Peminat Perpustakaan

Sunday, December 18, 2011

Kelas Isu-isu Perubatan & Kesihatan dalam Perspektif Islam

"Jadual, kelas pengajian dan silibus untuk Kelas Isu-isu Perubatan & Kesihatan dalam Perspektif Islam. Daftar 20hb Dis. 2011 semasa kelas pertama atau boleh dapatkan borang pendaftaran di Pusat Islam USMKK. 

Hanya RM20 utk 8 kelas. Pengajar: Doc Mujahid (B.A (Hons). Syariah Islamiyyah, Al-Azhar University-1999, MAIRKH (Fiqh and Usul ) IIUM-2001, PhD (Foundation of Jurisprudence), University of Jordan-2010). Peluang yg perlu direbut! ^_^"

Sila klik untuk besarkan imej.

Friday, December 2, 2011

PERKEMBANGAN TERKINI: Kerja-Kerja Mengecat Fasa Pertama

BISMILLAH.



Alhamdulillah... setelah lebih 10 tahun, akhirnya hajat kami untuk mendapat cat baru untuk perpustakaan telah dimakbulkan Allah SWT. Alhamdulillah.

Bermula hujung bulan September, para pekerja kontrak telah memulakan kerja-kerja penyucian dinding seluruh bangunan daripada cat-cat lama yang sudah mula pudar, berkulat dan luruh.

Oleh kerana cuaca yang semakin tidak elok kerana musim hujan, maka kerja-kerja pembersihan tidak begitu lancar hingga meleret lebih sebulan.

Namun, proses mengecat dapat juga dimulakan fasa demi fasa. InsyaAllah masuk tahun 2012 nanti, Perpustakaan Awam Dar Nur al-Zahra' akan berwajah baru.

Keadaan perpustakaan kami semasa bulan Ramadhan 1432H.

Friday, November 18, 2011

What you should do for your kids during school holidays?

It's school holidays again and the parents are starting to think about the activities that the children need. Plan carefully so that they won't be bored and the activities are menaingful. Take some time to be with your love ones.

Don't let your child fill their time just like this:



But, together, you can do this instead.



Happy holidays !

Wednesday, November 16, 2011

Getting Your Child to Love Reading

Author: Kathryn Perkinson

Helping your children to enjoy reading is one of the most important things you can do as a parent and well worth the investment of your time and energy. Kids will learn reading skills in school, but often they come to associate reading with work, not pleasure.

As a result, they lose their desire to read. And it is that desire - the curiosity and interest - that is the cornerstone to using reading and related skills successfully.

By far the most effective way to encourage your children to love books and reading is to read aloud to them, and the earlier you start, the better. Even a baby of a few months can see pictures, listen to your voice, and turn cardboard pages.

Make this time together a special time when you hold your kids and share the pleasure of a story without the distractions of TV or telephones. You may be surprised to find that a well-written children's book is often as big a delight to you as it is to the kids.

And don't stop taking the time to read aloud once your children have learned to read for themselves. At this stage, encourage them to read to you some of the time. This shared enjoyment will continue to strenghten your children's interest and appreciation.

Simply having books, magazines, and newspapers around your home will help children to view them as part of daily life. And your example of reading frequently and enjoying it will reinforce that view.

While your children are still very small, it's a good idea to start a home library for them, even if it's just a shelf or two. Be sure to keep some books for little children to handle freely.

Consider specially made, extra durable books for infants, and pick paperbacks and plastic covers for kids who are older but still not quite ready for expensive hardbacks. Allowing little children to touch, feel, smell, and even taste books will help them develop strong attachments.

How you handle books will eventually influence how your kids treat them. Children imitate, so if they see that you enjoy reading and treat books gently and with respect, it is likely that they will do the same.

When you read aloud together, choose books that you both like. If a book seems dull, put it down and find one that is appealing. There are, however, so many children's books in print that making the best selections may seem a formidable task.

