Dar Nur al-Zahra' ialah sebuah perpustakaan awam milik persendirian yang diwakafkan untuk dimanfaatkan secara percuma oleh orang ramai. Ia satu-satunya perpustakaan seumpama ini di Malaysia.
Peminat Perpustakaan
Saturday, December 12, 2009
Children's Book Author: Maurice Sendak
Saturday, December 5, 2009
Perpustakaan dibuka semula
Alhamdulillah selepas seminggu bercuti raya sempena Aidul Adha, hari ini perpustakaan kembali beroperasi seperti biasa.
Begitu ramai pelajar kolej yang datang untuk mencari bahan untuk tugasan mereka hinggakan kakitangan kami terpaksa berdiri lama untuk memfotostat buku-buku yang mereka kehendaki.
Mungkin kerana kami bercuti agak lama maka para pengunjung seolah-olah tidak sabar menunggu Zahra' dibuka semula.
Boleh dikatakan hari ni memang ramai pengguna yang datang hinggakan ruangan di bahagian bawah hampir tiada kerusi kosong.
Terima kasih atas kesudian anda menggunakan perpustakaan ini.
Kami gembira menerima kunjungan anda dan kami juga bangga kerana dalam suasana cuti sekolah dan cuaca hujung tahun yang hujan tidak menentu ini, anda masih suka berkunjung ke perpustakaan. Syabas!
Semoga waktu yang anda habiskan di sini telah memberi banyak manfaat kepada anda.
Jemputlah berkunjung setiap hari ya.
Wednesday, November 11, 2009
Udara atau Ilmu?
Seorang lelaki muda pergi menemui seorang ahli hikmah.
"Tuan, ajarkan saya ilmu hikmah", pintanya.
"Kau benar-benar inginkannya?" tanya ahli hikmah.
"Ya, tuan."
"Kamu sedia diuji?"
"Sedia", jawabnya tanpa ragu.
"Baiklah, bawa setempayan air ke hadapanku", pinta ahli hikmah.
Setempayan air segera dihadapkan di hadapan ahli hikmah oleh lelaki muda itu.
"Mari ke sini. Jengukkan kepalamu ke muka tempayan ini."
Lelaki muda itu pun merapatkan kepalanya ke mulut tempayan.
Tiba-tiba hali hikmah itu menekan dan menenggelamkan kepala lelaki itu ke dalam air. Dia meronta-ronta kelemasan. Apabila nampak tidak berdaya, barulah kepalanya dilepaskan. Sebaik menghirup udara, ahli hikmah terus bertanya, "Apa yang kamu inginkan?"
"Saya inginkan ilmu."
Mendengar jawapan itu sekali lagi kepala lelaki itu dibenamkan ke dalam air. Sekali lagi lelaki muda itu kelemasan. Kali ini lebih teruk dari sebelumnya. Setelah hampir lemas, baru dilepaskan lantas soalan yang sama juga diajukan.
"Apa yang kamu inginkan?"
"Saya inginkan ilmu!" jawab lelaki muda itu. Kali ini dengan keadaan lebih tidak berdaya.
Mendengar jawapan yang sama, ahli hikmah itu membenamkan sekali lagi kepala lelaki itu ke dalam tempayan. Kali ini lebih lama. Lelaki itu meronta-ronta. Kali ini jauh lebih hebat dan dahsyat dirasakannya. Setelah hampir nyawa-nyawa ikan, barulah kepalanya dilepaskan.
"Apa yang kamu inginkan?"
"Udara, udara, udara!" katanya hampir kehilangan suara.
"Sekarang, kamu telah bersedia untuk belajar hikmah daripadaku. Jika kamu inginkan hikmah seperti kamu inginkan udara, barulah kamu layak mendapatnya!"
PENGAJARAN
Keghairahan yang tinggi terhadap ilmu akan menjadikan seseorang itu ghairah untuk belajar. Imam al-Syafi'e pernah menyifatkan dirinya dengan ilmu umpama ibu ayan yang kehilangan anaknya. Begitu cinta dan tinggi sekali keinginannya untuk mendapatkan ilmu.
Disalin semula dari AnggukGeleng, SOLUSI isu #12.
Wednesday, October 28, 2009
Sumbangan Telah Diterima
Bagi pihak Perpustakaan Dar Nur al-Zahra' saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Zulina Bt. Hassan @ Ummu Najah di atas kesudian beliau menyumbangkan kitab-kitab ini.
Sebenarnya bungkusan ini telah sampai ke tangan kami pada 19 Oktober lagi tapi saya yang terlambat memaklumkan di sini.
Alhamdulillah kami amat berbesar hati menerimanya dan insyaAllah kita ini akan dimanfaatkan bersama di perpustakaan ini.
Terima kasih sekali lagi.
Thursday, October 8, 2009
Ribut kencang dan hujan lebat
Tiba-tiba bekalan elektrik pula terputus. Kemungkinan salah satu tiang elektrik telah pun rebah dipukul ribut.
Kami agak bimbang untuk meninggalkan perpustakaan tambahan dalam keadaan sebelah dari pintu utama masih lagi belum berganti. Sekarang ini dihadang oleh lapisan plywood untuk sementara.
Masih ada ramai pengunjung yang tidak sempat pulang sebelum hujan turun. Terpaksalah bergelap bersama kami di ruangan bawah. Kami nak benarkan mereka balik pun tidak berani kerana cuaca terlalu buruk, merbahaya.
Wednesday, October 7, 2009
Lawatan oleh Tadika Islam Progresif
Wednesday, September 30, 2009
Terkejut Besar
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana selepas bercuti seminggu sempena Hari Raya Aidil Fitri tempohari, kami telah kembali semula menyambung tugas memikul amanah di Zahra' ini.
