Kami mengucapkan selamat berpuasa 6 kepada yang masih menjalani ibadah sunat tersebut dan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua adik-adik yang sedang menjalani Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang bermula paad hari ini.
Sempena bulan Syawal yang mulia ini dan suasana hari raya masih dirasai terutama apabila masih banyak Majlis Sambutan Hari Raya yang perlu kita hadiri, kami ingin mengajak pembaca semua untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan membaca buku-buku baru yang kini boleh dibaca di perpustakaan kami.
Di antara buku baru yang telah pun diletakkan di rak 'New Arrival' di Ruang keluarga ialah:
- Ikramah - Penentang Jadi Pembela (PTS)
- Dear Yayah 3 (PTS)
- Dear Yayah 4 (PTS)
- Anatomi Al-Quran - Mengenal Ilmu, Sejarah & Kandungan Al-Quran (PTS)
- Hidup Tenang Walaupun Berhutang (PTS)
- Membentuk Identiti Remaja (PTS)
- Alahai Pengantin Baru (Galeri Ilmu)
- Putera Lembah Bakkah (Galeri Ilmu)
- Kembara Atiq Wazif - Satu Anugerah (Galeri Ilmu)
- Mutiara 2 Tok Guru (Nufair Street)
- Minda Muslim Super (PTS)
- Kasih Disemai Sayang Dituai (Galeri Ilmu)
- Kemuncup Dalam Perjuangan (Anbakri Publika)
- Formula Solat Sempurna (Telaga Biru)
- Travelog Haji (PTS)
- PDA untuk Eksekutif (PTS)
- Rahsia Kejayaan Wanita Bekerjaya (PTS)
- Formula Menjadi Usahawan Berjaya (PTS)
- 50 Kisah Usahawan Wanita (PTS)
- Cinta Luar Biasa di Alam Rumah Tangga (Galeri Ilmu)
- 55 Petua Orang Berjaya (PTS)
- Detik Kelahiran Si Permata Hati (PTS)
- Aku Terima Nikahnya (Galeri Ilmu)
Anatomi Al-Quran
Buku ini antara lain mengupas tentang pengertian al-Quran dari segi definisi, nama dan sifat al-Quran, perbezaan antara al-Quran dan hadis nabi, perbezaan antara Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi, kemudian mengenai hubungan antara al-Quran dengan Taurat dan Injil. Selain itu, buku ini akan membantu kita mengingati kembali sejarah al-Quran dari zaman Nabi Muhammad, sebab-sebab al-Quran diturunkan, bagaimana proses teknikal pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan secara mudah membincangkan kandungan dan intipati al-Quran. Cara penulisan Ust. Ammar Fadzil amat mudah dan senang dibaca menjadikan orang yang membaca buku ini tidak akan berasa bosan malah akan terus berminat untuk membacanya. Rugi kalau kita tidak membaca buku yang sangat menarik ini.
Contoh sedutan bab 1
Al-Quran adalah sumber rujukan terpenting manusia sepanjang zaman. Tanpanya, manusia hilang panduan dan arah tujuan. Formula-formulanya yang relevan sehingga kini dapat menjadikan manusia sukses dengan iman. Namun begitu, adakah kita benar-benar mengenali 'siapakah' al-Quran walaupun sudah bertahun-tahun membacanya?
Hidup Tenang Walaupun Berhutang
Sinopsis kulit belakang buku ini antara lain menarik minat kita untuk mengambil, membelek, membaca dan akhirnya membelinya untuk dibaca berulang kali. Antara lain penerbit mengatakan kita amat perlu membaca buku ini jika kita salah seorang daripada golongan yang di bawah ini:
- Baru menamatkan pengajian dan bercadang membeli ataupun sudah memiliki kereta dengan cara berhutang.
- Pasangan suami isteri yang berhutang bagi membeli alat kelengkapan rumah seperti perabot, mesin basuh, televisyen dan sebagainya.
- Menggunakan kad kredit bagi menampung kos hidup seharian.
- Gelisah diburu 'along' atau ceti haram walau ke mana sahaja anda pergi.
- Ada gaji tetapi masih tidak cukup melunaskan segala hutang.
- Sering dihubungi pihak bank supaya membayar hutang yang tertunggak.
Semoga hari kita lebih bermakna.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.