Peminat Perpustakaan

Monday, November 10, 2008

Masa Halimunan


Sedar ataupun tidak, terdapat banyak masa yang 'halimunan' atau 'tersembunyi' yang dapat dimanfaatkan.

Contohnya semasa kita sedang makan nasi, ataupun mengunyah makanan ringan, menunggu bas, perjalanan ke rumah, menunggu rakan-rakan di padang, selang antara dua waktu solat dan banyak lagi.

Apa yang biasa kita lakukan pada ketika ini?

Berbual?

Bersembang?

Termenung?

Ataupun tidur?

Jangan begitu... Isilah masa-masa ini dengan perkara yang berfaedah. Mungkin ia nampak remeh, tetapi ingatlah masa itu 'lebih mahal' dari emas. Kita tidak mungkin membelinya dengan harga wang.

1 comment:

  1. Salamz.. penuhkan masa halimunan dgn berzikir. Hanya manusia yg sentiasa lalai, binatang didarat & dilautan serta pokok2 sentiasa bertasbih kepada ALLAH. Mulakan setiap pebuatan itu dgn membaca doa, pahalanya sama juga seperti kita bertasbih kepada ALLAH. Waktu kita tido mana mungkin kita dapat bertasbih? mulakan dengan adab2 tido pahala juga dikira sama seolah2 kita berzikir sepanjang malam. Rasulullah saw memberi garis panduan utk kita amalkan sunnah didunia demi kesejahteraan diakhirat. Sesiapa dapat menghidupkan 1 sunnah dizaman fasyak dan mungkar ini akan mendapat pahala yg tidak terhitung dan diakhirat akan mendapat syafaat dr Rasulullah saw. Sama2lah kita menghidupkan sunnah nabi dan suasana masjid didalam rumahtangga kita. Semoga lahir diantara anak2 kita org2 yg soleh & solehah serta daie2 yg memperjuangkan agama ALLAH.

    ReplyDelete

Terima kasih atas sokongan anda kepada Dar Nur al-Zahra'. Jemput singgah lagi.