Assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang melintas ke blog Perpustakaan Dar Nur al-Zahra' (Zahra') ini. Bersempena tahun baru ini kami menyeru kepada anda semua untuk menyahut seruan kami untuk menyertai projek WAKAF BUKU kepada perpustakaan ini. Bagi pihak Zahra', saya amat-amat mengalukan penyertaan anda.
Berikut ialah antara buku-buku yang kami harapkan:
Kami amat berbesar hati jika ada yang sudi membeli dan mewakafkan buku-buku ini. Kami ada senarai lain lagi selepas ini. Jika sudi wakaflah lebih daripada sebuah.
Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Wassalam.
Cik/Pn Siti Khadijah - ini adalah surat berantai yang telah lama berlegar di ruangan internet. W/pun intipatinya baik iaitu mengingatkan kita kepada tanggungjawab kita sebagai seorang Islam tapi saya berharap cik/puan tidak 'copy & paste' sahaja mesej sebegini, buatlah sedikit ulasan peribadi.
ReplyDeleteSaya izinkan mesej ini di sini kerana mahu cik/puan membaca juga komen saya.
Harap maklum.
"Ingat-mengingati hanya kerana Allah"
Salam KakChik, akak ada satu set buku Pendidikan Anak dalam Islam karya Dr Abdullah Nasih Ulwan yang hendak diwakafkan. Tapi, bahagian tepi buku ni nampak agak buruk kerana terperuk di rak buku. Dulu akak beli buku ni untuk dijual pada kawan-kawan. Jadi lebih satu set ni memang dah terfikir untuk diwakafkan.
ReplyDeleteErr... library ni siapa yang punya ye? Boleh cerita sejarah ringkas library ni? Kalau tak keberatan...
Wa'alaikumsalam kak. Boleh tak akak emailkan gambar bukunya biar nampak bhgn yg rosak tu sb kakchik kena nilai blh kami trm ke tak. Kami sbnrnya baru msyrt rabu lepas & polisi baru tak akan terima buku lama yg rosak sb kekurangan kemampuan membaik pulih. Email ke hanniaziz@yahoo.com ya atau pun akak letak di blog nanti kakchik gi tengok.
ReplyDeleteLibrary ni kepunyaan Dato' Hj. Rameli Musa, org. no 2 Ingress Corp. tapi dia dah wakafkan kepada org awam. Bermula sejak 1999 dgn sebuah banglo 4 bilik kemudian dibeli tanah lot sblh, buat bangunan 4 tingkat (bgn utama Zahra' & banglo jadi ofis). Secara rasmi dibuka kpd awam pd 27 Sept. 2001 hinggalah smpi hr ni. Kalau akak rajin, boleh la tgk arkib ya untuk maklumat lain.