Operasi perpustakaan pun kembali berjalan seperti biasa dan pengunjung pun dari hari pertama dibuka semula hingga ke hari ini semakin ramai. Mungkin juga kerana musim peperiksaan semakin hampir maka ramai golongan pelajar yang singgah untuk mengulangkaji.
Kelihatannya tiada perkara yang lain dari yang lain berlaku di sini hinggalah petang semalam.
Sudah takdir Allah, peristiwa yang tidak sesiapa sangka akan berlaku telah terjadi dan ianya agak membimbangkan kami semua.
Lebih kurang jam empat petang semalam, salah satu daun pintu kaca telah jatuh dan pecah berderai. Tidak boleh diselamatkan lagi.
Penyebabnya, ada beberapa kemungkinan tapi biarlah apa pun sebabnya yang pasti daun pintu itu perlu diganti dengan yang baru.
Bukan mudah ataupun cepat untuk menggantikan sekeping daun pintu yang diperbuat dari kaca khas. Terpaksa ditempah dari Kuala Lumpur.
Penyelesaian sementara ialah kami akan menutup bahagian kiri pintu utama dengan plywood sehinggalah pintu yang baharu siap pada minggu hadapan.
Apa yang lebih penting ialah tiada sebarang kemalangan besar ke atas sesiapa pun berlaku. Syukur.
Allahu'alam.
Wednesday, September 16, 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430
Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua pengunjung.
Bagi pihak Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra' saya ingin mengucapkan Selamat Menyempurnakan Ibadah Puasa dan Menyambut Aidil Fitri yang mulia.
Pihak kami memohon maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung dan pengguna perpustakaan sekiranya sepanjang perkhidmatan kami ada yang telah menyakitkan hati dan perasaan anda. Harap dimaafkan.
Kami juga mendoakan agar anda semua mendapat banyak keberkatan sepanjang bulan yang mulia ini dengan peningkatan amal dan ibadah yang baik.
Semoga kita dapat meraikan hari kemenangan yang sebenar di 1 Syawal nanti.
Selamat Hari Raya!
Saturday, August 22, 2009
SALAM RAMADHAN DARI KAMI
SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM DAR NUR AL-ZAHRA'.
SEMOGA DI BULAN YANG PENUH BARAKAH INI KITA AKAN SAMA-SAMA DAPAT MENINGKATKAN AMAL IBADAH KITA TERUTAMA DALAM BERTARANNUM, MENGHAFAL AYAT-AYAT SUCI AL-QUR'AN, MEMBACA LEBIH BANYAK BAHAN BACAAN YANG BERMUTU DAN BERFAEDAH, MENGHULURKAN SEDEKAH SEMAMPU YANG KITA BOLEH DAN SEBAGAINYA.
PADA BULAN INI KAMI AKAN BEROPERASI DARI JAM 9.00 PAGI HINGGA 4.15 PETANG UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA KAKITANGAN PULANG LEBIH AWAL UNTUK LEBIHKAN IBADAH DAN PERSIAPAN BERBUKA.
SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA.
Monday, August 10, 2009
KENAPA TAHUN INI KEMPEN MEMBACA SEPI SAHAJA?
Apa sudah jadi dengan kempen membaca yang saban tahun disambut di negara kita ini?
Adakah kerana hasilnya kurang memberangsangkan maka ianya semakin kurang mendapat perhatian?
Atau saya saja yang ketinggalan dalam melibatkan diri dalam kempen ini?
Mungkin saya perlu buat satu penilaian kenapa saya terasa semakin jauh dari kempen membaca.
Terasa seolah-olah sudah hilang arah dalam mencapai matlamat asal kempen ini.
Semakin hambar saya rasakan semangat saya untuk turut serta menjayakan kempen membaca ini kerana kurangnya sokongan dari pihak yang berkenaan.
Bekerja yang dulunya menyeronokkan akan menjadi membosankan apabila ia mula dirasakan sebagai satu rutin.
Semakin hilang keseronokan dan keikhlasan dalam menjayakan sesuatu aktiviti atau program kerana pelbagai halangan yang ada.
Mungkin inilah antara sebab kenapa saya ingin sekali merasakan kembali nikmatnya terlibat dan turut menjayakan kempen membaca.
p/s: maafkan saya kerana hari ini menulis secara rawak sahaja apa yang berbuku di minda.
Wednesday, July 15, 2009
Wednesday, July 8, 2009
SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN
Pengenalan:
Ilmu Maqasid Al-Syariah adalah merupakan satu cabang ilmu yang masih belum difahami dengan jelas oleh masyarakat kita di Malaysia walaupun ia telah lama dibincangkan oleh para ulama' dalam kitab-kitab fiqh dan usul-fiqh mereka. Malah istilah Maqasid al-Syariah ini juga masih kurang diberi penekanan oleh ramai ahli cendikiawan Islam sendiri.
Pada hakikatnya, ia telah diaplikasikan dalam pelbagai sudut kehidupan terutamanya yang melibatkan hal ehwal kemasyarakatan, kewangan dan pentadbiran. Sebenarnya orang yang mengenali dan memahami Maqasid Al-Syariah akan terpegun melihat keindahan dan kesempurnaan agamanya, malah ia juga akan memperlihatkan kebenaran ayat al-Quran yang bermaksud: {Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan} [Al-Haj: 78]. Dan Firman Allah swt yang bermaksud: {Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.} [Al-Baqarah: 185].
