Peminat Perpustakaan

Sunday, January 6, 2008

Tahun Baru Masihi dan Hijratul Rasul

Assalamualaikum dan salam bahagia semua!

Nampaknya kita sudah pun masuk hari ke-6 tahun baru 2008 dan kami di Dar Nur al-Zahra' baru masuk hari ke-3 bekerja. Orang kata dah mula panaskan enjin...

Tapi enjin kami mungkin lambat sikit panasnya sebab belum pun sampai seminggu kita akan bercuti lagi menyambut Hijratul Rasul atau Awal Muharran 1429 Hijrah pada hari Khamis ini iaitu 10 Jan 2008.

Banyak betul cuti di awal tahun ni. Nak buat macamana kan? Rezeki yang Allah bagi untuk kita berehat bersama keluarga.

Namun begitu, kami tetap ingin mengucapkan "Selamat Bertemu Kembali!" kepada anda semua yang telah sudi mengunjungi kami sama ada di alam maya ataupun di premis kami.

Tahun ini, tingkatkan kadar kunjungan ke DNaZ moga-moga ilmu anda makin bertambah dan hubungan kita semakin kukuh.

"Rajin Membaca Pasti Berjaya"

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.