Peminat Perpustakaan

Wednesday, January 14, 2009

Wakafkan Buku Ini

Assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang melintas ke blog Perpustakaan Dar Nur al-Zahra' (Zahra') ini. Bersempena tahun baru ini kami menyeru kepada anda semua untuk menyahut seruan kami untuk menyertai projek WAKAF BUKU kepada perpustakaan ini. Bagi pihak Zahra', saya amat-amat mengalukan penyertaan anda.

 

Berikut ialah antara buku-buku yang kami harapkan:

111208 066 111208 067
24102008(002) 111208 071
111208 076 111208 070
30122008 025 111208 087
 TERAPITAHAJUD  3t
bhgpoligami jthsebuahtamadun
 Haji Muda  Mengapa Saya Bekerja
The Psychology of Selling phpThumb_generated_thumbnail
14122008(031) 21122008(016)

Kami amat berbesar hati jika ada yang sudi membeli dan mewakafkan buku-buku ini. Kami ada senarai lain lagi selepas ini. Jika sudi wakaflah lebih daripada sebuah.

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Wassalam.

Sunday, January 4, 2009

Mulakan tahun baru dengan sesuatu yang bermakna.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)"
Surah al-'Alaq: 1 - 5

Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman maya Dar Nur al-Zahra'. Semoga hari ni dan seterusnya, kehidupan kita semua bertambah baik dalam segenap segi tanpa kita melupakan nikmat Islam, Iman dan Ihsan yang Allah SWT telah limpahkan kepada kita semua.

Dalam pada kita bergembira menyambut tahun baru 1430 Hijrah dan 2009, janganlah kita lupakan saudara seagama kita yang sedang ditindas, dizalimi dan dikejami oleh rejim mungkar, Israel-Zionis. Bersyukurlah kita masih dapat terus menjalani kehidupan kita di bumi Malaysia ini dengan aman. Namun sentiasalah berhati-hati dalam setiap amal perbuatan kita agar bala Allah tidak mendekati kita. Ingatlah, ilmu perlu dicari lantas kenalah difahami sebaik-baiknya dan diteruskan dengan penghayatan melalui amalan-amalan baik. Jauhi kemungkaran atau apa sahaja yang boleh mendekatkan kita dengan kejahatan. Sama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan keimanan diri dengan beramal makruf sesama kita agar diri kita akan sentiasa kekal di atas jalan-Nya sehingga kita dipanggil pulang nanti.

Selamat Tahun Baru!

Dari kami di Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra', Kota Bharu, Kelantan.