Tajuk: Chit Chat Remaja Mengenai Gaya Hidup
Penulis: M. Fadzli A. Bakar
Penerbit: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Harga: RM14.90
Tebal: 220 halaman
Sinopsis:
Sebagai remaja normal yang berfikiran matang, kita pasti pernah duduk termenung bersendirian. Dalam situasi itu, apa yang sering kita fikirkan? Di sebalik angan-angan, fikiran, lamunan dan mengingat kenangan, pasti kita pernah terlintas memikirkan nasib ataupun keadaan yang sedang kita hadapi.
Siri Chit Chat Remaja mengenai Gaya Hidup kali ini mempersembahkan beberapa gaya ataupun falsafah hidup yang perlu dilakonkan sebagai remaja yang bergaya. Ia merangkumi aspek persepsi kita mengenai diri, tujuan hidup, kelebihan diri dan aspek penjelajahan gaya sebenar sebagai orang yang terbaik.
Tujuannya adalah merealisasikan keinginan menjadi remaja yang ada style, tetapi tidak mengabaikan gaya pemikiran yang betul. Gaya hidup sebenar bukan sekadar dilihat daripada gaya percakapan, style rambut, minat, jenama barangan yang dipakai dan sebagainya. Tetapi remaja yang bijak memilih rentak hidupnya.
Dalam hidup bermasyarakat, kita dapat perhatikan terdapat banyak perbezaan antara orang yang hanya memiliki gaya fizikal dengan orang yang memiliki gaya mental yang sihat. Ini kerana, corak dan gaya pemikiran mempengaruhi pembentukan tingkah laku seseorang.
Dalam permulaan buku ini, remaja menyelami fungsi dan pengaruhnya sebagai pemikir yang bergaya tentang makna hidup. Remaja yang efektif bukanlah remaja yang hanya pandai bergaya dalam aspek fizikal tetapi juga turut memiliki gaya menarik dalam pemikiran. Antara gaya yang baik juga adalah melalui inisiatif dan sikap kita pada tanggungjawab. Bagaimana kita mengambil berat berkaitan, keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh diri sendiri? Orang yang bertanggungjawab dengan situasi sebegini selalunya memiliki gaya kesempurnaan melakukan setiap tugasan yang dihadapi.
Mereka yang faham dengan makna hidup adalah orang yang faham hakikat kehidupan. Hakikat hidup pula adalah berbentuk prinsip ataupun idea-idea rasional yang baik supaya kita serapkan dalam diri. Dengan memahami hakikat hidup, kita lebih matang dalam merangka pelan kejayaan dan menghadapi 1001 dugaan. Berfikir rasional adalah senjata paling ampuh bagi digunakan. Ini semua dapat diperoleh daripada idea dan saranan positif mengenai kehidupan. Kita boleh mendapatkannya melalui buku ini.
Seterusnya kita menilai diri semula. Adakah kita sedang berada di landasan jalan tujuan hidup sebenar? Ataupun kita sedang berseronok tanpa sedar yang kita mula tersasar jatuh daripada tebingnya? Dalam dunia ini, ada dua unsur yang mengelirukan iaitu antara keperluan dan kemewahan. Apabila kita selalu mengingati makna dan tujuan hidup, kita akan lebih menumpukan pada aspek keperluan. Sebaliknya apabila kita sendiri fanatik, kita menjadi hamba kemewahan yang tidak pasti dengan tujuan sebenarnya.
Buku ini juga akan membawa kita menghayati beberapa kisah-kisah menarik berkaitan prinsip hidup yang bermakna. Kisah-kisah ini menaikkan semangat kita yang lelah akibat perjalanan usaha yang memakan masa. Percayalah, kita boleh berubah melalui pelbagai pendedahan berkaitan makna hidup. Kita juga tidak bosan dengan membaca dialog, kata-kata hikmah, maksud ayat-ayat Quran, hadis, kisah-kisah tauladan dan juga puisi.
Oleh itu, sekiranya kita dilanda masalah kemurungan, kesedihan, kegagalan dan dilema memilih jalan hidup yang berjaya, singkap dan renung semula mengenai falsafah dan makna hidup adalah satu cara yang dapat menyelamatkan diri kita. Bahkan ia memberi panduan yang tepat supaya kita tidak hanya sering tersasar daripada tujuan hidup sebenar.
Isi Kandungan:
Prakata
Chat Global 1 : Makna Hidup Kita
Chit Chat 1 : Ahli Fikir, Baik Punya!
Chit Chat 2 : Siapa Kita?
Chit Chat 3 : Entah Apa yang Kita Buat Setiap Hari
Chit Chat 4 : Apa yang Kita Buat Setiap Malam?
Chit Chat 5 : Kisah Pokok Kurma
Chit Chat 6 : Destinasi Terakhir
Chat Global 2 : Hidup dalam Realiti
Chit Chat 7 : Urusan Tuhan dan Kerja Kita
Chit Chat 8 : Sendiri Buat, Sendiri Tanggung
Chit Chat 9 : Alternatif
Chit Chat 10 : Hendak Seribu Daya
Chit Chat 11 : Syarat untuk Hidup
Chit Chat 12 : Puisi Sempoi
Chat Global 3 : Jadi Orang Terbaik
Chit Chat 13 : Bermanfaat kepada Manusia
Chit Chat 14 : Paling Untung
Chit Chat 15 : Beli Kacang, Bang!
Chit Chat 16 : Jangan Kurang Asam
Chit Chat 17 : Tidak Jujur Tempang Kemuliaan
Chit Chat 18 : Cari Idea Hendak Jadi Baik
Chat Global 4 : Fanatik
Chit Chat 19 : Pujaan Hatiku
Chit Chat 20 : Tamak Hendak Tahu
Chit Chat 21 : Kualiti, Ekonomi ataupun Ranggi?
Chit Chat 22 : Jiwang Karat
Chit Chat 23 : Kacang Hazel
Chit Chat 24 : Samseng
Chat Global 5 : Smart Thinking
Chit Chat 25 : Mengapa Mesti Rasional?
Chit Chat 26 : Kacau Daun
Chit Chat 27 : Mana Diriku?
Chit Chat 28 : Tidak Suka, Tidak Mengapa
Chit Chat 29 : No Mr. Perfect
Chit Chat 30 : Tidak Baik Cakap Orang Jahat Tau!
Chat Global 6 : Berjaya dengan Bergaya
Chit Chat 31 : Kisah Orang Tua, Budak dan Keldai
Chit Chat 32 : Usaha tetapi Gagal
Chit Chat 33 : Rehat Dahulu, Nanti Sambung Lagi
Chit Chat 34 : Gaya Merealisasikan Impian
Chit Chat 35 : Sediakan Payung Sebelum Hujan
Chit Chat 36 : Asah Kapak Dahulu
Biodata Penulis
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.