Peminat Perpustakaan

Sunday, September 28, 2008

Walaupun tak ramai, program tetap berjaya.

Dengan nama Allah.

Entri kali ini mungkin tidak begitu panjang tapi akan dipenuhi dengan klip video dan gambar-gambar sekitar program Ceramah Ramadhan yang diadakan di perpustakaan kami semalam.

Rata-rata peserta cukup berpuas hati dengan penyampaian Ust. Saibon yang kadang-kadang serius, kadang-kadang bersahaja, kadang-kadang pula berjenaka. Ada yang kata tak puas dengar ceramah ustaz walaupun sudah duduk di kerusi tanpa berganjak hampir 2 jam.

Dengan itu saya kongsikan ceramah tersebut bersama anda sekalian. Kalau ada bunyi yang tak sepatutnya, sila abaikan. Kadang-kadang ia diluar kawalan kita... hehehe.


Klip 1
Notis: Oleh kerana saiz klip-klip vedio yang lain (masih ada 6 lagi) agak besar iaitu melebihi 30MB maka agak sukar dimuat naik ke dalam blog ini. Saya akan cuba memuat naik ke tapak yang lain dan akan 'link' ke sini.

Harap Maaf.

** akan dikemaskini kemudian... **

2 comments:

  1. Puan dihormati,

    Saya cadangkan puan gunakan Google Video, ia boleh dimuat turun sekali gus.

    ZAMRI MOHAMAD
    www.zamrimohamad.com

    ReplyDelete
  2. En. Zamri,

    Terima kasih banyak. Saya pun sedang berkira-kira untuk menggunakannya. Saya akan cuba insya-Allah.

    ReplyDelete

Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.