Dalam menghadapi dan menyelesaikan persoalan- persoalan semasa juga tidak kira samada yang menyentuh aspek sosial, ekonomi, politik mahupun perundangan Islam secara menyeluruh, ilmu Maqasid Al-Syariah merupakan satu elemen penting yang mesti dihadamkan oleh para cendikiawan, ulama' mahupun hukkam.
Menyedari tentang ilmu Maqasid Al-Syariah ini serta isu-isu semasa yang berkait dengannya maka, Jabatan Syariah KIAS menganjurkan satu seminar peringkat kebangsaan yang akan mengupas dan memberi pendedahan tentang isu-isu tersebut dalam kerangka ilmu dan akademik.
SASARAN
• Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan
• Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri
• Wakil Rakyat dan Ahli Politik
• Ahli-ahli Akademik IPTA dan IPTS
• Pengamal Undang-undang
• Pegawai Pejabat Agama/ Mufti/ Majlis
• Penggawa dan Penghulu
• Pegawai Dakwah/ Halaqat
• Pegawai Pendidikan
• Pelajar IPTA dan IPTS
• Ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
• Individu-individu yang berminat terhadap pentadbiran negara
TENTATIF PROGRAM
8.00 – 9.00 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 – 11.55 pagi
SESI PEMBENTANGAN PAGI
Moderator: Ustaz Mohd Azhar bin Abdullah
Kertas Kerja 1
Tajuk : Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara
Pembentang : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Pensyarah Jabatan Al-Syariah
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Kertas Kerja 2
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Kewangan dan Ekonomi Negara
Pembentang : Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Minum Pagi
Kertas Kerja 3
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia
Pembentang : Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri
Universiti Malaya
Sesi soal jawab
11.55 pagi – 1 petang
MAJLIS PERASMIAN
11.55 pagi
Ketibaan YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar
12.00 tgh
Ucapan Pengacara Majlis
12.05 tgh
Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran al-Karim
12.15 tgh
Ucapan Alu-aluan Pengerusi Seminar
YBhg. Ustaz Hamidi bin Abdul Ghani
12.25 tgh
Ucaptama dan Perasmian
1.00 ptg
Makan Tengahari
Solat Zohor Berjemaah & Solat Hajat
Rehat
2.30 – 4.20 petang
SESI PEMBENTANGAN PETANG
Moderator : Ustaz Fadhli bin Shaari
Kertas Kerja 4
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Perlembagaan dan Perundangan Negara
Pembentang: Prof. Dr. Abdul Aziz Bari
Pensyarah Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kertas Kerja 5
Tajuk : Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam: Satu Pengalaman Kerajaan Negeri Kelantan.
Pembentang : YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan
Sesi soal jawab
4.20 – 5.00 ptg
MAJLIS PENUTUP
4.20 ptg
Resolusi
4.30 ptg
Ucapan Ketua Eksekutif KIAS
YABrs Dr. Johari bin Mat
4.40 ptg
Ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
YB Dato' Hj. Mohd Aiseri bin Hj. Alias
5.00 ptg
Minum petang dan Bersurai
________________________________________
PENYERTAAN
Yuran pendaftaran seperti berikut:
Individu: RM 80.00
Pelajar: RM 40.00
PENGINAPAN
Penginapan peserta di Hotel Grand Riverview boleh diuruskan oleh pihak penganjur dengan kadar harga yang berpatutan:
Deluxe Room (single) : RM 155.00
Deluxe Room (twin sharing): RM175.00
Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat KIAS. Borang fotostat juga diterima.
Borang yang diisi hendaklah dihantar bersama bayaran yuran.
PEMBAYARAN
Bayaran boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:
1. CEK atas nama PKPII, KIAS melalui akaun BIMB bernombor 03036010036772.
2. Wang pos / Money Order atas nama: SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09)
3. Bayaran secara TUNAI.
4. Cek / Slip Bank-in / Wang Pos atau Money Order hendaklah dihantar kepada:
SEKRETARIAT
SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09)
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),
KM 12, Jalan Kuala Krai, Nilam Puri, 15730, Kota Bharu, Kelantan.
[IPTS 07010-KP (JPS)5195/IPTS/1007]
(Cik Wan Raihan bt Wan Mohd Rani 013-9995703)
Pendaftaran dibuka SEKARANG sehingga 5 JULAI 2009 (Ahad)
SEBARANG PENYERTAAN DAN KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
PEJABAT KIAS : 609-7129386 / 87
FAX : 609-7126161
ATAU
Ustaz Hamidi Abdul Ghani
019-9438165 / 09- 7126161
Ustazah Nurul Akma bt Mohamed
013-9968751
Ustaz Zulqarnain bin Hassan
013- 5305369
Hj. Mohd Nor Anuar (Penginapan)
016-5490150
ATAU E-MAIL DI ALAMAT:
smskias09@gmail.com
Sumber: http://luqmankhairi.blogspot.com/2009/05/pengumuman-penting-berita-baik.html
Sunday, May 31, 2009
Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Wed | May 27, 09 | 2:57:19 pm MYT
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
- a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
- b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
- c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
- d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
- e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota !
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul .
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. - mr_
Saturday, May 16, 2009
Monday, May 4, 2009
Mencorak pemikiran masyarakat membaca
SEGALA-GALANYA sudah berakhir. Sambutan Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta yang disambut pada 23 April yang lalu telah juga diakhiri dengan jayanya penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.
Malaysia tidak ketinggalan dalam menyemarakkan gerakan membaca, dengan memasukkan agenda sambutan Hari Buku Sedunia ini ke dalam kalendarnya.
Negara-negara lain yang juga menyambutnya dengan meriah adalah seperti Australia, Kanada, Ivory Coast, Cuba, Finland, Jerman, Greece, Itali, Madagascar, Maghribi, Mozambique, Puerto Rico, Sepanyol dan Sweden.
