
Dalam pencarian ini, saya bertemu beberapa maklumat yang saya kira boleh dipercayai. Antaranya ialah maklumat yang saya perolehi daripada laman wikipedia iaitu laman berupa ensiklopedia secara maya. Dari laman tersebut, ada menyebut bahawa HBS jatuh pada tarikh 23 April setiap tahun bermula sejak 1923. Sebenarnya ada sejarah di sebalik penetapan tarikh tersebut sebagai HBS. Jika ingin membaca lanjut, sila ke pautan ini: http://en.wikipedia.org/wiki/World_Book_and_Copyright_Day
Walaupun HBS ini ada pertalian dengan sambutan hari St George bagi penganut Kristian, kita anggaplah ia sekadar memperingatkan kita kepada kepentingan ILMU dan BUKU adalah salah satu dari sumber ilmu.

Banyak yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan kecintaan terhadap buku dan ilmu ke dalam diri ummat Islam. Pelbagai usaha yang perlu kita lakukan secara berterusan dan terancang agar mencintai ilmu, membaca buku, berkunjung ke perpustakaan atau hobi ke kedai buku mempengaruhi gaya hidup masyarakat kita terutamanya di kalangan orang Islam. Sebagai sebuah institusi yang mempromosikan buku dan ilmu, kita juga akan bersungguh-sungguh berusaha menyediakan satu suasana dan pendekatan yang lebih berdaya maju untuk menarik masyarakat suka ke perpustakaan. Semoga berkat keikhlasan kita bekerja kerana Allah (menyampaikan ilmu adalah sunnah Nabi s.a.w.), orang ramai akan menganggap perpustakaan ialah satu tempat menarik yang seronok dikunjungi, kalau boleh setiap hari.
(Akan disambung jika berkesempatan... insya-Allah).
Rujukan:
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.