajaran Islam, kerana Islam terlebih dahulu meraikan ilmu melalui WAHYU pertama yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hira' selepas 40 tahun kelahiran baginda. Namun, hari ini ummat Islam bukanlah terkenal sebagai ummat yang paling menghargai, menguasai ataupun mencintai ilmu. Sebagai contohnya di negara kita Malaysia ini dan lebih dekat lagi di negeri kita Kelantan sendiri. Budaya membaca mungkin masih di peringkat semaian lagi walau negara telah 50 tahun merdeka. Amalan suka ke perpustakaan amatlah kecil peratusnya berbanding amalan suka ke pusat membeli-belah dan ke pusat hiburan. Daya penghormatan terhadap ilmu, buku dan orang berilmu (seperti alim-ulama') juga sangatlah mengecewakan terutama di kalangan anak-anak muda.

Banyak yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan kecintaan terhadap buku dan ilmu ke dalam diri ummat Islam. Pelbagai usaha yang perlu kita lakukan secara berterusan dan terancang agar mencintai ilmu, membaca buku, berkunjung ke perpustakaan atau hobi ke kedai buku mempengaruhi gaya hidup masyarakat kita terutamanya di kalangan orang Islam. Sebagai sebuah institusi yang mempromosikan buku dan ilmu, kita juga akan bersungguh-sungguh berusaha menyediakan satu suasana dan pendekatan yang lebih berdaya maju untuk menarik masyarakat suka ke perpustakaan. Semoga berkat keikhlasan kita bekerja kerana Allah (menyampaikan ilmu adalah sunnah Nabi s.a.w.), orang ramai akan menganggap perpustakaan ialah satu tempat menarik yang seronok dikunjungi, kalau boleh setiap hari.

(Akan disambung jika berkesempatan... insya-Allah).


Rujukan:

Wednesday, April 9, 2008

BENGKEL PENULISAN BERSAMA PENULIS

RUGI kalau anda tidak SERTAI kami!!!



ASSALAMUALAIKUM WBT. Alhamdulillah, saya telah berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Antarabanga Kuala Lumpur selama 2 hari iaitu 6 dan 7 April yang lalu. Dalam kunjungan tersebut saya bertuah kerana diizinkan Allah SWT untuk bertemu beberapa orang penulis yang telah terkenal dan sedang meningkat naik terutamanya para penulis dari Syarikat buku PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sehubungan dengan pertemuan tersebut saya telah berbincang dengan salah seorang ORANG PENTING PTS iaitu En. Nazrul Samsudin yang kini telah pun menerbitkan sendiri sebuah buku (gambar di atas) yang bertajuk, "BUAT DUIT DENGAN TERBIT SENDIRI BUKU".

Alhamdulillah, beliau telah sudi untuk bersama kami mengadakan satu bengkel penulisan sempena kepulangan beliau ke Kelantan (orang Kelantan suami-isteri) pada 1 - 4 Mei nanti. Berikut ialah butiran bengkel tersebut:

Tarikh Cadangan: 2 Mei 2008, Jumaat (mungkin akan berubah tapi antara 1 dan 4 Mei)
Masa: 8.30 pg - 12.30 tgh
Tempat: Dewan Seminar Dar Nur al-Zahra'
Yuran: Akan dimaklumkan semula.
Penyertaan adalah TERHAD kepada 100 orang sahaja.

Antara pengisian bengkel selama 4 jam ini ialah:

1. Memahami hak cipta untuk penulis
2. Teknik menulis berkesan - KJ Method
3. Bagaimana menurunkan indeks boleh baca
4. Terbit sendiri buku sebagai alternatif

JOM DAFTAR SEKARANG dengan membuat DEPOSIT PENYERTAAN RM20.

Sila tinggalkan pesanan di dalam kotak komen, beserta alamat email. Insya-Allah kami akan hubungi seberapa segera dengan butiran selanjutnya.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. BERTINDAKLAH SEKARANG! KHUSUSNYA BAGI ANDA YANG BERADA DI KELANTAN.