One approach is to look for award-winning books. There are two famous awards for children's literature made each year by the American Library Association that are good indicators of quality works: the Caldecott Medal for illustration and the Newbery Medal for writing. But these are given to only two of the approximately 2,500 new children's books published each year.

Fortunately, there is a lot of other good help available. For instance, there are lists of books recommended by the American Library Association and the Library of Congress and some excellent books to guide parents in making selections.

The best help of all, is at your neighbourhood library. If you are not familiar with the library, don't hesitate to ask for help. The children's librarian is trained to help you locate specific books, books that are good for reading aloud, and books on a particular subject recommended for a particular age group.

The library also has many book lists, including ones like those mentioned above and probably some published by the library itself.

In addition, your library will have several journals that regularly review children's books, including The Horn Book and Booklist. These will give you an idea of what's new and worth pursuing.

And there's nothing like just browsing through the many books available at your library until you find ones that appeal to you and your kids.

If your children are school-aged, keep in mind that the school library is an excellent source for a wide variety of materials and the school librarian is knowledgeable about children's literature. Encourage your kids to bring home books from their school library - for pleasure as well as for their studies.

Sunday, October 23, 2011

LAWATAN: Perpustakaan Masjid Seberang Pasir Mas - Salor

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, pada hari Khamis minggu lepas, saya telah berpeluang melawat serta memberikan taklimat di sebuah perpustakaan baru kepunyaan Masjid Seberang Pasir Mas - Salor. Lawatan ini adalah susulan daripada kunjungan Imam Masjid berkenaan iaitu Tuan Haji Mohd. Nasir ke Perpustakaan Dar Nur al-Zahra' yang meminta bantuan saya dalam hal menguruskan sebuah perpustakaan.

Dengan hati yang ceria, saya ke sana dengan penuh harapan. Alhamdulillah... ketibaan saya telah disambut mesra oleh hampir kesemua AJK Masjid yang juga merupakan jawatankuasa yang akan menguruskan perpustakaan masjid tersebut. MashaAllah... penduduk di sekitar Seberang Pasir Mas - Salor amat bertuah kerana kini mempunyai perpustakaan komuniti sendiri untuk mereka kunjungi dan manfaatkan dengan sebaiknya.

Sesi taklimat selama satu jam berjalan dengan lancar kemudian disambung dengan sesi dialog, jamuan makan tengahari dengan Mee Kari yang sangat sedap dan pedas. Terima kasih banyak kepada pihak tuan rumah yang begitu bersungguh-sungguh dalam mengembangkan potensi perpustakaan mereka. Bagi pihak Zahra' saya berasa amat gembira sekali.

InsyaAllah selepas pertemuan itu kami akan sentiasa berhubung dan kami anggap Perpustakaan Seberang Pasir Mas - Salor itu ibarat 'adik' kepada Zahra'. Kami akan cuba bantu setakat kemampuan yang kami ada terutamanya dalam bidang pengurusan buku, perolehan, aktiviti, sumbangan dan sebagainya. Semoga hajat pihak AJK Masjid akan diberkati Allah SWT kerana usaha membuka perpustakaan kepada orang ramai ini adalah satu usaha yang cukup mulia.

Saya sempat merakamkan beberapa gambar kenangan sebagai rujukan para pembaca dan pihak kami sendiri di masa-masa hadapan. Sempena lawatan itu, pihak kami ingin turut membantu perpustakaan baru ini untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan bagi memenuhkan rak-rak yang masih kosong dan membolehkan mereka membuka perpustakaan itu secepat mungkin kepada para kariah yang sudah ternanti-nanti pembukaannya.

Bangunan perpustakaan dari pandangan sisi.

Masjid Seberang Pasir Mas - Salor.

Sebahagian AJK Masjid bergambar di hadapan perpustakaan.

Sekali lagi saya minta mereka bergambar pula di hadapan masjid.

Pemandangan di dalam ruang utama perpustakaan. Rak masih kosong.

Bahagian tepi dinding yang masih belum dilengkapkan.
Sumbangan diperlukan untuk rak buku dan majalah.

