Peminat Perpustakaan

Saturday, May 15, 2010

Ulasan buku: Aminah Bunga Kaum Quraisy

AMINAH adalah bonda junjungan besar kita, Nabi Muhammad. Perjalanan hidupnya singkat, namun beliau diuji dengan pelbagai peristiwa yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua.
Bunga kaum Quraisy bernama Aminah Wahab adalah seorang anak yatim piatu yang dipelihara bapa saudaranya, Wuhaib Abdul Manaf.
Aminah seorang gadis kecil rupawan yang dibesarkan dalam keluarga berkenaan. Kebaikan pekerti dan budi bahasanya menjadikan Aminah disenangi semua orang. Beliau seorang yang pandai mengambil hati, ringan tulang serta berpandangan jauh. Dalam buku keluaran kali ini juga turut menceritakan detik dramatik apabila Abdul Mutalib perlu memilih seorang daripada anaknya sebagai korban.

Ia diceritakan secara terperinci episod cemas berkenaan sehingga membawa kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah sendiri ketika mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka diijabkabulkan. Selain itu, kisah perkahwinan antara Aminah dan Abdullah juga diceritakan ketika mereka melalui saat cemas yang disampaikan secara teratur. Lebih dahsyat, pembaca pasti ingin tahu bagaimana perasaan Aminah apabila Abdullah terpaksa meninggalkan rumah sedangkan mereka masih dalam suasana berbulan madu.

Abdullah menemui Allah ketika Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka yang akhirnya menjadi pemimpin ulung umat Islam. Maka bermulalah episod dan perjalanan kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.
Tajuk: Aminah Bunga Kaum Quraisy
Penulis: Ezee Rahmani
Cetakan: Pertama
Harga: RM17.90 (Semenanjung) RM19.90 (Sabah dan Sarawak)
Muka Surat: 203 muka surat

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/UlasanBuku_Aminahwanitacontoh/Article

Sunday, April 18, 2010

Sabtu, 17 April 2010

Alhamdulillah... dari sehari ke sehari perpustakaan ini semakin makmur dengan pengunjung dari pelbagai peringkat usia. Kami amat bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh orang ramai kepada perpustakaan kami. Semoga di masa akan datang kami dapat menyediakan frasarana yang lebih baik dan selesa untuk semua pengunjung dan pengunjung lama akan sentiasa berulang datang manakala yang baru akan sentiasa bertambah setiap hari. Insyaallah.

Mohon Allah berkati perpustakaan ini.

Saturday, April 10, 2010

Seronok melihat ramainya pengunjung hari ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bertemu lagi kita di ruangan blog Perpustakaan Dar Nur al-Zahra' ini. Setelah agak lama blog ini tidak dikemaskini kerana admin tidak kesempatan waktu, hari ini dengan izin Allah kita bertemu lagi. Alhamdulillah.

Baru beberapa hari lepas kami bersembang tentang pengunjung yang tidak begitu ramai berbanding biasa. Kata salah seorang dari kami, mungkin kerana sekarang ni bukan musim pelajar-pelajar menyiapkan tugasan.

Ini gambar lama tapi hari ini pun lebih kurang begini.

Nampaknya hanya beberapa hari saja tugas kami ringan sedikit kerana hari ini mereka datang berduyun-duyun. Bahagian rak Adab Nusus dan Balaghah menjadi tumpuan. Pelajar STAM sudah datang mencari bahan untuk tugasan mereka. Beginilah setiap tahun. Itulah yang menyebabkan kami menyediakan rak khusus untuk Adab Nusus dan Balaghah. 


Selain itu pengunjung menjadi ramai kerana hari ini hari cuti hujung minggu di seluruh Kelantan. Orang awam yang sukakan buku akan berkunjung ke sini. Alhamdulillah... itulah yang sangat kami suka dan alu-alukan.

Sebahagian pengunjung tetap telah pun menjadi kawan di perpustakaan ini. Satu perkara yang menggembirakan pihak kami. Semoga perkenalan mereka yang bermula di sofa Ruang Keluarga semasa menatap akhbar dan membaca buku akan berkekalan sampai bila-bila.

Dengan itu, kami doakan perpustakaan ini terus makmur dengan pengunjung yang cintakan ilmu pengetahuan setiap hari dan selam-lamanya.