Peminat Perpustakaan

Wednesday, November 11, 2009

Udara atau Ilmu?

Bismillah.

Seorang lelaki muda pergi menemui seorang ahli hikmah.
"Tuan, ajarkan saya ilmu hikmah", pintanya.
"Kau benar-benar inginkannya?" tanya ahli hikmah.
"Ya, tuan."
"Kamu sedia diuji?"
"Sedia", jawabnya tanpa ragu.
"Baiklah, bawa setempayan air ke hadapanku", pinta ahli hikmah.
Setempayan air segera dihadapkan di hadapan ahli hikmah oleh lelaki muda itu.
"Mari ke sini. Jengukkan kepalamu ke muka tempayan ini."
Lelaki muda itu pun merapatkan kepalanya ke mulut tempayan.
Tiba-tiba hali hikmah itu menekan dan menenggelamkan kepala lelaki itu ke dalam air. Dia meronta-ronta kelemasan. Apabila nampak tidak berdaya, barulah kepalanya dilepaskan. Sebaik menghirup udara, ahli hikmah terus bertanya, "Apa yang kamu inginkan?"
"Saya inginkan ilmu."
Mendengar jawapan itu sekali lagi kepala lelaki itu dibenamkan ke dalam air. Sekali lagi lelaki muda itu kelemasan. Kali ini lebih teruk dari sebelumnya. Setelah hampir lemas, baru dilepaskan lantas soalan yang sama juga diajukan.
"Apa yang kamu inginkan?"
"Saya inginkan ilmu!" jawab lelaki muda itu. Kali ini dengan keadaan lebih tidak berdaya.
Mendengar jawapan yang sama, ahli hikmah itu membenamkan sekali lagi kepala lelaki itu ke dalam tempayan. Kali ini lebih lama. Lelaki itu meronta-ronta. Kali ini jauh lebih hebat dan dahsyat dirasakannya. Setelah hampir nyawa-nyawa ikan, barulah kepalanya dilepaskan.
"Apa yang kamu inginkan?"
"Udara, udara, udara!" katanya hampir kehilangan suara.
"Sekarang, kamu telah bersedia untuk belajar hikmah daripadaku. Jika kamu inginkan hikmah seperti kamu inginkan udara, barulah kamu layak mendapatnya!"

PENGAJARAN
Keghairahan yang tinggi terhadap ilmu akan menjadikan seseorang itu ghairah untuk belajar. Imam al-Syafi'e pernah menyifatkan dirinya dengan ilmu umpama ibu ayan yang kehilangan anaknya. Begitu cinta dan tinggi sekali keinginannya untuk mendapatkan ilmu.

Disalin semula dari AnggukGeleng, SOLUSI isu #12.

2 comments:

  1. Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.

    Zuki (zukidin.blogspot.com)

    ReplyDelete
  2. Selamat dtg zuki. Terima kasih atas jemputannya. Kami mungkin tak kesempatan untuk follow sebab blog kami ni cuma untuk hal ehwal perpustakaan saja. Harap maafkan kami ya.

    ReplyDelete

Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.