Peminat Perpustakaan

Friday, May 23, 2008

Laporan Ringkas Bengkel Penulisan

Tajuk: Bengkel Penulisan Kaedah KJ Method
Tarikh: 2 Mei 2008, Jumaat
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Seminar, Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra', Kota Bharu
Pendaftaran Peserta: 25 orang (hanya 8 orang yang hadir)

Pengenalan:
Perpustakaan kami (al-Zahra') berhasrat membantu orang ramai yang berminat dengan dunia penulisan untuk mempelajari satu teknik penulisan yang digunakan oleh para penulis sebuah syarikat penerbitan buku bumiputera yang semakin menyerlah iaitu PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.. Teknik tersebut dikenali sebagai KJ Method telah agak lama diperkenalkan oleh PTS dan sering dibengkelkan di Kuala Lumpur. Setelah membuat tinjauan secara rawak kepada para pengunjung dan kenalan al-Zahra' kami merancang untuk menganjurkan bengkel penulisan ini. Takdir Allah telah menemukan Setiausaha al-Zahra' dengan En. Nazrul dari PTS semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah merealitikan bengkel tersebut.

Rumusan:
1. Semua peserta yang hadir telah mengenali apakah kaedah KJ Method.
2. Para peserta telah ditunjukcara dan dibimbing menggunakan kaedah tersebut dalam memulakan penulisan.
3. Latihan ringkas dilakukan agar para peserta lebih memahami penggunaan kaedah ini.
4. En. Nazrul turut berkongsi pengalaman tentang pengurusan hakcipta dan kelebihan menerbitkan sendiri buku yang dituliskan.
5. Perbincangan antara moderator dan peserta telah memberi harapan, keyakinan dan kepuasan kepada peserta untuk meneruskan cita-cita dan minat mereka untuk menulis terutama penulisan secara komersil.
6. Bengkel lanjutan mungkin akan diadakan dalam penggal kedua tahun ini.
7. Kekurangan peserta amat dikesali dan berikut adalah hasil post-mortem masalah ini:
  • Ada peserta yang mendaftar adalah dari luar Kelantan. Kemungkinan mereka tidak meneliti dengan baik maklumat yang diberikan, maka mereka tidak dapat hadir.
  • Beberapa orang peserta telah menelefon pada pagi hari bengkel memaklumkan mereka tidak dapat hadir kerana pertindihan dengan program yang lebih penting.
  • Selebihnya menelefon akan hadir tetapi sehingga tamat bengkel tidak diketahui apakah sebab mereka juga tiada.
  • Tempoh waktu promosi dan publisiti bengkel yang agak pendek iaitu seminggu lebih sahaja. Sebaran tidak meluas.
  • Kelemahan petugas membuat 'follow-up' dengan peserta untuk memastikan mereka hadir.
8. Insya-Allah al-Zahra' tidak akan serik untuk menganjurkan lagi bengkel sebegini walaupun peserta adalah kecil jumlahnya. Kami yakin akan berjaya menambah jumlah tersebut dengan perancangan dan gerakerja yang lebih rapi di masa hadapan. Semoga usaha-usaha kami akan membantu masyarakat tempatan meminati, mencintai dunia penulisan dan menyedari keupayaan kemahiran ini membantu sumber rezeki mereka.
9. Berikut ialah sedikit rakaman sepanjang bengkel berjalan.






10. Sekian, terima kasih.