Pandangan dari hadapan ruang utama. Ruang kecil di depan sesuai untuk sudut kanak-kanak.

AJK sedang menjamu selera.
Ruang belakang masih ada banyak potensi.

Mee Kari yang dihidangkan untuk saya.

Secara peribadi, saya amat bersemangat untuk membantu pihak perpustakaan ini untuk menggerakkan perpustakaan mereka. Semangat mereka untuk mendekatkan masyarakat terutamanya orang-orang muda dengan perpustakaan adalah satu usaha yang patut disokong dan dicontohi.

InsyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu mereka dalam segala ilmu dan pengalaman yang saya ada. Saya yakin, di luar sana, ada ramai insan yang mahu melakukan amal jariah tapi tidak kesempatan dan tidak tahu caranya.

Apakata, kalian membantu Perpustakaan Masjid Seberang Pasir Mas - Salor untuk:

  • Membina koleksi bahan bacaan yang Islamik seperti buku-buku dan majalah.
  • Membeli perabot yang sesuai seperti rak buku kanak-kanak, rak majalah, poster berbingkai dan seumpamanya.
  • Mewujudkan tabung kewangan untuk penyelenggaraan dan elaun petugas yang menguruskannya.
  • Membeli peralatan yang berkenaan seperti cop, alatulis, sticker, komputer, mesin faks, pencetak dan penghawa dingin.


InsyaAllah sumbangan kalian itu jika diniatkan wakaf atau sedekah kerana Allah, saya percaya, ianya dianggap jariah. Pahalanya berjalan semasa kita hidup hinggalah ke akhirat. Kalian menderma, kalain menyumbang, jiwa kalian akan menjadi semakin bersih dengan amalan pemurah tersebut. InsyaAllah.


Pn. Nor Haniza Taib
Pengurus Zahra'
23 Okt. 2011

Untuk pertanyaan atau menyumbang, anda boleh terus berhubung dengan Imam Haji Mohd. Nasir di talian: 09 7902393

Saturday, October 22, 2011

JAWATAN KOSONG: PEMBANTU AM

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulillah di pagi Sabtu yang ceria ini, pihak kami ada satu makluman MENARIK untuk sesiapa yang memerlukan sumber pendapatan tetap dengan berkhidmat di perpustakaan kami.

Kerja ini satu ibadah bila dibuat kerana Allah dengan hati yang ikhlas.

Jika anda berumur 30 - 50 tahun, mempunyai kelulusan SPM, rajin, ceria dan dedikasi serta SUKA MEMBERSIH dan MENGEMAS, andalah orang yang kami cari-cari.

Perpustakaan kami di Lorong Merican, Telipot, Kota Bharu. Berdekatan dengan Pasaraya Billion, Sek. Ren Islam Aman, Sek. Men. Sultan Ismail Petra dan Maktab Sultan Ismail. Jika ada tinggal berdekatan atau punya pengangkutan yang mudah untuk ke sini, itu adalah satu kelebihan.

Waktu kerja adalah fleksibel antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Maknanya jika kerja siap awal, boleh balik awal. Hari bekerja pula lain dari orang lain iaitu setiap hari KECUALI, Khamis dan Jumaat dan juga hari-hari cuti umum. 

Suasana tempat kerja insyaAllah amat selesa dan kakitangan lain juga peramah dan mesra. Anda boleh rasa semuanya seperti kenalan lama tanpa ada batas protokol yang keterlaluan. Seronok bekerja di sini dan anda bebas menyusn jadual kerja sendiri asalkan kerja siap dengan kemas.

Gaji yang kami tawarkan amat berpatutan sekali tapi jika anda mampu menawarkan perkhidmatan yang memuaskan dan melebihi permintaan, insyaAllah peningkatan dan insentif boleh dirundingkan. 

Jika anda adalah CALON ini, sila terus hubungi kami di nombor-nombor di bawah.

