Peminat Perpustakaan

Wednesday, August 24, 2011

Buku seberat 1,600 kg kisah Nabi Muhammad akan diterbit


JEDDAH: Satu rancangan sedang disiapkan bagi menerbitkan senaskhah buku besar mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad saw, demikian lapor pihak media di Timur Tengah, semalam.

Buku itu, yang dijangka seberat 1,600 kilogram dan mengandungi 420 muka surat, akan mempunyai setiap muka suratnya berukuran empat meter kali lima meter, kata satu laporan akhbar harian di Arab Saudi.

Menurut laporan akhbar harian bahasa Arab Shams itu, buku berkenaan ditulis oleh Encik Abdullah Al-Mosleh, Setiausaha Agung Pertubuhan bagi Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran.

Ia akan diterjemahkan dalam empat bahasa antarabangsa dan bakal didaftarkan dalam buku The Guinness Book of Records.

Matlamat utama penerbitan buku tersebut ialah untuk mempromosi mesej Nabi Muhammad saw dan memberikan gambaran yang betul terhadap kehidupan dan ajaran beliau.

Usaha demikian amat penting dalam konteks masa kini, lapor laman berita Arab News.

Ini khususnya apabila musuh-musuh Islam giat melancarkan kempen yang lantang mengutuk dan mencemarkan imej Nabi Muhammad saw ketika ini, menurut penerbitnya.

'Buku itu akan mengandungi butir-butir terperinci mengenai kehidupan Rasulullah.

'Ia juga akan mengandungi 100 fakta saintifik mengenai Rasulullah, yang berkaitan dengan perubatan, kejuruteraan dan pertanian,' kata Encik Muhammad Al-Aulaqi, seorang pengerusi Kumpulan Mashahid.

Kumpulan tersebut bertanggungjawab dalam mencetuskan idea di sebalik penerbitan buku berkenaan, menurut laporan Arab News.


Saturday, August 20, 2011

Mengisi masa anak-anak dengan aktiviti berfaedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah kita kini telah berada dalam hari ke-20 Ramadhan. Masih ada 10 hari terakhir Ramadhan yang menjadi rebutan semua umat Islam yang mencari-cari Lailatul Qadar. Di sepuluh malam yang terakhir juga kita digalakkan untuk beriktikaf di masjid dan melakukan sebanyak mungkin amal-ibadat. InsyaAllah sama-samalah kita usahakan.

Dalam pada golongan dewasa sibuk mengejar pahala amalan yang berlipat-ganda di bulan yang mulia ini, janganlah kita lupakan anak-anak kita yang sedang belajar menghayati Ramadhan. Ada di antara mereka masih kecil dan tidak reti apa-apa dan ada juga yang sedikit cerdik dan matang. Alangkah baiknya jika kita turut mengisi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bagus misalnya dengan menonton rancangan

Koran By Hearts.

Monday, August 8, 2011

Salam Ramadhan dari Kami.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada paar pengunjung blog Perpustakaan dar Nur al-Zahra'. Salam Ramadhan al-Mubarak dari kami di sini.

Alhamdulillah hari ni kita telah pun berada di dalam hari ke-8 Ramadhan. Cuaca pun makin panas tapi bagi kita yang berada di dalam perpustakaan, insyaAllah ada penyaman udara untuk keselesaan diri semasa membaca atau berdiskusi.

Kotak-kotak kurma yang masih berbaki.

Bulan ini kami tiada merancang sebarang aktiviti besar kecuali sedikit sumbangan kurma untuk para pengunjung. Hanya sedikit sumbangan untuk menceriakan para pengunjung yang datang memakmurkan perpustakaan kami.

Apa yang kami harapkan ialah masing-masing menjaga akhlak dan adab ketika berada di dalam perpustakaan ini malah di mana-mana perpustakaan pun. Ini kerana kami lihat masih ada di kalangan pengunjung remaja yang menyalahgunakan budi baik kami dengan melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam perpustakaan. Insaflah.

Marilah kita sama-sama beringat, kita ini masih bertuah kerana diizinkan Allah menjadi Islam sejak lahir. Dikurniakan pelbagai nikmat kehidupan sehingga ada masanya kita terlupa lalu lalai dari mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Misalnya nikmat masa yang sepatutnya digunakan sebaik-baiknya untuk membaca, kita gunakan untuk berdua-duaan dan berbual perkara-perkara yang melalaikan iman.

Insaflah. Ambillah peluang yang masih ada ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini untuk membuat perubahan positif kepada diri kita. Elakkan diri dari terus lalai dan leka dari menunaikan amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.

Allahua'lam.