Namun agak berbeza dengan United Kingdom, yang menyambutnya pada 1 Mac setiap tahun.
Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), yang saban tahun dianjurkan pada bulan April, juga adalah berkait rapat dengan aktiviti Hari Buku Sedunia ini.
Pihak penganjur PBAKL telah menganjurkan pesta ini dengan baik sekali. Ditambah pula dengan slogan-slogan yang sentiasa diubah pada setiap tahun. Seperti misalnya slogan tahun ini ialah "Buku: Lakaran Masa Depan."
Namun satu persoalan penting yang perlu difikirkan bersama ialah sejauh manakah slogan-slogan ini memainkan peranan penting untuk mencorak pemikiran masyarakat bagi merealisasikan matlamat kewujudan masyarakat membaca.
Seharusnya, pada hemat penulis, slogan-slogan yang dicipta itu perlulah dirujuk kepada matlamat akhir sesuatu visi yang besar.
Misalnya dalam konteks pembinaan negara bangsa, Malaysia sudah mempunyai Wawasan 2020.
Maka, seharusnya setiap visi dan misi tindakan setiap agensi kerajaan, mahupun swasta terarah ke Wawasan 2020.
Mungkin Wawasan 2020 bukanlah satu wawasan yang sempurna. Malah, tidak ada yang sempurna di dunia ini, kecuali Allah.
Maka, sebagai sebuah bangsa yang sedang menuju ke arah kejayaan, wawasan ini perlu sentiasa dibincang dan dibaiki.
Begitu juga setiap slogan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur perlu turut menghala ke arah Wawasan 2020.
Kewujudan slogan-slogan ini sudah cukup baik untuk menjadi satu platform bagi menyediakan satu masyarakat yang benar-benar membaca.
Namun, sejauh manakah kesediaan slogan-slogan ini dapat dipergunakan sepenuhnya oleh institusi-institusi berwajib dalam menjayakan gerakan membaca ini?
Seharusnya, slogan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, "Buku: Lakaran Masa Depan" ini dapat dijadikan juga sebagai slogan sambutan Hari Buku Sedunia di Malaysia, dan seterusnya diterjemahkan pula oleh setiap perpustakaan di negara ini, sehinggalah ia dapat dijelmakan sebagai satu hasilan yang dapat diamalkan oleh setiap warga Malaysia.
Kini sudah tiba masanya untuk masyarakat Malaysia bangkit membaca dan menjelmakan kembali semangat budaya ilmu dengan merealisasikan slogan ini.
PENULIS ialah Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga Setiausaha Agung Komuniti Buku online.org.
Sumber: Utusan Online
Tuesday, April 28, 2009
Koleksi Buku Terbaru di Zahra'
Sebenarnya kami telah menetapkan dalam setahun kami akan membuat pembelian buku baru sebanyak 4 kali menggunakan duit tabungan Zahra' sendiri. Kiranya dalam 3 bulan kami akan mempunyai peruntukan sebanyak RM500.00 untuk membeli buku. Alhamdulillah untuk suku pertama tahun ini, inilah di antara buku-buku yang telah kami beli.
Di dalam gambar di atas terdapat juga buku-buku yang disumbangkan oleh organisasi dan individu. Kami memilih buku dari kategori kanak-kanak hinggalah kepada dewasa.
Buku-buku ini baru sahaja kami beli sebentar tadi di Jaafar Rawas KB. Pelbagai buku terkini dan termasuk juga 3 tajuk buku rujukan kegemaran pelajar STAM iaitu buku-buku Balaghah dan Adab Nusus.
Semangat dua orang tu bersembang, hehehe. Kami baru balik dari bandar, badan berpeluh campur letih dan perut pulak sedang lapar. Apa lagi, makanlah dulu...
Jemputlah ke Zahra' ya kalau ingin membaca buku-buku di atas tu.
Wassalam.
Monday, April 27, 2009
Ceramah Penerangan - Bagaimana Mengurus Perpustakaan & Menjadi Pustakawan Berjaya?
Petang semalam saya telah dijemput untuk menyampaikan satu ceramah di Maahad Daru Anuar (MADA), Pulau Melaka. Tajuknya adalah seperti di atas. Ceramah tersebut adalah untuk kesemua 41 orang Pustakawan sekolah berkenaan. Turut hadir ialah guru penasihat mereka iaitu Cik Aishah dan Cik Ummi dengan dibantu oleh Ustaz Wan Abdul Aziz.
Ceramah sepatutnya bermula jam 3.30 petang tapi sedikit masalah teknikal pada laptop yang digunakan telah menyebabkan saya lambat sedikit dapat berkongsi ilmu dengan mereka. Saya berceramah secara kurang formal dan lebih kepada interaksi dua hala dengan para Pustakawan sekolah untuk menjadikan majlis lebih ceria dan hidup.
Antara perkara yang saya sentuh di dalam ceramah tersebut ialah:
- Resepi Kejayaan untuk Pustakawan (banyak juga isinya saya cedok dari buku rujukan saya dengan tajuk yang sama tulisan Ahmad Fadzli Yusof & Abid Abdullah).
- Membina organisasi perpustakaan yang mantap.
- Sistem Pengurusan Buku yang sesuai - Dewey, LLC dan Islam Outline of Classification Scheme
- Bagaimana menjadikan perpustakaan tempat yang menyeronokkan?
- Kerjasama untuk menghidupkan perpustakaan.
- Bagaimana menambah koleksi buku?
- dan beberapa perkara tentang peranan perpustakaan dalam menaikkan taraf akademik pelajar dan imej sekolah.
Di bawah ialah sedikit rakaman kenangan sepanjang ceramah tersebut.