017 980 1575 - Hj. Mohamad
019 940 3659 - Pn. Nor Haniza
09 747 3829 - Pegawai Pustakawan Bertugas

Wednesday, October 19, 2011

BUKU BARU DI DAR NUR AL-ZAHRA'

BISMILLAH.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, kerana untuk kali keempat pada tahun ini Perpustakaan kami dapat menyediakan buku-buku baru untuk santapan minda pembaca. InsyaAllah kami cuba untuk memenuhi permintaan semua pengunjung walau dalm bajet kami yang amat terhad.







Semoga rezeki kami murah dengan sumbangan maka insyaAllah kami dapatlah sentiasa mencari buku-buku baru untuk tatapan semua. Membaca insyaAllah akan mengembangkan ilmu kita. Alangkah seronok jika kita menjadi insan yang punya ilmu pengetahuan yang luas kan?

Monday, October 17, 2011

BANTUAN KEMANUSIAAN UNTUK UMAT ISLAM THAILAND

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebagaimana yang kita tahu, negara jiran kita Thailand sekarang ini sedang dilanda masalah banjir yang agak teruk. Kita simpati dengan apa yang berlaku di sana dan kita berdoa agar Allah SWT melindungi negara kita terutama Negeri Kelantan yang begitu dekat dengan Thailand dari turut menerima nasib yag sama.

Orang Islam di Hatyai yang pulang dari solat dengan mengharung banjir.

Ada di kalangan kenalan kami yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand telah menyuarakan kerisauan mereka dengan nasib keluarga dan masyarakat negaar mereka terutamanya golongan minoriti Islam. Bantuan makanan memang sampai tapi banyak juga yang tidak halal dan tidak selamat untuk dimakan oleh orang-orang Islam.

Dalam kesempatan yang ada ini, pihak kami dengan rendah hati mahu membantu saudara-saudara Islam yang sedang menghadapi masalah mendapatkan bekalan makanan halal semasa musim banjir besar di Thailand sekarang ini. 

Keadaan sebuah masjid di Hatyai yang ditenggelami air banjir.

Bantuan bolehlah disalurkan kepada seorang kenalan kami iaitu Sdri. Tasneem Sayorwan dari Bangkok yang kini sedang bekerja di Malaysia. Maklumat beliau ialah seperti di bawah:

Name on account: Tasmeen Sayorwan/ Tasneem Sayorwan
Bank Account: Maybank
Account no: 1623 5731 5607

For more information about the donation, you can: 
1. SMS 013 332 4398 or
2. Facebook: Tasneem Sayorwan or
3. Email: na_neem@live.com or
4. Comment on this blog.

Jika kita tidak mampu menghulurkan bantuan kewangan maka hulurkanlah bantuan dalam bentuk doa untuk keselamatan mereka. Semoga Allah redakan bencana ini tidak lama lagi dan sentiasa melindungi kita semua dari mala petaka di atas dunia atau di akhirat nanti.


Jazakallahukhairan jaza'.

KakChik
Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'
Telipot, KB
17 Okt. 2011

Sunday, October 16, 2011

KETAGIHAN INTERNET KANAK-KANAK SERIUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menarik untuk diambil perhatian, dari dada akhbar hari ini. Salah satunya ialah berita ini:



Semoga para ibu bapa akan memandang lebih serius terhadap perkara ini. Jangan sampai berlaku lebih banyak kes seperti semalam, kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun lari dari rumah di Kangar, Perlis untuk bertemu kekasih/kawan di Pulau Pinang.

Marilah kita menjadi warga yang prihatin dan menyayangi anak-anak kita.

Wednesday, October 5, 2011

Membeli Sambil Menyumbang

Assalamualaikum para pembaca semua.

Sebagaimana yang anda semua maklum, perpustakaan ini adalah sebuah perpustakaan waqaf yang mana sebahagian besar koleksi bukunya adalah diwaqafkan oleh orang ramai. Selain daripada buku-buku waqaf kami juga menerima sumbangan dalam bentuk kewangan dan material bagi memastikan setiap bulan kami dapat menambah koleksi buku terbaru untuk bacaan pengunjung.

