Peminat Perpustakaan

Tuesday, April 5, 2011

Selamat Panjang Umur Murah Rezeki

Assalamualaikum dan salam keamanan untuk semua.

Entri pagi ini sekadar santai dan bergambar sahaja bagi merakam kenangan semasa kami meraikan ulang tahun kelahiran En. Aziz atau lebih mesra dipanggil Pokcik Aziz. Pada 20 Mac yang lalu usia Pokcik Aziz telah mencapai 65 tahun tapi beliau masih lagi kuat dan sihat untuk bekerja di perpustakaan ini. Tahniah Pokcik!

Pihak perpustakaan telah berbesar hati menyediakan perutukan untuk meraikan setiap ulang tahun kelahiran bagi setiap kakitangan. Alhamdulillah. Sebelum ini kami meraikan ulang tahun kelahiran Pn. Akmar tapi terlupa untuk merakam sebarang gambar. Jadi untuk kali ini kami sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan.

Kek Fruit Flan istimewa untuk Pokcik Aziz.

Semoga sentiasa sihat ya Pokcik dan berbahagia dunia akhirat.

Walaupun sambutannya ringkas sahaja, kami yakin Pokcik Aziz amat gembira diraikan begitu. Doa kami semua agar Allah mengurniakan Pokcik umur yang panjang, murah rezeki dan badan yang sihat untuk terus beramal-ibadat di atas dunia ini dan sudah pasti di perpustakaan ini.

Sanah Helwah Pokcik Aziz!

Monday, March 21, 2011

Sains: Mengapa Air Laut Masin?


RASA masin air laut sebenarnya adalah berpunca daripada kandungan bahan kimia dan pelarut garam yang terdapat di dalamnya.

Kebanyakkan garam yang larut adalah berpunca daripada proses pemecahan batu-batu igneus kesan daripada perubahan cuaca dan hakisan.

Bahan-bahan mineral ini kemudiannya akan dibawa ke laut apabila hujan turun.

Mengikut sejarah, hujan pertama yang melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan.
Sumber: Google

Kemudian, ia akan terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan sehingga menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah.

Selain itu, terdapat juga garam semula jadi di bahagian dasar laut yang terhasil kesan proses pereputan.

Para saintis menganggarkan air laut secara keseluruhannya mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion tan garam.

Sekiranya bahan pelarut itu dapat dikeluarkan, ia akan membentuk sebuah permukaan tanah yang mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dengan ketinggian seperti bangunan 40 tingkat.

Sumber: estidotmy

Monday, March 14, 2011

Gempabumi & Tsunami di Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia dan peminat-peminat buku yang dirahmati Allah SWT. Kami mendoakan anda semua sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah Allah SWT terutama di saat dunia sedang menghadapi pelbagai ujian besar.

Pihak Perpustakaan Awam Dar Nur al-Zahra' merakamkan ucapan takziah kepada seluruh warga Jepun dan semua orang yang terlibat dengan peristiwa gempabumi terburuk di negara itu pada 11 Mac yang lepas. Gempabumi sekuat 8.9 pada skala Richter itu telah menghasilkan ombak tsunami setinggi kira-kira 10 meter yang telah memusnahkan sebahagian besar negara Jepun.

Kawasan bertanda merah ialah kawasan paling teruk dilanda tsunami. [RT.com]
Ombak tsunami yang menuju ke Bandar Miyako. [Reuter]
Lapangan Terbang Sendai selepas dilanda tsunami.
Apa yang berlaku ini bagi mereka yang tidak percayakan kuasa Tuhan akan mengatakan ini ialah bencana alam tetapi bagi kita yang mempercayai kuasa Allah, kita akan memikirkan dari banyak sudut dan mengambil pengajaran di atas kejadian ini. Baru sahaja dua minggu lepas kita dikejutkan oleh gempabumi yang melanda Bandar Christchurch di New Zealand hingga meragut beratus-ratus nyawa. Nampaknya Allah masih belum puas menghukum manusia dan sekali lagi diturunkan bala.
Marilah kita sama-sama beringat bahawa hidup di dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata. Segala harta kepunyaan bukanlah hakmilik total kita bahkan ianya boleh dihilangkan dalam sekelip mata hanya dengan gulungan air yang besar dinamakan tsunami. Allah Maha Berkuasa. Dia boleh mengambil segala-galanya dalam beberapa saat sahaja. Semoga kita semua melihat peristiwa ini dengan penuh keinsafan dan bersegeralah kita berusaha menjalankan amanah Allah dengan sebaik-baiknya.

Jika difikirkan, mungkin Kiamat tidak lama lagi kerana kini sudah berlaku kiamat kecil di serata dunia. Tidakkah kita di bumi Malaysia ini merasa bimbang?