Wednesday, April 22, 2009
Buku ubah kehidupan
shaharomtm@yahoo.com
Lebih daripada 60 judul buku telah ditulis oleh Quindlen tentang banyak hal, tetapi dalam How Reading Changed My Life, dia ingin menceritakan tentang pengalamannya sebagai seorang pembaca.
HARI Khamis ini atau tepatnya 23 April 2009 adalah Hari Buku Sedunia. Tanpa disedari buku telah banyak mempengaruhi hidup kita. Ia memberi inspirasi kepada kita dan menjadi teman kala suka dan duka. Setidak-tidaknya, itulah yang berlaku pada Anna Quindlen. Dalam bukunya sepanjang 88 halaman, How Reading Changed My Life mengisahkan bagaimana pada masa kecilnya, dia kerap bermain di luar rumah seperti 'anak-anak normal' yang lain. Namun, dia mengakui, pada dasarnya kegiatan itu tidak selalu menyenangkannya. Dia mendapati 'tenggelam' di dalam keasyikan buku sentiasa membuatnya riang. "Ada bahagian terbaik dari diriku iaitu 'bergelut' dengan buku," tulis Quindlen.
Lebih daripada 60 judul buku telah ditulis oleh Quindlen tentang banyak hal, tetapi dalam How Reading Changed My Life, dia ingin menceritakan tentang pengalamannya sebagai seorang pembaca.
"Tokoh-tokoh imajiner (buku) itu sentiasa menantiku pulang dan aku membawanya kembali ke kehidupan," ujarnya yang mengungkap betapa buku-buku dalam koleksinya telah mencipta daya tarikan yang luar biasa. Dalam buku tersebut, Quindlen melukiskan masa kanak-kanak, remaja, dan dewasanya sebagai sebuah perjalanan waktu yang ditandai dengan kesedaran baru yang diperolehnya daripada kegiatan membaca sama ada novel dan bukan fiksyen. "Saya percaya membaca pelbagai karya orang lain akan mengajar kita untuk menghayati dan menafsir pengalaman orang lain dan ini menjadikan saya menemukan 'mutiara-mutiara baru' dalam kehidupan saya," ujar Quindlen lagi di dalam bukunya.
Membaca karya-karya besar dan kitab-kitab suci membolehkan pembaca mengumpul pengalaman hidup berbeza sekali gus memahaminya dengan cara yang berbeza pula. Pembaca yang sama bakal menafsirkan dan 'merasakan' denyutnya dalam intonasi yang berlainan. Malah, setiap kali pembaca itu membuka halaman karya-karya, semakin 'kaya' dia. Membaca dalam konteks itu bukan lagi hafalan, tetapi memberi sebuah makna hidup yang baru. Ini kerana pengalaman hidup, pengetahuan, dan 'kekayaan batin' yang dipelajarinya sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Dan inilah yang dimaksudkan oleh Quindlen sebagai kesedaran baru atau 'mutiara-mutiara baru'. Membaca bukanlah sekadar mengasah fikiran, bahkan lebih daripada itu. Ia memberi santapan rohani. Maka di sinilah wujud keasyikan membaca, misalnya kita memperkayakan rohani kita dengan membaca karya-karya Pradmoedya Ananta Toer, Hamka, Naguib Mahfuz, Naawal El-Saadawi dan Ernest Hemingway. Kita menghadapi teks-teks yang mereka tulis berdasarkan kisah hidup, pengamatan, pengalaman empati dan kepedulian, pengetahuan dan juga kekeliruan mereka. Membaca dengan demikian, menyajikan kita apa yang kita 'dapat' daripada kehidupan yang kita jalani dengan apa yang Pradmoedya, Hamka dan Hemingway renungkan dari perjalanan hidup mereka. Bukankah ini memperkayakan pengalaman, pengetahuan dan kekayaan batin kita.
Derek Braker, seorang pengkritik buku tersohor di Amerika, membuat komentar dan memuji buku How Reading Changed My Life. "Membaca buku ini ibarat hadir dalam sebuah pesta," komen Braker. Katanya lagi: "Ia suatu pesta yang mana di dalamnya terkumpul segala cerita, pengalaman suka-duka, perjalanan intelektual, perjalanan hidup, dan lebih daripada itu, kita 'tenggelam' dalam dunia keasyikan membaca yang tersendiri. Bukankah apabila kita menghadiri sesuatu pesta, misalnya pesta menyambut Tahun Baru yang sering dirayakan oleh anak-anak muda, mereka akan tenggelam dalam keseronokan dan ekstasi yang tersendiri. Demikianlah membaca yang juga mempunyai ekstasi yang tersendiri. Cuma yang harus dibezakan ekstasi 'mana' yang memberikan kesan mendalam."
Quindlen dengan reputasinya yang pernah menjadi kolumnis surat khabar The New York Times memang layak menerima pujian Braker itu. Quindlen merupakan wanita ketiga dalam sejarah surat khabar tersebut yang beroleh kesempatan menulis kolum 'pendapat' yang amat berpengaruh itu. Dia juga pernah memenangi Pulitzer Prize untuk kategori komentar pada tahun 1992. Koleksi tulisan kolumnya dibukukan menjadi Thinking Out Loud yang diterbitkan oleh Random House dan duduk di deretan buku terlaris The New York Times selama lebih daripada tiga bulan. Quindlen juga menulis tiga buah novel terlaris iaitu Object Lesson, Black and Blue dan One True Thing yang kemudiannya difilemkan dan dibintangi oleh Meryl Streep.
