Peminat Perpustakaan

Monday, September 11, 2006

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1427 HIJRAH


ASSALAMUALAIKUM SEMUA. Bertemu lagi kita di blog DNaZ ini. Saya bagi pihak pengurusan DNaZ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia semua kita semua telah pun bersedia untuk mengisi Ramadhan dengan penuh keikhlasan kekhusyukan amal ibadat terutamanya ibadah puasa.

Sesekali teringat senikata lagu nasyid di zaman kanak-kanak dulu ...
"Ramadhan yang tiba...
membawa bersama ibadah puasa
menguji keimanan
menuntut kesabaran...
penuh tarbiah
penuh mujahadah."

Semoga dengan izin Allah kita dipanjangkan umur untuk melaksanakan ibadah mulia ini dengan mendapat sepenuhnya Ramadhan kali ini.

Sedikit motivasi untuk Ramadhan kali ini...

FADHILAT RAMADHAN

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Bi-iznilLah.
Niza

Sunday, June 11, 2006

Selamat Pengantin Baru Dila...

Alhamdulillah... telah selamat juga salah seorang staf perpustakaan kita naik pelamin. Sejak 1 Jun 2006, Nooradila Mat Zain telah termeterai menjadi isteri Mohd. Rodzi. Mabruk Dila!

Majlis walimatul urusy nya diadakan pada 5 Jun 2006. Alhamdulilah semua staf perpustakaan yang lain sempat berkunjung ke rumah Dila untuk meraikan hari bahagia tersebut. Insya-Allah tak lama lagi kita makan nasi minyak untuk 'kakak' kita pula.

Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang dirakamkan pada petang 5 Jun itu.

Pengantin tu renung siapa?

Cantik... patut lah cik abang berkenan.


Ha... senyum sikit... baru manis!

Monday, May 29, 2006

BERCUTILAH DENGAN KE PERPUSTAKAAN

Sebahagian buku di Sudut Kanak-Kanak

Assalamualaikum semua,

Nampaknya cuti sekolah datang lagi. Pada waktu inilah ramai ibu bapa mengambil peluang bercuti bersama anak-anak sama ada dengan pulang ke kampung halaman, pergi melancong, mengerjakan umrah, berkelah dan ramai juga yang pergi membeli-belah.

Tapi... pernahkah kita membawa keluarga 'Bercuti Ke Perpustakaan'? Saya dapat merasakan bahawa ramai yang kurang berminat berbuat demikian. Tapi... apa salahnya kalau kita cuba. Insya-Allah anak-anak kita akan lebih biasa dengan buku dan suasana ilmu. Kalau mereka sering dihidangkan dengan suasana seronok di perpustakaan seperti di Dar Nur al-Zahra' ini, saya pasti anak-anak kita akan gemar ke perpustakaan.

Cubalah... perpustakaan kami PERCUMA sahaja.