Peminat Perpustakaan

Tuesday, October 21, 2008

Masih banyak buku yang menarik


Para pengunjung dan pembaca budiman,

Kalau anda pernah berkunjung ke perpustakaan kami, sudah tentu anda pernah melihat atau membaca buku-buku yang saya senaraikan di bawah ini. Tidak pun, di atas tu sudah ada gambarnya. Buku-buku tersebut ialah 'kerja' saya untuk bulan ini.

Insya-Allah saya akan cuba membacanya dan membuat ulasan dan cadangan kesesuaian buku tersebut kepada golongan pembaca yang mana. Tapi mungkin ulasannya tidak saya masukkan ke sini.

Antara buku-buku menarik yang kini saya sedang teliti ialah:
  • Companions of The Prophet 1
  • The Pious Caliphs
  • Searching for Solace
  • Islam Yang Mudah
  • The Road to Mecca
  • And Muhammad is His Messenger
  • Muhammad Rasulullah
  • Begitulah Zaman Memotivasikan Kita
  • Falsafah Hidupku
  • Noktah-Noktah Dosa
Yang berhuruf tebal tu telah saya baca beberapa tahun yang lalu tanpa membuat sebarang ulasan. Tapi jika ditanya pembaca, insya-Allah senang sedikit untuk saya menceritakannya. Kali ini kerjanya ialah menyiapkan satu senarai buku yang bagus untuk direkomen kepada pengunjung beserta ulasannya sekali. Tentu memakan masa, tapi kerja ini saya suka maka kuranglah rasa bosannya. Lagipun buku-buku ini memang senang dibaca.

Jemputlah ke perpustakaan kami untuk menelaahnya dengan lebih dekat. Silakan.

KakChik
Dar Nur al-Zahra

2 comments:

  1. salam,
    saya berminat dengan buku falsafah hidupku oleh Hamka,bolehkan buku itu dipinjam seperti perpustakaan awam yg lainnya..
    yana

    ReplyDelete
  2. wkslm.
    alhamdulillah, gembira membaca yang yana berminat dengan buku tersebut.
    jemputlah datang membacanya di sini kerana kami tidak dapat nak meminjamkannya.
    polisi zahra', buku tak boleh dipinjamkan kerana diwakafkan utk dibaca di sini.
    jemputlah datang, boleh berkenalan dengan kami staf zahra'.

    ReplyDelete

Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.