Dengan pengalamannya yang panjang, Quindlen seperti ingin membahagikan sejarah dirinya sebagai penulis sekali gus pembaca dalam kapasitinya yang otoritatif. Dalam How Reading Changed My Life, Quindlen berupaya mengaitkan pengalaman membaca dengan kebiasaan membaca, dan bagaimana semua itu berubah dari waktu ke waktu. Dalam bukunya itu, Quindlen secara otoritatif membuat daftar atau senarai buku yang mampu 'menggiurkan' perasaan banyak 'ulat buku' atau pencinta buku. Dia menyenaraikan 10 buku yang boleh membantu remaja berasa lebih manusiawi; 10 novel moden yang membuat saya (Quindlen) bangga menjadi penulis; dan 10 buku bukan fiksyen yang membantu kita memahami dunia.
Bagi Quindlen, membaca buku bukanlah semata-mata sarana untuk menghimpun pengetahuan, tetapi juga cara untuk memperkuatkan hubungan emosi, mendalami realiti kehidupan, bahkan menghadapi cabaran ketidakadilan. Menerusi karya The Forsyte Saga karya John Galsworthy, dia mengakui telah membentuk kematangan psiko-seksualnya. Karya Charles Dickens pula telah mendorong lahirnya komitmen liberal untuk menentang ketidakadilan sosial.
Dalam kategori '10 buah buku yang akan saya selamatkan bila terjadi kebakaran', Quindlen menyebut antara lain, Bleak House karya Charles Dicken, Anna Karenina karya Leo Tolstoy dan The Collected Works of W.B. Yeats serta The Collected Plays of William Shakespeare. Manakala buku The French Lieutannant's Woman karya John Fowles dan The Bluest Eye karya Toni Morrison merupakan dua di antara 10 novel moden yang membuat Quindlen bangga menjadi penulis. Karya The Adventures of Sherlock Holmes oleh Arthur Conan Doyle dan The Spy Who Came in From the Cold karya John Le Carre, dimasukkan pula dalam senarai '10 novel misteri yang paling saya sukai untuk dibaca pada musim panas'.
Buku How Reading Changed My Life bukan sahaja menunjukkan keluasan bacaan Quindlen, bahkan memperlihatkan membaca adalah cinta abadinya. Dia membandingkan membaca buku seperti pertemuan dua sahabat yang akrab iaitu buku dan pembaca yang mana kedua-duanya menjadikan aktiviti hidup kita lebih bermakna. Pada hemat penulis, buku How Reading Changed My Life merupakan realisasi semangat dan budaya Iqra' yang dianjurkan al-Quran dalam kehidupan kita.
Sumber asal: Kosmo! Online
Buku Adab Nusus dan Balaghah
Kedengaran para ibu sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Qur'an dari bilik tutorial di sebelah pejabat saya ini. Sungguh merdu sekali. Inilah untungnya pejabat di sebelah bilik yang sering disewa oleh kaum ibu sekitar perpustakaan ini untuk kelas Bahasa Arab dan juga kelas Tajwid pada setiap hari Selasa dan Rabu. Dapatlah saya menadah telinga mendengar kelas mereka berjalan. Itupun kalau pintu pejabat ini dibuka sedikit. Jika tidak memang langsung saya tidak dapat mendengarnya.
Saya kagum melihat usaha kaum ibu ini yang kebanyakannya ialah bekas kakitangan kerajaan atau pun swasta yang telah bersara. Tapi ada juga yang semuda 30an turut menyertai kelas tersebut. Saya respek dengan mereka yang sanggup datang semata-mata untuk menguasai bahasa al-Qur'an dan membetulkan bacaan masing-masing. Sayangnya tak pernah sekali pun saya melihat anak-anak muda belia (bawah 30an) yang ingin mencontohi mereka. Mungkin juga kerana kelas mereka diadakan di waktu pagi hari bekerja sebab itu tiada orang muda menyertainya. Wallahu'alam.
Di waktu pagi ni biasanya pengunjung tetap akan datang untuk membaca akhbar di Ruang Keluarga. sudah terlalu biasa dan kenal dengan mereka, kami sempat bertegur-sapa sebentar sebelum saya beredar ke pejabat. Suasana dalam perpustakaan terasa nyaman dan tenang. Agaknya sebab itulah yang datang di waktu pagi ini kebanyakannya orang dewasa. Hendak mencari ketenangan barangkali. Kalau ada bunyi pun datangnya dari suara-suara kami yang sibuk ke sana ke mari membuat kerja masing-masing sambil tegur-menegur. Jangan hairan, perpustakaan ini tidak sesunyi perpustakaan awam yang lain.
Di sebelah petang barulah suasana menjadi agak hangat kerana semakin ramai pengunjung terutama pelajar sekolah dan pelajar kolej yang datang membuat rujukan atau pun mengulangkaji. Di musim ini yang paling ramai mengunjungi kami ialah pelajar sekolah menengan agama yang sibuk mencari buku-buku Adab Nusus dan Balaghah. Saya minta maaf ya, saya sendiri kurang arif tentang buku-buku ini tapi saya tahu buku mana yang mereka cari. Setelah hampir beberapa tahun suasana hiruk-pikuk pelajar agama menyerbu Zahra' untuk buku-buku ini, kami telah membuat keputusan menyediakan rak khusus di bahagian bawah untuk buku-buku ini. Alhamdulillah. Senang. Bila mereka datang lebih mudah kami memantau mereka di sudut tepi. Jangan tak percaya, buku kami telah ada yang dicuri kerana banyak permintaan hingga kami terpaksa membuat beberapa salinan.
Inilah contoh buku yang sering dicari pelajar agama. Buku yang asal terpaksa kami letak di rak Rujukan Khas kerana hampir lunyai dikerjakan para pengunjung. Setiap tahun, itulah yang berlaku.
