Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada paar pengunjung blog Perpustakaan dar Nur al-Zahra'. Salam Ramadhan al-Mubarak dari kami di sini.
Alhamdulillah hari ni kita telah pun berada di dalam hari ke-8 Ramadhan. Cuaca pun makin panas tapi bagi kita yang berada di dalam perpustakaan, insyaAllah ada penyaman udara untuk keselesaan diri semasa membaca atau berdiskusi.
Kotak-kotak kurma yang masih berbaki. |
Bulan ini kami tiada merancang sebarang aktiviti besar kecuali sedikit sumbangan kurma untuk para pengunjung. Hanya sedikit sumbangan untuk menceriakan para pengunjung yang datang memakmurkan perpustakaan kami.
Apa yang kami harapkan ialah masing-masing menjaga akhlak dan adab ketika berada di dalam perpustakaan ini malah di mana-mana perpustakaan pun. Ini kerana kami lihat masih ada di kalangan pengunjung remaja yang menyalahgunakan budi baik kami dengan melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam perpustakaan. Insaflah.
Marilah kita sama-sama beringat, kita ini masih bertuah kerana diizinkan Allah menjadi Islam sejak lahir. Dikurniakan pelbagai nikmat kehidupan sehingga ada masanya kita terlupa lalu lalai dari mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Misalnya nikmat masa yang sepatutnya digunakan sebaik-baiknya untuk membaca, kita gunakan untuk berdua-duaan dan berbual perkara-perkara yang melalaikan iman.
Insaflah. Ambillah peluang yang masih ada ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini untuk membuat perubahan positif kepada diri kita. Elakkan diri dari terus lalai dan leka dari menunaikan amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.
Allahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.