Tn. Haji Zaidi b. Abdullah, Pengarah
Selaku pengarah, beliau bertanggungjawab ke atas segala urusan yang berlaku di perpustakaan ini. Sebagai ketua kepada seluruh kakitangan perpustakaan, beliau menjadi penghubung antara kakitangan dan badan pentadbiran perpustakaan ini. Beliau juga bertindak selaku fellow dan penasihat sumber rujukan kerana luasnya pengetahuan dan bacaan beliau. Sesiapa yang memerlukan bantuan mendapatkan bahan rujukan yang bersesuaian dalam penulisan tesis bolehlah merujuk dan berbincang dengan beliau.
Pn. Nor Haniza bt. Haji Taib, Setiausaha |
Beliau bertanggungjawab menguruskan perpustakaan dan bahagian pentadbiran serta mengawal-selia keseluruhan operasi perpustakaan. Beliau juga bertindak sebagai pegawai pustakawan.
Tn. Haji Mohamad b. Mahmood, Pegawai Kebajikan & Penyelenggaraan |
Beliau bertanggungjawab memastikan kondisi perpustakaan dalam keadaan yang baik seperti fasiliti yang disediakan mesti berfungsi dengan baik, kerosakan akan segera diperbaiki, kebajikan kakitangan juga sentiasa diutamakan.
Pn. Akmar bt. Ghazali, Pegawai Kaunselor & Pengkatalogan |
Setiap bahan perolehan terbaru sampai di perpustakaan, beliaulah yang akan memastikan bahan tersebut segera dikatalog dan diletak di rak terbuka untuk tatapan pembaca. Selain itu beliau juga bertindak sebagai pegawai akaun perpustakaan kami.
Pn. Nooradila bt. Mat Zain, Pegawai Pustakawan |
Tugas beliau banyak menjurus kepada pengurusan dewan dan bilik-bilik serbaguna yang disewakan oleh perpustakaan kepada orang ramai. Selain itu beliau juga bertugas sebagai pegawai pustakawan yang membantu kerja-kerja pengkatalogan bahan.
Tn. Haji Azib @ Aziz, Pembantu Tugas-Tugas Khas |
Pn. Cik Minah bt. Mohamed, Pembantu Am |
Tugas beliau ialah memastikan kebersihan perpustakaan sentiasa di tahap yang baik. Selain itu beliau juga akan membantu tugas-tugas am yang lain jika diperlukan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.