Ceramah tersebut telah berlangsung di Dewan Utama USM Kubang Kerian dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Alhamdulillah kehadiran peserta telah melebihi jangkaan iaitu seribu orang. Kebanyakannya ialah pelajar sekolah dan selebihnya ialah kakitangan USM dan orang awam.
Ceramah bertajuk Mencungkil Keajaiban Sains Dalam Al-Qur'an telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi di Serambi Mekah ini iaitu Dr. Jamnul Azhar bin Haji Mulkan yang datang jauh dari Negeri Kedah.
Sebahagian penonton wanita yang terdiri dari para pelajar beberapa sekolah menengah di Kelantan.
Kami juga membuka gerai jualan buku dengan kerjasama MariBaca Bookstore untuk meraih sedikit pendapatan bagi menambah dana perpustakaan. Alhamdulillah pada hari tersebut, kami berjaya mempromosi buku-buku terbitan PTS dan Goodwords dengan baik sekali seiring dengan promosi Dar Nur al-Zahra'.
Kelihatan para peserta lelaki dari Maahad Tahfiz yang datang agak lewat dan terpaksa duduk di barisan belakang peserta wanita. Boleh dikatakan seluruh ruang dalam dewan pada hari tersebut adalah padat.
Dari kiri: Dr. Jamul Azhar, Dr. Wan Nudri (Tim. Pengarah Pusat Islam USM) dan En. Nazri Deraman (AJK Pameran Mukjizat al-Qur'an selaki wakil Pengarah)
Penceramah sedang bersemangat menyampaikan butir-butir penting pada hari tersebut. Banyak yang kita pelajari dari ceramah beliau. Walaupun belajar di jurusan perubatan dan kini memiliki klinik sendiri, Dr. Jamnul lebih suka dipanggil Ustaz oleh orang lain.
Masing-masing khusyuk mendengar ceramah yang sememangnya memberi banyak input untuk dijadikan panduan hidup dan amalan di masa akan datang.
Peserta mengambil tempat sementara majlis bermula.
Ramai sungguh pelajar dari Maahad Muhammadi Perempuan yang datang. Baguslah dik, jadikan isi kandungan ceramah sebagai panduan dan ikutan.
Ini pula guru-guru pengiring dan orang awam yang turut hadir ke majlis sama ada berjemput atau tidak. Terima kasih semua. Panjangkanlah apa yang kita dapat pada hari ini kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk datang.
Program 2 sesi tersebut diakhiri tepat jam 1 petang. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada Pusat Islam USM kerana sudi bekerjasama di dalam menjayakan program yang sungguh bermanfaat ini.
Salam. Tahniah atas usaha Kak Chik. Comel lagi kalau ada Chat Box. Hehe. Baru meriah kan. :D
ReplyDeletetak reti nak buat chat box na. takdok masa nok belajar or cuba. nantilah bila ada masa lapang sikit.
ReplyDeleteNa, chatbox dah ada. Bila nak join?
ReplyDelete