Sejak dua minggu lepas, hari Sabtu menjadi hari yang paling sibuk terutama di kaunter fotostat, saya rasa ia akan berlarutan hingga ke hujung bulan ini. Selepas itu ia akan tenang kembali. Tapi masih ada pelajar-pelajar yang suka melambat-lambatkan kerja sekolah mereka. Tentu ada yang datang di saat akhir (ada yang sanggup ponteng) untuk membuat rujukan. Adik-adik ini memang kekalutan. Nasib mereka baik kerana kakitangan kami terutama Pn. Dila dan Pakcik Aziz akan sudi membantu.
Buku-buku ini masih belum cukup. Kami hanya ada lebih 20 tajuk sedangkan peminatnya terlalu ramai. Kami amat memerlukan tambahan kepada buku dalam tajuk ini. Jika ada di kalangan pembaca yang ingin bermurah hati menyumbang, terutama yang ada koleksi kitab-kitab Arab, sudilah menyumbang kerana bajet kami untuk membeli buku baru teramatlah kecil.
Sunday, April 19, 2009
Monday, April 13, 2009
Sedang dibaca
Hari ini sekadar berkongsi buku yang sedang saya baca yang terdapat di dalam perpustakaan kami. Bukunya adalah seperti yang ada di dalam gambar di sebelah.
Sudah lama saya mengambil masa untuk mula membaca buku ini tapi baru minggu ini saya berpeluang memulakannya. Walaupun hampir setiap hari saya bekerja bersama pelbagai jenis buku yang menarik, namun bukanlah mudah untuk duduk sejenak untuk membacanya. Kalau di awal saya bekerja dulu saya punya agak banyak masa untuk berbuat demikian tapi kini sangat berbeza. Mungkin kerana ketika itu belum ramai kakitangan dan pengunjung yang datang ke Zahra' ini dan kerja pun masih belum bertimbun. Tapi hari ini dalam kesibukan, saya tetap berusaha untuk membaca mana-mana buku yang bagus yang ada di dalam Zahra'.
Saya tidak pandai menulis ulasan buku dan akan terkial-kial untuk menyudahkan satu ulasan yang saya rasa boleh dibenarkan orang lain membacanya. Oleh sebab itulah saya jarang melakukannya.
Berdasarkan apa yang saya baca sepintas lalu, buku Ibn Qayyim ini memfokuskan kepada perkara DOSA yang memang amat mudah dilakukan oleh manusia. menurut beliau, DOSA ini memiliki daya tarikan yang tersendiri bagi manusia. Sesiapa sahaja boleh melakukannya sama ada secara sedar atau tidak. Sesetengah orang menganggap DOSA ini satu permainan yang sungguh mengasyikkan ataupun ibarat makanan yang sungguh lazat bagi orang yang kelaparan atau air segar bagi mereka yang sedang kedahagaan. Kita sering alpa yang DOSA itu apabila semakin banyak dilakukan akan bertimbun menjadi tabir yang menghalang kita dari melihat kebenaran yang terpampang di hadapan kita.
Ibn Qayyim mengatakan setiap kali satu DOSA dilakukan ibarat satu tompok hitam di atas hamparan hati manusia. Semakin banyak DOSA semakin bertambah tompokan hitam tersebut. Maka hati pun menjadi semakin kelam kerana banyaknya tompokan hitam itu.
DOSA yang manusia lakukan, tidak terhingga banyaknya, berbagai ragam dan berbagai jenis sehingga nyaris mengotori langit Allah. Beliau ibaratkan DOSA itu sebagai penyakit yang boleh mematikan yang merebak ke seluruh pelusuk bumi. Kalau bukan kerana rahmat-Nya sudah tentu tidak akan bersisa satu apa pun benda di atas dunia ini kerana dihukum Allah atas dosa manusia.
Lau adakah ubat penawar dan terapinya? Yang pasti, allah tidak menurunkan penyakit, melainkan juga menurunkan ubat penawarnya.
Ketika seseorang melakukan dosa, kederhakaan atau maksiat, apa kira-kira yang melintas di dalam sanubarinya? Adakah perasaan senang dan gembira kerana dapat menikmati keseronokan? Atau adakah seronok melakukan DOSA itu hingga lupa bahawa kita sedang melawan Zat Yang Maha Segalanya?
Makin seronok rasanya membaca buku ini. Tapi entah bila dapat dihabiskan bacaannya.
Sunday, March 8, 2009
Para Profesor Sains Pun Bantah PPSMI
Bismillahirrahmanirrahim.
Memoradum Akademi Sains Islam Malaysia kepada Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2002
PENDIRIAN BERSAMA PARA PROFESOR SAKTI SELURUH MALAYSIA TERHADAP DASAR PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH DALAM BAHASA INGGERIS
Kami para profesor dalam bidang yang berasaskan sains, kejuruteraan dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahan terhadap dasar baru kerajaan untuk mengInggeriskan kembali pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah (aliran sains sekolah) mulai tahun 2003 ini.
Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu berpatah balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan,” dan sekali-kali tidak kerana kononnya kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris. Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli) pembangunan SAKTI zaman berzaman dan di negara-negara maju.
Oleh sebab kami juga terlibat secara langsung dengan pembangunan SAKTI negara ini yang kami ingin mengembangkannya dalam acuan negara ini sendiri, iaitu membangun, menyibar dan memajukan dalam bahasa dan budaya negara ini, maka kami menganggap amatlah wajar kami menyuarakan pandangan ini.
Tegasnya, walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinan Kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di mana peringkat jua pun tetapi kami amat tidak bersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris itu, kita melakukannya menerusi pengajaran atau pendidikan Sains dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris.
