Peminat Perpustakaan

Monday, April 10, 2006

Seminar Menangani Isu-Isu Wanita Dalam Islam

Assalamualaikum wbt.

Para Pengunjung semua, hujung minggu ni pihak Wanita JIM Kelantan akan mengadakan satu program spt mana tajuk di atas.

Kat bawah ni saya masukkan keterangan lanjut program tersebut.

Program: SEMINAR SU-ISU WANITA DALAM ISLAM
Tarikh: 15 ARIL 2006 (16 RABIUL AWAL 1427)
Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat: DEWAN SEMINAR DAR NUR AL-ZAHRA', LORONG MERICAN, TELIPOT, KOTA BHARU, KELANTAN.
Anjuran Bersama: EXCO Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan & Wanita JIM Kelantan
Yuran: RM25 (Peserta Umum) dan RM20 (Pelajar)

Antara pengisian program ialah:

SESI 1 - RUMAHKU SYURGAKU, Moderator: Dr. Dasmawati
KERTAS 1 - MENANGANI KEPELBAGAIAN DALAM RUMAHTANGGA, Pembentang: Dr Harlina Halijah Siraj
KERTAS 2 - PENGURUSAN KEWANGAN, Pembentang: En Abbas Sahat

SESI 2 - SOLAT MENGIKUT AL-QURAN DAN SUNNAH
KERTAS 3 - SOLAT BERKUALITI, Pembentang: Prof. Madya Ustz. Dr. Anisah Abd. Ghani
KERTAS 4 - KEMULIAAN MAHKOTA WANITA, Pembentang: Dr. Hafidzah Mustakim

Pihak kami sebagai tuan rumah, ingin menjemput anda semua turut serta ke program ini kerana terdapat banyak maklumat dan perkongsian yang boleh dimanfaatkan. Sila sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda agar mereka juga turut mendapat faedah dari program ini.

Wassalam.

2 comments:

  1. Salam,

    Menarik tajuk yang dibentangkan. Tp dah terlambat baru tahu. Harap dapat dihebahkan dengan lebih meluas. Di Kelantan ni saya perhatikan...kalau ada apa2 aktiviti...tidak dihebahkan dengan lebih meluas...patut iklankan di dlm akhbar dan hantar flyers ke rumah2.

    Yg banyak hanya banner berdekatan bandar sahaja. Kalau kita tak masuk bandar Kota Bharu...tak akan tahu ada aktiviti tersebut.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam KakTi.

    Sebenarnya program ini anjuran Wanita JIM Kelantan. Kami hanya tolong masukkan infonya ke dalam blog.

    Saya rasa saya tahu kenapa program sebegini kurang promosi kerana kami juga mempunyai masalah seperti penganjur ini.

    Sepanduk adalah paling mudah dan murah utk dibuat bagi penganjur yang kekurangan bajet. Untuk promosi di akhbar, harga satu iklan bukanlah murah. Kami ada pengalaman mengiklan di dalam Sinar, Metro, Harakah dan BH.

    Flyers memang murah tapi untuk mengedarkannya turut memerlukan wang untuk upah. Bagi kami yang tiada peruntukan dari kerajaan dan bergantung harap dengan sumbangan orang ramai dan sewa dewan, memang kos untuk ini terpaksa kami elakkan.

    Begitulah susahnya kami untuk menjayakan sesuatu program. Bukan ramai yang ingin menaja atau menghulurkan bantuan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.