
Dar Nur al-Zahra' ialah sebuah perpustakaan awam milik persendirian yang diwakafkan untuk dimanfaatkan secara percuma oleh orang ramai. Ia satu-satunya perpustakaan seumpama ini di Malaysia.
Peminat Perpustakaan
Tuesday, February 24, 2009
Meaningful Quote

Saturday, February 14, 2009
Senarai Cadangan Buku Baru
Berikut ialah senarai buku-buku terkini yang dicadangkan untuk dibeli oleh pihak Perpustakaan.
Buku Bacaan Umum:
| RM18.00 MariBaca | RM35.50 MariBaca |
|
RM15.00 Jaafar Rawas |
RM14.00 Jaafar Rawas |
|
RM13.90 PTS |
Perbelanjaan = RM96.40
Buku Bacaan Remaja:
Perbelanjaan = RM113.50
Buku Bacaan Kanak-Kanak:
| RM15.00 MariBaca | RM15.00 MariBaca |
| RM12.00 MariBaca | RM13.50 MariBaca |
Perbelanjaan = RM55.50
Buku Akademik:
|
RM28.20 SMO/DBP |
RM14.70 SMO/DBP |
| RM13.90 SMO/DBP |
RM18.80 SMO/DBP |
Perbelanjaan = RM75.60
JUMLAH PENUH SEBELUM DISKAUN
IALAH = RM341.00
p/s: Kalau ada cadangan lain bagitahu ya. Yang ini sila tengok dan bagi maklum balas kemudiannya.
Tuesday, February 3, 2009
Kami Adalah Dar Nur al-Zahra'
Pn. Nor Haniza binti Hj. Taib, Pengurus @ Setiausaha (Pustakawan)Sarjana Muda Sains Komputer (Minor Pengurusan) - USM
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak - OUM
Pn. Nooradila binti Mat Zain, Bahagian Pengurusan Dewan (Pen. Pustakawan)Diploma Pengajian Islam, KUSZA
En. Abd. Aziz @ Azib bin Mohd. Nor, Bahagian Tugas-Tugas Khas
Hjh. Cik Minah binti Mohamed, Bahagian Pembersihan dan Tugas-Tugas AmInilah kami, warga kerja Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra' yang telah bersama perpustakaan ini melebihi 5 tahun. Walaupun cuma 6 orang, insya-Allah kami cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengunjung.
Tunjukkan sokongan anda dengan memberi kerjasama yang sebaiknya kepada semua warga kerja Zahra'. Insya-Allah kami ramah dalam banyak hal tetapi tegas dalam amal makruf nahi mungkar.
Sunday, February 1, 2009
Sekitar Lawatan Rakan-Rakan dari PHS USM
Bergambar kenangan beramai-ramai sebelum rombongan bertolak pulang. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ramlah dan semua anggota rombongan sama ada dari Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) USM atau pun dari Perpustakaan USM Kubang Kerian kerana sudi berkunjung ke perpustakaan kami. Hati kami gembira menerima lawatan ini.
Puan Ramlah dan Puan Sira melihat-lihat buku-buku yang dijual di Sudut Jualan Untuk Dana Perpustakaan. Kalau ada yang berkenan, bolehlah beli sambil menderma.
Saya menerangkan sesuatu berkenaan koleksi sumbangan peribadi kepada Puan Ramlah, Puan Nik dan Puan Sira. Berdekatan ialah Koleksi Peribadi Allahyarham Dato' Yusof Zaky Yaacob.
Saya membawa anggota rombongan untuk melawat ke tingkat atas perpustakaan. Mohon maaf banyak-banyak, lif kami tak dapat nak muatkan semua orang. Kita naik separuh dulu ya.
Buah tangan dari rombongan Puan Ramlah yang disampaikan oleh Puan Nik. Syukran jazilan. Semoga pemberian ini diberkati Allah SWT.
Terima kasih kepada Puan Nik yang mewakili rombongan untuk menyampaikan plak cenderamata kepada kami. Kami mohon maaf sebab Zahra' tidak mempunyai sebarang cenderamata sebagai balasan.
Mereka bertolak balik ke USM Kubang Kerian untuk aktiviti di sana. Terima kasih dari kami seluruh warga kerja Zahra'. Kunjungan ini amat berharga buat kami. Insya-Allah talian yang telah disambung ini akan kami pupuk dengan baik demi kesinambungan matlamat kita untuk mengilmukan masyarakat. Terima kasih sekali lagi. Jemputlah datang lagi di lain kali.Semoga perjalanan kembali ke Pulau Pinang akan selamat dan diiringi Malaikat rahmat sepanjang jalan.
Lawatan dari Perpustakaan Hamzah Sendut, USM
Sementara menantikan tetamu kami sampai, saya ingin menulis ringkas saja. Sebentar lagi kami akan menerima kunjungan rasmi yang pertama untuk tahun ini. Rombongan 10 orang kakitangan Perpustakaan Hamzah Sendut akan tiba sebentar lagi.Sebagai warga kerja Zahra', saya amat berbesar hati menerima kunjungan mereka walaupun perpustakaan kami ini adalah kecil saja.
Insya-Allah nanti saya akan cuba kemaskinikan maklumat dengan gambar-gambar.
Sehingga itu, wassalam.