Wednesday, August 3, 2011

Tragedi Dawama

Harakahdaily
Ahmad Rostam Md Zin

Sumber: TheMalaysianInsider

Ramadhan kali ini disambut dengan kesedihan oleh hampir 400 pekerja syarikat percetakan Dawama Sdn Bhd apabila mereka ‘dihadiahkan’ dengan surat yang menyatakan mereka diberi cuti tanpa gaji tanpa ada tarikh sehingga bila oleh majikan mereka. Ini rentetan dari krisis yang dihadapi oleh syarikat ini dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menyebabkan bukan sahaja majalah dan buku keluaran DBP gagal berada di pasaran seperti yang sepatutnya bahkan membuka pekung kedua-dua belah pihak yang saling bertelagah.

Apakah perkara yang paling buruk selain mendapat berita bahawa anda dibuang kerja yang bermakna anda hilang mata pencarian oleh sebuah syarikat yang sepatutnya mempunyai status kewangan yang kukuh kesan dari nilaian kontrak yang mencapai jutaan ringgit setahun?

Alasan bahawa syarikat tidak mempunyai cukup dana untuk menampung perbelanjaan pembayaran gaji pekerja adalah sesuatu yang hampir tidak dapat diterima akal kerana agak hampir tidak logic bilamana sebuah syarikat yang sebegitu besar dengan mudah bertukar menjadi syarikat yang sakit kewangannya hanya kerana krisis ini.

Adakah ini menunjukka bahawa syarikat ini sudahpun mempunyai masalahpengurusan kewangan dari awal lagi dan adakah ini yang menyebabkan DBP tidak mampu untuk memberi kepercayaan dan menghormati kontrak yang ditandatangani bersama?

Tindakan member cuti tanpa gaji seperti ini kelihatan seperti satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab oleh sebuah syarikat yang dipimpin oleh bumiputera seperti ini. Syarikat yang wujud sejak 1999 yang didakwa memeperolehi keuntungan yang sangat besar tidak mungkin denganmudah mengabaikan tanggungjawab mereka ke atas pekerja seperti ini.

Saya amat yakin bahawa majority pekerja syarikat ini adalah terdiri di kalangan Melayu Islam yang bakal menyambut Aidilfitri di hujung bulan ini dan apalah nasib mereka bekerja dengan sebuah syarikat bumiputera yang dianugerahkan dengan jutaan ringgit kontrak dari badan kerajaan tetapi kononnya hampir lingkup hanya kerana krisis mereka dengan DBP.

Sekiranya dakwaan DBP itu benar di mana krisis ini berpunca dari kegagalan Dawama untuk memenuhi criteria kualiti yang diharapkan maka amatlah perlu untuk syarikat dan pengurusannya untuk bekerja kea rah peningkatan kualiti yang diinginkan.

Kami tidak redha sekiranya duit cukai yang dikeluarkan rakyat diberi kepada syarikat yang tidak kompeten dan tidak mampu memberikan nilai tambah kepada badan kerajaan. Krisis DBP-Dawama ini bukan sahaja melibatkan masalah kewangan malah lebih dari itu melibatkan integrity dan kredibiliti dua institusi. Pertamanya, DBP sebagai satu badan yang diwujudkan untuk mendaulatkan bahasa tiba-tiba kelihatan buruk di mata masyarakat kerana kegagalan mereka untuk mengeluarkan buku dan majalah di samping kerugian yang kononnya mencecah jutaan ringgit setiap tahun.

Keduanya, kredibiliti syarikat Dawama yang juga merupakan sebuah syarikat bumiputera yang diberikan kontrak kerajaan tetapi gagal memenuhi standard yang diingini. Krisis ini juga menconteng arang di muka kerajaan kerana seolah gagal memilih syarikat yang benar-benar bagus untuk menjalankan kontrak yang dianugerahkan.

Peristiwa-peristiwa seperti ini pasti akan menjadi satu lagi sebab untuk rakyat ragu dengan kredibiliti badan kerajaan dan secara tidak langsung kerajaan itu sendiri. Penderitaan warga kerja Dawama pastinya dirasai oleh ramai lagi warga Malaysia yang lain dan perkembangan mereka akan terus diperhatikan dengan rapat oleh rakyat.

Saya, sebagai rakyat biasa yang bersimpati dengan warga Dawama ingin merayu agar penderitaan mereka dibela dengan baik. Janganlah kerana krisis ini, mereka pula yang menjadi mangsa. Diharapkan supaya syarikat lebih bertanggungjawab dan menjalankan tanggungjawab sivil mereka kepada pekerja. Bukan ini caranya untuk kita menjaga periuk nasi sendiri dengan mengabaikan periuk nasi ratusan orang lain.

Diharapkan kerajaan dapat campur tangan dengan segera dalam hal ini. Pihak yang bersalah seharusnya diberikan penalty yang berat agar tidak berlaku lagi insidens-insidens yang memalukan agensi kerajaan seperti ini di masa akan dating. Semoga semuanya berakhir dengan baik.

**Ahmad Rostam Md Zin, FELDA Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan