Peminat Perpustakaan

Sunday, February 1, 2009

Sekitar Lawatan Rakan-Rakan dari PHS USM

Bergambar kenangan beramai-ramai sebelum rombongan bertolak pulang. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ramlah dan semua anggota rombongan sama ada dari Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) USM atau pun dari Perpustakaan USM Kubang Kerian kerana sudi berkunjung ke perpustakaan kami. Hati kami gembira menerima lawatan ini.

Terima kasih sekali lagi.

Puan Ramlah dan Puan Sira melihat-lihat buku-buku yang dijual di Sudut Jualan Untuk Dana Perpustakaan. Kalau ada yang berkenan, bolehlah beli sambil menderma.

Saya menerangkan sesuatu berkenaan koleksi sumbangan peribadi kepada Puan Ramlah, Puan Nik dan Puan Sira. Berdekatan ialah Koleksi Peribadi Allahyarham Dato' Yusof Zaky Yaacob.

Saya membawa anggota rombongan untuk melawat ke tingkat atas perpustakaan. Mohon maaf banyak-banyak, lif kami tak dapat nak muatkan semua orang. Kita naik separuh dulu ya.

Buah tangan dari rombongan Puan Ramlah yang disampaikan oleh Puan Nik. Syukran jazilan. Semoga pemberian ini diberkati Allah SWT.

Terima kasih kepada Puan Nik yang mewakili rombongan untuk menyampaikan plak cenderamata kepada kami. Kami mohon maaf sebab Zahra' tidak mempunyai sebarang cenderamata sebagai balasan.

Mereka bertolak balik ke USM Kubang Kerian untuk aktiviti di sana. Terima kasih dari kami seluruh warga kerja Zahra'. Kunjungan ini amat berharga buat kami. Insya-Allah talian yang telah disambung ini akan kami pupuk dengan baik demi kesinambungan matlamat kita untuk mengilmukan masyarakat. Terima kasih sekali lagi. Jemputlah datang lagi di lain kali.

Semoga perjalanan kembali ke Pulau Pinang akan selamat dan diiringi Malaikat rahmat sepanjang jalan.

2 comments:

  1. Puan Nor Haniza,

    Terima kasih di atas layanan tempohari. Terima kasih juga kerana memuatkan cerita lawatan kami di blog ini, dan meletakkan pautan ke Perpustakaan USM. Semoga bertemu lagi, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Puan Ramlah,

    Sama-sama. Kami pun memang berterima kasih sebab puan dan rombongan sudi ke Perpustakaan kami yang tak seberapa ni. Insya-Allah saya sedang mengemaskini maklumat kami yang telah diberikan kepada puan baru-baru ini. Jika tiada aral saya akan hantarkan melalui email secepat mungkin. Kalau sudi, puan bagilah apa-apa cadangan atau pandangan mengenai Zahra' ini. Wassalam.

    ReplyDelete

Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.