Antara bentuk sumbangan material ialah buku-buku baru yang diletakkan di perpustakaan ini untuk dijual yang mana 20 hingga 30 peratus dari hasil jualannya disumbangkan kepada perpustakaan manakala selebihnya adalah hakmilik tuan punya buku. Bentuk sumbangan ini biasanya dilakukan oleh penjual buku dan juga para penulis tempatan.

Sempena dengan itu, kami kini mempunyai stok yang agak banyak untuk dijual bagi mengumpul dana perpustakaan. Stok buku terkini yang diletakkan di sini ialah buku-buku karya Ustaz Hj. Yahya Othman iaitu seorang Murabbi yang tak asing lagi di kalangan pejuang-pejuang agama di Kelantan. 

Jika anda sudi membeli buku-buku beliau, insyaAllah 20 peratus dari hasil jualan akan masuk ke tabung dana perpustakaan ini. Inilah peluang anda untuk melakukan amal kebajikan yang pahalanya insyaAllah akan berpanjangan hingga ke akhirat.

Berikut ialah buku-buku yang dimaksudkan.

Harga: RM13.00

Harga: RM5.00

Harga: RM8.00

Harga: RM8.00

Untuk membeli buku-buku ini, sila emailkan pesanan anda kepada hanniaziz@gmail.com atau telefon kepada +609-748 4975.

Membeli Sambil Menyumbang!

Terima kasih.

Pn. Nor Haniza Hj. Taib
Pengurus
Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'

Tuesday, October 4, 2011

Baca@LRT acara sulung

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my



DI satu sudut sebuah kedai buku, kelihatan sekumpulan anak muda tekun meneliti dan membelek beberapa buah buku yang berada di hadapan mereka. Kebanyakan mereka memilih buku bergenre serius seperti motivasi, perniagaan, sastera dan sebagainya.
Malah, wajah masing-masing juga begitu teruja apabila melihat deretan buku koleksi terbaharu yang dipamerkan di rak-rak buku kedai tersebut.
Satu persatu buku itu dicapai lantas lembaran demi lembaran diselak bagi mengetahui sekali imbas tentang kandungan yang terdapat di dalamnya.
Sesekali ada dalam kalangan mereka yang berkongsi buku yang diminati sambil melahirkan pendapat mengenai keistimewaan karya penulisan berkenaan.
Itu antara situasi spontan yang dapat disaksikan apabila insan-insan penting sebuah gerakan bawah tanah dikenali sebagai Baca@ yang bermatlamat mengajak masyarakat menyuburkan tabiat membaca tanpa mengira usia berkumpul di bawah satu bumbung.
Salah seorang pengasasnya, Zamri Mohamad, 32, berkata, gerakan Baca@ merupakan satu idea spontan yang timbul sewaktu mengadakan perbincangan ringkas bersama rakan-rakan di sebuah bilik latihan kecil Learning Station di Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur awal Januari tahun lalu.
Dalam perbincangan tersebut, mereka sepakat memilih pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) sebagai wadah atau platform untuk memulakan gerakan murni itu.
“Perkataan LRT timbul dalam perbualan membabitkan isu-isu sekitar yang berbangkit dan berkaitan mencipta satu kelainan positif dalam masyarakat. Satu kelainan yang baik dan memberi kesan positif pada semua. Juga satu kelainan yang mendorong orang lain bersama-sama dalam satu kumpulan untuk menyuarakannya.
“Daripada situlah lahirnya gerakan Baca@LRT iaitu satu usaha gila-gila yang melibatkan penggemar buku dan pendukung bahan bacaan berkualiti mempromosikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat,” jelas Zamri yang merupakan penulis buku sepenuh masa dan pengasas kursus penulisan.com ketika ditemui Kosmo! di Petaling Jaya baru-baru ini.
Keberanian luar biasa
Selain Zamri, gerakan tersebut turut diasaskan oleh Irfan Jani, 32, pemilik syarikat penerbitan Mazni Irfan Sdn. Bhd., Izwan Wahab, 32, seorang pengatur cara sistem dan Haeqal Zulkarnain, 31, yang bertindak sebagai pengarang.
DUA kanak-kanak ini tekun membaca buku di perpustakaan Rumah Anak Yatim Nurhidayah di Taiping, Perak yang disediakan oleh gerakan Baca@.

