Peminat Perpustakaan

Wednesday, April 9, 2008

BENGKEL PENULISAN BERSAMA PENULIS

RUGI kalau anda tidak SERTAI kami!!!



ASSALAMUALAIKUM WBT. Alhamdulillah, saya telah berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Antarabanga Kuala Lumpur selama 2 hari iaitu 6 dan 7 April yang lalu. Dalam kunjungan tersebut saya bertuah kerana diizinkan Allah SWT untuk bertemu beberapa orang penulis yang telah terkenal dan sedang meningkat naik terutamanya para penulis dari Syarikat buku PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sehubungan dengan pertemuan tersebut saya telah berbincang dengan salah seorang ORANG PENTING PTS iaitu En. Nazrul Samsudin yang kini telah pun menerbitkan sendiri sebuah buku (gambar di atas) yang bertajuk, "BUAT DUIT DENGAN TERBIT SENDIRI BUKU".

Alhamdulillah, beliau telah sudi untuk bersama kami mengadakan satu bengkel penulisan sempena kepulangan beliau ke Kelantan (orang Kelantan suami-isteri) pada 1 - 4 Mei nanti. Berikut ialah butiran bengkel tersebut:

Tarikh Cadangan: 2 Mei 2008, Jumaat (mungkin akan berubah tapi antara 1 dan 4 Mei)
Masa: 8.30 pg - 12.30 tgh
Tempat: Dewan Seminar Dar Nur al-Zahra'
Yuran: Akan dimaklumkan semula.
Penyertaan adalah TERHAD kepada 100 orang sahaja.

Antara pengisian bengkel selama 4 jam ini ialah:

1. Memahami hak cipta untuk penulis
2. Teknik menulis berkesan - KJ Method
3. Bagaimana menurunkan indeks boleh baca
4. Terbit sendiri buku sebagai alternatif

JOM DAFTAR SEKARANG dengan membuat DEPOSIT PENYERTAAN RM20.

Sila tinggalkan pesanan di dalam kotak komen, beserta alamat email. Insya-Allah kami akan hubungi seberapa segera dengan butiran selanjutnya.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. BERTINDAKLAH SEKARANG! KHUSUSNYA BAGI ANDA YANG BERADA DI KELANTAN.

5 comments:

  1. Alhamdulillah. Baru sekejap kami menerima satu penyertaan daripada Pn. Halizan (Kak Je) yang sedang berusaha menerbitkan buku beliau khusus untuk kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah,
    berikan aku ruang dan kekuatan untuk aku mengikuti kursus ini... ameen

    ReplyDelete
  3. adyn - kalau nak sertai, cepat2lah daftar dengan membayar depositnya. kami hanya terima peserta yang mendaftar sebelum program sahaja.

    ReplyDelete
  4. Baru teringat ingin pergi ke bengkel ini... Tetapi bila tengok tempatnya.. jauh sangat dari rumah...

    Takpe la..andai ada peluang bengkel Tuan Nazrul di Kuala Lumpur, insyaAllah saya akan pergi.

    ReplyDelete
  5. azree mh: rumahnya di mana? Kalau masih di Kelantan, jemputlah datang.

    ReplyDelete

Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.