Peminat Perpustakaan

Sunday, June 29, 2008

Buku Apa Yang Nak Dibaca Ya?

Kadang-kadang apabila kita ke perpustakaan, kita tidak tahu apakah buku yang ingin kita baca. Sementelah pula kalau nampak pelbagai pilihan kategori dan tajuk buku yang menarik terutama yang baru tiba dan diletakkan di lobi utama perpustakaan.

Di Dar Nur al-Zahra' juga saya sering berjumpa dengan pengunjung yang datang sekadar untuk melihat-lihat tanpa ada tujuan. Memandangkan mereka yang datang ini mungkin akan membuang masa, maka saya telah berpakat dengan rakan sekerja untuk cuba mencadangkan beberapa buku yang menarik dan mungkin juga sesuai untuk mengisi masa pengunjung tersebut.

Bulan ini jika ke Dar Nur al-Zahra', kami cadangkan anda membaca buku di bawah kerana mungkin banyak ilmu yang akan anda perolehi. Kami telah membacanya dan mendapati buku ini sangat menarik, menyeronokkan, memberi semangat dan melapangkan minda.

Jalan Ke Hadapan (The Road Ahead) oleh Bill Gates - Sebuah edisi terjemahan dari buku yang ditulis oleh Bill Gates tentang kehidupan beliau yang tidak tamat sekolah tinggi tetapi kerana menyedari hakikat suatu peluang yang akan membuahkan kejayaan maka beliau sanggup melakukan tindakan yang mungkin bagi kita adalah bodoh iaitu berhenti sekolah.

Dengan keyakinan diri, beliau berusaha dengan tekun untuk mencapai impian beliau. Akhirnya lihatlah kini beliau adalah tokoh bisnes yang terkenal semenjak menubuhkan Microsoft. Komputer dan program Windows yang beliau hasilkan telah dinikmati serata pelusuk benua. Kita juga turut merasainya.

Buku ini boleh menjadi pendorong kerana banyaknya unsur-unsur motivasi di dalamnya.

Semoga anda juga mendapat manfaat yang banyak dari buku ini. Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.