Bagi mereka berempat, kempen membaca sebenarnya memerlukan suntikan lebih segar, bersifat spontan dan diadakan tanpa acara rasmi seperti memotong reben, menjemput tetamu kehormat dan sebagainya.
Sebaliknya, ia satu usaha gila-gila yang memerlukan keberanian luar biasa untuk melakukannya bersama bagi memberi mesej jelas kepada orang ramai terhadap apa yang mereka percaya.
Rentetan daripada itu, rangkaian laman sosial Facebook menjadi platform gerakan ini diasaskan dengan penganjuran acara sulung Baca@LRT pada 16 Januari 2010 yang mencatat sejarah tersendiri.
“Walaupun kami hanya menyasarkan 70 peserta untuk hadir dalam aktiviti sulung membaca di dalam LRT, tetapi jumlah yang hadir melebihi jangkaan. Seramai 150 peserta hadir memberikan sokongan. Acara itu bermula dari terminal LRT Putra, Gombak ke stesen Kelana Jaya,” terang Zamri sambil memberitahu tagline gerakan Baca@ adalah Membaca itu Cool.
Rentetan daripada sambutan yang menggalakkan terhadap kempen membaca tersebut, beberapa individu kemudian tampil dengan idea mengasaskan kumpulan tertentu di bawah gerakan Baca@ bagi meluaskan lagi ruang lingkup mereka.
Ruang bacaan
Ini termasuklah penubuhan kumpulan Baca@Komuter, Baca@Sekolah, Baca@Masjid, Baca@Perhentian Bas, Baca@Hutan dan sebagainya.
Bagi Azzah Abdul Rahman, 32, pengasas kumpulan Baca@Komuter dan Baca@Sekolah, dia banyak menggerakkan kumpulan ini di sekitar Negeri Sembilan.
“Program Baca@Komuter contohnya diadakan sebagai sambungan daripada projek Baca@LRT yang khusus untuk masyarakat di bandar. Tetapi di dalam komuter yang menghubungkan antara bandar, masa penumpang berada di dalamnya lebih panjang.
“Acara pertama di bawah gerakan Baca@Komuter telah kami anjurkan pada 20 Februari 2011 dengan perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur Sentral dan KLCC. Program ini kami adakan dengan kerjasama Kelab Tidur Dengan Buku (KTDB),” jelas Azzah yang juga merupakan seorang penulis.
GERAKAN Baca@ ditubuhkan dalam usaha menggalakkan masyarakat agar menyuburkan budaya membaca tanpa kempen bersifat rasmi.

