Peminat Perpustakaan

Saturday, January 12, 2008

Mari bantu selamatkan kanak-kanak di negara kita!


Sungguh menyedihkan apabila sekali lagi peristiwa sebegini berulang. Kami merasakan seolah-olah manusia-manusia bersifat haiwan semakin bebas berlegar dan hidup di kalangan masyarakat awam dengan menjadikan kanak-kanak mangsa nafsu buas mereka.
Ya Allah! Bantulah kami dan pihak berkuasa menangkap dan memberi penghukuman yang paling setimpal kepada pelaku-pelaku jenayah yang tidak tahu lagi hukuman-Mu di akhirat.
Hai para ibu bapa dan ahli keluarga, sayangailah anak-anak anda mengikut cara yang dididik leh Rasulullah s.a.w. agar mereka dapat hidup gembira, bahagia, ceria dan aman tanpa dihantui trauma dan ketakutan.
Mari kita sama-sama mencari Adik Linie dan sama-samalah kita memastikan anak-anak kita sentiasa di bawah pengawasan kita.

Sunday, January 6, 2008

Tahun Baru Masihi dan Hijratul Rasul

Assalamualaikum dan salam bahagia semua!

Nampaknya kita sudah pun masuk hari ke-6 tahun baru 2008 dan kami di Dar Nur al-Zahra' baru masuk hari ke-3 bekerja. Orang kata dah mula panaskan enjin...

Tapi enjin kami mungkin lambat sikit panasnya sebab belum pun sampai seminggu kita akan bercuti lagi menyambut Hijratul Rasul atau Awal Muharran 1429 Hijrah pada hari Khamis ini iaitu 10 Jan 2008.

Banyak betul cuti di awal tahun ni. Nak buat macamana kan? Rezeki yang Allah bagi untuk kita berehat bersama keluarga.

Namun begitu, kami tetap ingin mengucapkan "Selamat Bertemu Kembali!" kepada anda semua yang telah sudi mengunjungi kami sama ada di alam maya ataupun di premis kami.

Tahun ini, tingkatkan kadar kunjungan ke DNaZ moga-moga ilmu anda makin bertambah dan hubungan kita semakin kukuh.

"Rajin Membaca Pasti Berjaya"

Tuesday, January 1, 2008

Sedikit Kenangan Pameran Mukjizat al-Qur'an 2007

Persiapan 'kubur' dalam Rumah Kehidupan.


Demonsrasi Menulis Khat oleh pelajar KIAS.

Gerai pameran makanan halal oleh JHEAIK.

Orang ramai di pintu masuk.

Suasana semasa aktiviti pertandingan melukis dan mewarna.

Ruang pameran di hari persiapan 9 Nov 2007.


'Backdrop' di pentas utama. Harap maaf pada kesilapan ejaan 'AL-QUR'AN'.