Peminat Perpustakaan

Monday, September 11, 2006

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1427 HIJRAH


ASSALAMUALAIKUM SEMUA. Bertemu lagi kita di blog DNaZ ini. Saya bagi pihak pengurusan DNaZ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia semua kita semua telah pun bersedia untuk mengisi Ramadhan dengan penuh keikhlasan kekhusyukan amal ibadat terutamanya ibadah puasa.

Sesekali teringat senikata lagu nasyid di zaman kanak-kanak dulu ...
"Ramadhan yang tiba...
membawa bersama ibadah puasa
menguji keimanan
menuntut kesabaran...
penuh tarbiah
penuh mujahadah."

Semoga dengan izin Allah kita dipanjangkan umur untuk melaksanakan ibadah mulia ini dengan mendapat sepenuhnya Ramadhan kali ini.

Sedikit motivasi untuk Ramadhan kali ini...

FADHILAT RAMADHAN

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Bi-iznilLah.
Niza