Tambahnya, melalui kumpulan Baca@Sekolah pula, ia mempunyai objektif untuk membantu rumah-rumah kebajikan mewujudkan ruang bacaan mereka sendiri. Melalui kumpulan ini, mereka berjaya melaksanakan dua program amal iaitu di Rembau, Negeri Sembilan dan Yayasan al-Jenderami di Selangor.
“Melalui program tersebut, kami menyumbang buku daripada dana kutipan sendiri dan sumbangan syarikat tertentu. Apa yang pasti, pihak kami akan memberi buku-buku baru kepada mereka kerana mahu mewujudkan ruang bacaan terbaik untuk anak-anak tersebut.
“Dalam konteks sumbangan, kami tidak menerima wang tunai sebaliknya hanya buku semata-mata. Jika mahu melihat aktiviti kami, anda boleh berbuat demikian dengan melayari Facebook/baca@sekolah dan baca@komuter,” kata pemilik kedai buku BACHA di Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.
Sementara itu, Asyraff Hafdzan Abdullah, 29, memberitahu, apabila melihat kejayaan rakan-rakan dalam gerakan Baca@ ini, dia terus mendapat idea untuk mewujudkan pula kumpulan Baca@Masjid.
Ujar Asyraff, dia mendapat inspirasi daripada seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Ibu Kartini yang berusaha membina sebuah masjid di Johor. Kegigihan wanita itu berusaha selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil dan dia berjaya mendirikan sebuah masjid yang diimpikan.
Melabel buku
“Kisah ini diceritakan oleh sahabat saya, Irfan Jani dan selepas mengadakan perbincangan di koridor sekolah, saya terus mendapat ilham untuk menubuhkan gerakan Baca@Masjid bermula Disember tahun lalu,” katanya.
Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah projek menyusun dan melabel buku di Masjid Bukit Indah, Ampang.
“Kita sedia maklum buku-buku agama mempunyai pelbagai bidang dan disiplin. Jadi, ia memerlukan kepada kepakaran untuk menyusun bahan bacaan tersebut untuk kemudahan para jemaah.
“Aktiviti ini turut dibantu oleh sukarelawan dan ahli kumpulan Baca@Masjid. Mereka juga ada menyumbang beberapa kotak buku bercorak agama kepada pihak masjid,” tutur Asyraff.
Bagi perancangan akan datang, pihaknya akan cuba mewujudkan skim wakaf Baca@Masjid kepada mereka yang berminat. Cuma, ia bukan sekadar mewakafkan al-Quran atau buku-buku agama tetapi juga melibatkan barang keperluan seperti sejadah, telekung atau kit pengurusan jenazah.
Seorang lagi rakan Zamri, Iskandar Syah Ismail, 35, pula bertindak mengasaskan penubuhan perpustakaan sebenar di rumah-rumah anak yatim bermula sejak tahun 2007 dengan cara menyumbang buku.
Hingga kini, mereka telah berjaya menyiapkan sudut perpustakaan di 16 buah rumah anak yatim di seluruh negara.

Sumber artikel: Kosmo Online

Tuesday, September 27, 2011

Jamuan Makan Sempena 10 Tahun Usia Dar Nur al-Zahra'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sempena ulang tahun Perpustakaan Dar Nur al-Zahra' yang ke-10, kami para kakitangan telah mengadakan jamuan makan secara kecil-kecilan sahaja. Cukup dengan membeli hidangan 2 jenis piza dan set ayam goreng pedas dari Muzdalfa Fried Chicken (MFC) serta 2 jenis kek potong.

Alhamdulillah dengan segala penat-lelah semua kakitangan yang berusaha menjadikan Dar Nur al-Zahra' sebuah perpustakaan yang selesa untuk masyarakat membaca. Semoga kami dapat terus mencurahkan bakti di sini selama mana yang Allah izinkan.

Hidangan untuk jamuan kami sebentar tadi.
Hanya kami berempat sahaja yang ada pada hari ini. Saya yang mengambil gambarnya.
Jemputlah makan...
Pn. Adila membantu En.Aziz mengambil roti dan ayam goreng.
Staf yang rajin dan berdedikasi.
Saya juga bakal meraikan ulangtahun ke-11 berkhidmat di sini.

Alangkah seronoknya jika Pn. Akmar turut ada bersama kami tapi sayangnya beliau masih lagi cuti bersalin dan kini sedang berpantang. Tidak mengapa... insyaAllah ada orang boleh wakilkan beliau dalam jamuan hari ini :)

Selamat Ulang Tahun Ke-10 Dar Nur al-Zahra' !




Selamat Hari Ulang Tahun Ke-10 Dar Nur al-Zahra' !


27 September 2001 - 27 September 2011

Semoga Allah berkati dan rahmati perpustakaan ini.

InsyaAllah ia akan terus kukuh berdiri untuk berbakti kepada masyarakat dalam menyediakan bahan rujukan yang bermanfaat, tempat mentelaah yang selesa, rumah ilmu yang mendamaikan.

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-10

Dar Nur al-Zahra'