Ringkasnya, antara sebab-sebab bantahan kami adalah seperti berikut:
1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sains dan Matematik di sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!) bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa Melayu (bahasa keempat terbesar di dunia) dalam SAKTI, sedangkan bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya dihayati di dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke peringkat ijazah kedua (Sarjana) dan ketiga (Doktor Falsafah). Malah kini tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah menjangkau ribuan! Langkah pengInggerisan sekolah ini jelas menyekat kemaraan malah mengkhianati dan bahkan membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sekurang-kurangnya sejak tertubuhnya UKM 1970 dahulu. Sekaligus langkah ini meremeh, mensia-sia dan menyiksa batin ratusan bahkan ribuan para sarjana kita sejak 1970 yang bertungkus lumus membangun bahasa Melayu dalam SAKTI menerusi pengajaran, pendidikan dan penyelidikan secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayu tidak akan hilang di dunia (seperti yang diramal oleh ahli-ahli bahasa dunia) walaupun dengan mengInggeriskan pendidikan sains dan matematik di Malaysia. Tetapi amatlah jelas langkah ini akan menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan berkembang lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.
2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan dan pembangunan SAKTI: Secara empirikalnya, sejak zaman berzaman tamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasa nasional masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luas dengan mudahnya SAKTI dalam kalangan rakyat jelatanya. Dengan inilah kemudiannya kita dapat memudahkan pengembangan dan pembangunannya sehingga di negara-negara itu menjadi ramai yang mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi kaya dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport SAKTI). Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam bahasa nasional kita sendiri juga menunjukkan keesahan hukum empirikal ini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang berpendidikan dalam SAKTI yang mencapai taraf anatarbangsa menerusi penulisan dan rekaan aslinya hanya dalam masa 40 tahun sahaja. Sekaligus keseimbangan kaum dalam pencapaian SAKTI juga semakin terjadi dengan pantasnya.
3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI: Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahkan mereka memperoleh ilmu daripada luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim terhadap Ayat al-Quran, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya pun yang tidak daripada kalangan sesuatu kaum berkenaan untuk memudahkan kaum tersebut memperoleh ilmu dan hikmah. Mengikut teori dalam ilmu aqli (intelektual) pula banyak kajian yang lakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran, epistemologi dan daya pengaryaan pada abad ini seperti Ravetz, de Bono, Miller, dan d’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa orang sahaja) menunjukkan yang manusia memang lebih mudah menguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah) menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada keistimewaannya tersendiri dalam peranannya sebagai mangkin dan wahana pengkaryaan atau penciptaan. Malah de Bono menegaskan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang superior dalam pencetusan daya pengkaryaan atau penciptaan. Teori ini sebenarnya disahkan oleh situasi negara-negara maju sekarang, dan situasi negara-negara yang ingin maju (dan tidak maju-maju!) tetapi tidak dalam bahasa nasionalnya. Setiap bahasa sebenarnya ada kebitaraan atau keunikan tersendiri dalam berperanan daya pengkaryaan dan penciptaan SAKTI (atau bidang lain sekali pun). Hasil kajian prestasi pelajar sekolah seluruh dunia yang dibuat beberapa kali oleh sekumpulan pengkaji Amerika Syarikat juga menunjukkan negara-negara yang tinggi pencapaian sains dan matematik di sekolah bukanlah datangnya daripada negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Para pelajar Eropah Timur, Jepun dan Korea sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!
4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab pengangguran, tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yang memandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsa menjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yang mahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elit di negara maju dan di bebrapa buah negara jiran kita) patut dipersalahkan juga.
5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikan seseorang pelajar dapat memperbaiki kefasihannya berbahasa (Inggeris). PengInggerisan dua mata pelajaran ini hanya menjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak dapat.” Yang pasti adalah kelemahan pelajar dalam dua mata pelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akan bertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dan kerenah baru lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda atau kemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik memang banyak dan semuanya menunjukkan pembelajaran dalam bahasa sendiri ada advantejnya, dan kemahiran dalam sesuatu bahasa lain pula dapat memperbaiki pencapaian sains dan matematik.
6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak memundurkan atau merugikan sesiapa pun: Pendidikan dalam bahasa nasional terbukti di negara-negara maju itu tidak merugikan negara tersebut. Oleh itu andaian pihak yang berpendapat pendidikan dalam bahasa nasional Malaysia adalah merugikan dan memundurkan orang Melayu adalah tidak berasaskan ilmu, tetapi berasaskan emosi semata-mata. Selama ini pun kita telah membuktikan kemajuan negara kita ini dicapai menerusi sumbangan ratus ribuan mereka yang berpendidikan dalam aliran kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu!)
Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat mempertimbangakan semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakan dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Sains dan Matematik Sekolah seperti yang telah diputuskan itu. Sebaliknya kami menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi dengan berganda-gandanya usaha untuk memperbaiki sumber, prasarana dan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sehingga mencapai tahap maksimumnya, tetapi menerusi pendidikan matapelajaran ahasa Inggeris itu sendiri.
Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI berikut:
Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11-5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623Prof. Shaharir Mohamad Zain
Presiden
Akademi Sains Islam MalaysiaSeptember 2002 (Jamadilakhir 1423)
Rujukan:
Asasi Bantah PPSMI - http://www.kesturi.net/archives/715
Profesor-Profesor Melayu Dalam Bidang Sains Yang Menentang PPSMI - http://universitipts.com/index.php/site/comments/profesor_profesor_melayu_dalam_bidang_sains_yang_menentang_ppsmi/
Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah - http://universitipts.com/index.php/site/comments/prof/